Jumaat, 13 April 2018

Terserempak dengan Dollah Salleh dan PU Angah!

assalamualaikum semua,  hari ni nak cerita kisah terserempak dengan Dollah Salleh dan PU Angah.. menarik kan.. ada jugak pernah terserempak dengan artis sebelum ni tapi kan aku ni sedar diri muka tak bape siap kan.. jadi seganlah nak ajak selfie biasanya.. lagi pulak kalau masa kita jumpa tu artis tu tengah mengerlip-ngerlip lawonya kan.. kita pulak.. hish.. dengan muka berminyak sekilo.. haha.. tidaklah nak offer selfie.. malu tau.. 

Terserempak dengan Dollah Salleh dan PU Angah! 


tapi entah kenapa hari tu boleh pulak bertukar watak.. mungkin sebab agaknya terjumpa dengan orang yang memang jadi idola ramai dan jarang la nak dapat peluang terjumpa macam tu.. jadi dengan gigihnya kami tunggu peluang nak bergambar tau.. haha.. lawak pun ada bila difikirkan.. 

sebenarnya semua ni berlaku hari tu masa kami pergi jemputan untuk Bufet Ramadhan di Ancasa Royale Pekan..  meh la aku ceritakan satu-satu kisahnya.. yang ni gambar kami dengan Dollah Salleh..  adik hadi pun segan sebenarnya nak bergambar.. bila aku tanya dengan dia.. "Boleh ke kami nak bergambar sama?".. terus dia jawab, "Eh, boleh".. dengan ramahnya tau..  dan terus tarik adik hadi kat dia.. tengah tercengang-cengang tu boleh pulak bos besar Ancasa offer ambik hp aku untuk tolong snapkan.. jadilah muka kami macam tak berapa nak bersedia..  hahaha.. malu pun ada sebenarnya.. 

bergambar dengan Dollah Salleh 

Dollah Salleh bersama bos besar Ancasa Royale Pekan


kalau sesiapa yang tak kenal siapa Dollah Salleh ni..  meh la aku ceritakan sikit latar belakang beliau.. Beliau ni adalah antara pemain Malaysia yang sama-sama mencapai kegemilangan dalam Piala Asia dalam menggondol emas pada tahun 1989.. hebat bukan? 

bergambar dengan PU Angah

dan ini pulak kami bergambar dengan PU Angah..  entah rezeki apa pulak terjumpa dengan PU Angah ni.. kebetulan rupanya PU Angah ada buat sesi ceramah di hotel yang sama pada hari yang sama..  dan kebetulan pulak sebenarnya shah dah kenal PU Angah sebelum ni lagi.. jadi sempatlah kami berswafoto..  dulu pernah sekali tempat kerja aku panggil PU Angah ni untuk bagi ceramah tapi masa tu kebetulan aku ada kerja luar kat tempat lain.. takde rezeki nak dengar.. 

serba sedikit tentang PU Angah..  beliau ni pernah masuk pertandingan Pencetus Ummah Musim Ketiga pada tahun 2015 dulu.. hebat bukan? semoga aura hebat dapat menyerap sikit ke kami berkat jumpa dengan orang-orang hebat macam ni.. amin.. apa cerita korang pulak? 

Ceritaita

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Abam Kie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah! bkn selalu dpt jumpa n bergambar dgn celebrities mcm ni kan?

Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

Dunia Zumal berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best bila dapat jumpa dan bergambar dengan orang terkenal. Boleh jadikan inspirasi dan kenangan...

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah bestnya.. kalau dah idols Kita mmg seronoknya for bergambar bersama kan