Rabu, 30 Mei 2018

Giveaway Kenangan Raya Ceritaita

assalamualaikum semua, korang terkejut baca tajuk tu? ya.. Ceritaita nak buat giveaway! Giveaway Kenangan Raya Ceritaita namanya.. kenapa tetiba pulak nak buat contest kan? sebenarnya tiba-tiba je aku terasa patut bagi penghargaan buat kawan-kawan blogger dan semua pembaca yang sudi mengunjungi blog Ceritaita selama nak masuk 10 tahun ni.. walaupun banyak masa lebih merapu dari cerita yang banyak info.. khas buat semua nak Giveaway Kenangan Raya Ceritaita buat korang!


Giveaway Kenangan Raya Ceritaita


dah masuk 14 hari umat Islam berpuasa.. pastinya dah ada yang dah mula terasa dengan aura hari raya yang akan tiba.. tentu dah ada yang mula sibuk buat persiapan baju raya dan kasut raya.. tak lupa jugak yang sibuk buat persiapan kuih raya untuk juadah tetamu.. tak kira la samaada membeli ataupun yang mampu buat sendiri di rumah.. semua ni tentunya sedikit sebanyak menggamit kenangan kita sewaktu berhari raya di raya yang lepas.. walau ada yang kata kenangan lepas jangan dikenang tapi sebenarnya kita tak boleh lari dari kenangan masa lalu kerana itulah yang menjadikan kita di hari ini.. 

sebab itulah bagi aku idea untuk buat giveaway ni.. giveaway ni simple je sebenarnya.. ada 3 hadiah menanti setiap pemenang yang berjumlah lebih RM70 setiap satu... haa.. tak teruja ke korang? teruja dan dah semangat nak tau apa korang kena buat untuk dapatkan hadiah ni? ok korang cuma dikehendaki memenuhi semua syarat kat bawah ni je..


Giveaway Kenangan Raya Ceritaita


Syarat-syarat Giveaway Kenangan Raya Ceritaita:

1. Buat satu blogpost bertajuk Giveaway Kenangan Raya Ceritaita ; dalam blogpost ni korang kena ceritakan satu kenangan raya yang sangat memberi kesan pada korang. Tak kisah korang nak bercerita pasal apa pun dalam blogpost tu.. ceritalah pasal anak ke.. pasal makanan ke yang pastinya cerita yang mencuit hati atau menyentuh perasaan amatlah digalakkan. Letakkan banner dan komen di link di bawah post ini.

2. Giveaway ni berlangsung dari hari ini 30/5/2018 hingga 10/6/2018

3. Korang perlu follow blog Ceritaita dan facebook page Ceritaita. Kalau nak follow instagram Ceritaita atau twitter Ceritaita pun digalakkan.

4. Korang perlu follow penaja hadiah, Glow Gelenggang iaitu produk yang mengunakan 100% bahan semulajadi untuk hilangkan gatal dan penyakit kulit di facebook Glow Gelenggang dan laman web mereka di www.glowgelenggang.com . Boleh baca jugak review aku pasal Glow Gelenggang.

5. 3 pemenang akan dipilih berdasarkan kisah kenangan raya yang paling mencuit atau menyentuh hati juri. 

hadiah tajaan dari Glow Gelenggang

Syarat tambahan :


1. Giveaway ni akan terbatal jika penyertaan kurang dari 10 penyertaan ya..

Apa tunggu lagi tu korang? mehlah join dan sebarkan pada memana kawan yang suka join giveaway sekarang..

Ceritaita


Selasa, 29 Mei 2018

Resepi Biskut Mama Carey

assalamualaikum semua, dah masuk puasa ke 13 dah rupanya hari ni.. macam kejap je kan masa berlalu?  korang dah buat kuih raya belum? aku belum lagi tau.. hari tu masa kat rumah mak aku balik minggu lepas sempatlah buat biskut ala famous amos tu tapi bawak balik rumah sikit betul-betul sudahnya jadi kudapan anak-anak je la.. kena buat lain la nampaknya kalau nak ada kuih raya kalau gini.. dah hari ni aku gigihlah cari resepi biskut mama carey merata-rata.. 

Resepi Mama Carey
Biskut Mama Carey


alhamdulillah akhirnya aku jumpa jugak.. dan aku mula buat adunan pukul 10 pagi tadi.. sudahnya pukul 2 baru siap tau.. leceh betul biskut nan satu ni.. aku ingat inilah kali pertama dan terakhir aku buat kuih ni rasanya.. serik wei.. hahaha.. macam nak beraya benor gayanya.. aduhai.. 

selama ni aku cuma makan biskut mama carey ni kat rumah kawan-kawan je.. itu pun dulu la masa zaman sekolah.. kawan-kawan aku dulu rajin buat jadinya dapatlah merasa kuih yang aku kira sebagai kuih mahal satu masa dulu.. tapi memang patut jual mahal tau.. pasal nak buat tu rumitnya lahai.. 

oklah disebabkan aku takmau rasa rumit sorang-sorang maka meh la aku kongsikan resepi biskut mama carey yang aku dapat dari insan yang rajin kongsikan di Group WAHN di facebook.. semoga tuan punya resepi Noor Izzati diperluaskan oleh Allah hendaknya.. 

Resepi Biskut Mama Carey


Bahan A
200 gram butter
100 gram gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu kecil vanilla
*pukul sebati

Bahan B
260 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
50 gram tepung jagung
*campur dengan bahan A

Aising
1 biji putih telur
100 gram gula aising
1 sudu besar tepung jagung
*pukul putih telur sampai gebu masukkan gula aising (yang ni kene pandai adjust sendiri) kalau cair sangat tambah gula aising.. tapi tadi aku buat dengan telur gred B sedang elok je.. last sekali baru letak tepung jagung
untuk corak, campurkan sikit dengan coklat..

Masak doh separuh masak dlm 60•c 15 minit (aku buat 100•c 15 minit api atas bawah) lepas tu letak aising bakar lagi dgn api bawah (aku buat 100•c 10 minit api atas bawah..  

selamat mencuba ya korang.. aku kira memang tak mampu la aku nak ulang di lainkali ni.. pasal sangat cerewet pembuatannya.. banyak yang tak jadi dari jadi ni haa.. 

yang ni lambat letak yang coklat tu.. keras la pulak yang putih tu.  


dan hasil keseluruhannya yang aku buat ni pun dah habis dikerjakan adik hadi dah tinggal separuh je ni haa.. serik la aku buat biskut ni.. 

tinggal ini je pun yang dapat.. huhuhu


Ceritaita


Jumaat, 25 Mei 2018

Cara ajar anak belajar berpuasa

assalamualaikum semua, semalam aku ada cerita pasal bagi ganjaran pada anak yang baru belajar berpuasa kan? hari ni aku nak kongsikan cara ajar anak belajar berpuasa yang aku gunakan beberapa tahun ni.. nampaknya cara ni agak berkesan untuk anak-anak aku yang bertiga awal ni.. setakat ni berjaya la untuk 3 orang tu.. untuk adik hadi belum tau lagi la..


cara ajar anak belajar berpuasa
Cara Ajar anak belajar berpuasa


aku akui la nak latih anak belajar berpuasa ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi pada ibu bapa.. betul la kata orang, kita yang membentuk anak dari acuannya.. macam jugak berpuasa ni.. walaupun tak diwajibkan untuk anak-anak kecil berpuasa tapi latihan tu mesti la kita mulakan dari awal lagi.. supaya bila sampai umur diwajibkan tu semuanya jadi biasa dan dah tak perlu paksaan dan tekanan..

dalam agama Islam, setiap umat diwajibkan mengerjakan kesemua rukun islam dan memegang kepada rukun iman bagi meneruskan kehidupan.. Rukun Islam ni selalu ditanya dalam temuduga perkahwinan.. bukan untuk menyusahkan pun tapi sesuatu yang wajib tahu sebelum seseorang tu melangsungkan perkahwinan.. salah satu sebabnya.. suami atau isteri merupakan tunggak utama dalam alam rumahtangga.. bakal melahirkan zuriat yang suci murni yang perlu dibentuk mengikut landasan yang benar.. Rukun Islam ni terdiri dari 5 perkara asas yang wajib dilakukan oleh orang yang beragama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji di Mekah bagi yang mampu..

jadi sebagai ibu bapa kita perlulah melatih anak kita yang telah dilahirkan dalam keluarga Islam semua kewajipan ni.. dan sebenarnya memang bukan mudah untuk mendidik orang lain bila kita sendiri pun perlu dididik.. aku la tu terutamanya.. masih banyak yang kena belajar.. teringat zaman mak aku dulu pun macam tu.. bila dah ada anak sendiri baru tau cabarannya macamana.. melalut panjang la pulak.. padahal cuma nak kongsikan cara ajar anak belajar berpuasa je dengan korang ni.. hehehe..

