Khamis, 26 April 2018

Panggilan misteri?

assalamualaikum semua, sejak akhir-akhir ni aku selalu sangat terima panggilan misteri.. entah dari mana.. ada banyak panggilan yang pelik sebenarnya sejak bulan lepas.. nombor pun sangat pelik sampai tak rasa nak angkat.. yang terbaru semalam dapat panggilan dari nombor bermula +918.. bila aku google katanya kod tu dari kawasan Oklahoma.. ambik kau punyalah jauh.. dah la panggilan dibuat jam 5 petang gitu.. ajer tak tidur agaknya orang Oklahoma ni.. atau bangun subuh awal agaknya.. hehehe..

Panggilan misteri? ~gambar ihsan google~

tapi itu dah tentulah aku takkan angkat.. maklumlah dah banyak sangat cerita pasal panggilan telefon dari 'Scammer' yang menyamar kononnya dari negara sekian-sekian dan perlu pertolongan bagai kan.. sudahnya menipu duit orang pulaknya.. dah la semalam tu hari gaji bagi pejawat awam.. haruslah mereka-mereka ni akan aktif tak berhenti agaknya.. tapi kadang-kadang risau jugak.. sebab telefon tu anak-anak selalu main kan.. takut jugak diorang ni terangkat telefon waktu 'scammer' ni tengah telefon ke kan.. haru..

satu lagi panggilan misteri yang aku terima sejak dari tahun lepas lagi tau, panggilan dari badan NGO katanya.. yang ni pulak elok dia perkenalkan diri dia siapa-siapa tapi lepas tu boleh pulak dia tanya kita nak pilih siapa sebagai pemimpin.. kiranya macam dia nak tanya la siapa aku pangkah untuk pilihannya nanti..  eh...eh... sesuka dia je tanya kita macam tu kan.. 

tapi aku tidaklah marah waktu tu.. cuma aku tanya dia elok-elok siapa yang upah dia.. dia cakap takde siapa upah dia.. dia cuma badan bebas yang nak buat bancian je.. aku jawab la agak pelik sebab orang takkan nak buat banci sesaja kan.. ye la..  nak telefon orang bagai tu semua kena duit.. tapi kalau dia takmau cakap atau memang betul takde siapa yang upah dia takpe la.. jadi aku pun boleh gak tanya dia siapa pilihan dia nanti.. dia boleh jawab pulak.. eh kenapa pulak puan nak tanya saya.. aku jawab la aku pun nak buat banci jugak..  nape tak boleh ke? 

hahaha.. panik dia tau.. tapi sudahnya aku cakap la kat dia.. aku kata setahu saya undi ni rahsia.. jadi rasanya tak perlu kot saya nak bagitau siapa pilihan saya nanti.. kalau puan nakkan bancian tunggu je la pilihannya sebenar nanti.. masa tu bukan setakat bancian je boleh buat tapi pilihan rakyat pun boleh tau terus.. dan aku pun terus ucap terima kasih dan letak telefon..

pada aku senang je.. mengundi ni hak peribadi.. nak undi siapa terpulang tapi janganlah sampai tahap nak pengaruhi sesiapa dengan cara yang kasar.. nak pujuk orang mengundi dengan cara masing-masing tu terpulang tapi janganlah sampai menjanjikan bulan bintang yang tak tercapai dek akalmu tu sendiri.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: