Jumaat, 27 April 2018

Merasai keunikan Iftar Fi Sofina di atas Cruise Tasik Putrajaya

Merasai keunikan Iftar Fi Sofina di atas Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum semua, kali ni aku nak ceritakan pasal aku merasai keunikan Iftar Fi Sofina di atas Cruise Tasik Putrajaya pulak.. haa.. bukan calang-calang punya pengalaman kali ni.. kiranya kalau seumur hidup tu baiklah kalau dapat rasa sekali je ke kan.. dan bila dah rasa pengalaman macam ni haruslah kena rekodkan kat blog tersayang ni.. buat sesiapa yang nak cari kelainan untuk berbuka puasa boleh sangat la cuba merasai pengalaman berbeza yang tentunya ekslusif, unik dan mewah.. tentunya takde tempat lain yang boleh tawarkan pengalaman macam ni.. sesuai sangat la untuk orang yang dah bosan dengan suasana berbuka yang agak biasa dan nakkan kelainan.. 

Merasai keunikan Iftar Fi Sofina di atas Cruise Tasik Putrajaya

mesti ada yang tertanya-tanya apa je menu yang akan dihidangkan sepanjang berbuka puasa dengan Iftar Fi Sofina di atas Cruise Tasik Putrajaya ni kan.. meh la aku cerita sikit.. akan ada lebih dari 30 menu sajian yang disajikan dan boleh dinikmati oleh pelanggan sepanjang 1 jam 30 minit pelayaran tu nanti.. antara menu yang ada ialah Kambing Panggang.. haa.. yang ni haruslah jadi tumpuan semua orang.. ada jugak Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Mee Goreng Ayam, Laksa Johor dan pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu pun ada tau.. dan bagi pelanggan yang nakkan kelainan boleh jugak memilih menu hidangan lain yang berkonsepkan Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhhibbah..

Ayam Goreng Berempah

Sate dan Kambing Panggang

Sate dan Kambing Panggang


Laksa Johor

Laksa Johor


Mee goreng

Sayur Campur

Nasi Goreng Kampung - sedap gila yang ni

Gulai Kawah

Pilihan air dan bubur


Eh.. bukan setakat dapat berbuka puasa saja kat atas cruise tu tau tapi setiap pelanggan akan pulang dengan sampul hari raya ekslusif dan jugak kuih raya.. menarik kan? ada jugak peluang untuk dapat hadiah cabutan bertuah bagi pengunjung yang bertuah untuk menang pakej Love Boat bernilai RM350 kepada 5 orang pelanggan yang membeli pakej Iftar Fi Sofina.. bukan tu je.. setiap pelanggan yang menempah pakej berbuka puasa di Iftar Fi Sofina ni akan dapat jugak peluang beramal sebab setiap RM1 dari pakej akan didermakan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih.. 

ready dengan makanan dah.. haha

suasana dalam cruise.. cantik dekonya..

eh lupa pulak nak bagitau pasal kemudahan yang ada disediakan di Cruise Tasik Putrajaya ni.. ada disediakan VIP lounge untuk korang menunggu sebelum naik ke cruise dan boleh jugak solat di sini.. dan kalau nak solat kat dalam cruise pun boleh tau.. solat kat belah atas tu.. lagi la perasan macam di pelayaran besar je kan.. hahaha.. sesekali berangan... bawah ni gambar lounge dan kami yang cun kat dalam lounge dia yang sangat selesa tu...

Lounge di Cruise Tasik Putrajaya


geng GSL warrior di lounge CTP


dan tawaran bagi pelanggan yang menempah pakej Iftar Fi Sofina ni dari sekarang hingga ke 16 Mei 2018 ni akan diberi harga istimewa iaitu harga promosi earlybird yang sangat berpatutan iaitu RM120 untuk dewasa dan RM75 bagi kanak-kanak.. lepas je tarikh tu korang kena bayar dengan harga biasa la pulak iaitu RM145 untuk dewasa dan RM77 untuk kanak-kanak.. jadi kena pastikan korang tempah awal untuk dapat harga promosi ni ya.. sebelum korang memikir nak tempah untuk hari apa aku nak kongsikan video aku melayari cruise ni aritu.. jangan cemburu tau.. fefeeling macam dalam cerita you jump i jump pulak tau.. hahaha.. 



satu lagi tau.. untuk badan korporat dan badan kerajaan yang ingin mengadakan mesyuarat dan majlis berbuka puasa, Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB) pun ada menyediakan pakej Seminar atau Mesyuarat dan berbuka puasa di tiga lokasi lain selain pakej Iftar Fi Sofina ni.. boleh pilih nak adakan di Cruise Tasik Putrajaya, Marina Putrajaya atau di Bora Ombak Marina Putrajaya.. harga pulak amat berbaloi bermula dari RM100 untuk seorang.. 


kami bergambar dengan Dato' Zaharah Salamat


kalau korang ada persoalan atau teringin nak tempah pakej yang ada terutamanya nak merasai keunikan Iftar Fi Sofina di atas Cruise Tasik Putrajaya ni korang boleh je hubungi talian hotline dan email kat bawah ni ya..

Iftar Fi Sofina

Hotline : 03-88885539
email : sales@cruisetasikputrajaya.com

Ceritaita


Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang seronok sekali berada di atas Cruice Tasik Putrajaya seperti bercuti di Luar Negara! Nampak tak Bonde teruja sangat...

Nak repeat lagi... #dekatjer

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Syok nya boleh layan view atas cruise sambul berbuka. Mesti bertambah makan jadinya. Tak semua offer pakej macam ni.