Cara Ajar Anak Belajar Berpuasa ( Cara Ita)


1. Biar anak berpuasa pada usia yang dia mampu.

Korang kena jadi pemerhati yang baik dalam hal ni.. ada budak yang boleh berpuasa seawal usia 5 tahun dah pun.. ada yang sampai 9 atau 10 tahun pun masih kena sabarkan setiap masa.. jadi kenalah peka dengan anak masing-masing.. tengok jugak persekitaran dia macamana.. ada adik yang kuat membakar line dengan tunjuk makanan macam-macam ke tak.. atau ada kawan yang tak puasa di sekolah yang siap bawak bekal ke sekolah.. semua tu kena ambik kira tau.. kalau anak-anak aku setakat ni umur 7 tahun aku ajar berpuasa dengan betul.. tapi ikut jugak kesihatan semasa dia.. larat ke tak.. bukan main paksa je..

2. Tengok pada kesihatan anak dulu.

Kalau anak korang jenis yang ada penyakit tak boleh berlapar atau memang perlu ambik sesuatu makanan dalam jangka masa tertentu tu tak payah la korang nak paksa dia berpuasa pun.. bukan wajib pun pada budak-budak yang belum akil baligh.. Ingat! tengok dulu status kesihatan anak.. kalau demam atau ada tanda-tanda dehydration atau kekeringan korang bagi je la berbuka awal.. kena peka ya.. jangan sampai jadi kes strok haba pulak nanti.. 

3. Ajar anak niat berpuasa

Seeloknya korang beritahu dia terus niat berpuasa sebulan pada hari pertama.. sebab memang akan jadi kebiasaan anak-anak ni terlupa niat berpuasa walaupun dah bangun sahur.. orang dewasa pun selalu gitu lagi la budak-budak kan.. 

Niat Berpuasa Sebulan - ihsan google


4. Bagi anak bersedia dengan tenaga yang cukup.


Biasanya aku akan pastikan anak-anak bersahur pada waktu sebelum imsak.. kalau sebelum azan pun aku bagi je anak-anak ni makan dan minum.. walau mereka agak mengantuk dan tak mau apapun makanan waktu tu.. aku tetap paksa.. jadi kena la ikut selera anak-anak nak makan apa untuk sahur tu.. walaupun selalunya sahur anak-anak ni umpama makan sarapan pagi je pun.. tapi insyaAllah bagi anak-anak itu dah cukup untuk tampung tenaga diorang sepanjang hari.. jangan tak percaya tau.. budak-budak ni macam ada magik je.. kat gambar bawah ni ada panduan makanan sahur yang paling lama.. mungkin berguna untuk korang nanti..

Makanan berpuasa yang paling tahan lama


5. Bagi anak biasa dengan berpuasa.

Yang ni memang kena ambik masa jugak.. ada yang sekejap dan ada yang lama.. macam anak-anak aku ni, pada awal belajar berpuasa aku biasanya akan bagi berpuasa sampai tengahari.. lepas je pukul 12 boleh berbuka.. sehari lepas tu pujuk pulak dia teruskan sampai pukul 1 pulak.. cakaplah pahala lagi banyak kalau dapat lebih sejam dari semalam.. begitulah seterusnya.. 

6. Ini aku buat kalau ada rengekan atau rungutan

Ada jugak masa yang anak ni merengek-rengek nak mintak minum air ke makan ke kan.. biasanya aku pujuk la.. aku pujuk diorang suruh mandi bila diorang mintak air.. kena peka ya.. sebab kadang-kadang bila dia mintak air ni maknanya dia dah mula dehydrated.. jadi bila kita suruh mandi tu dapatlah anak ni segar sekejap.. nak kalau masih lembik tak bermaya.. suruh berbuka je la.. 

7. Elakkan bagi tengok tv rancangan memasak

Bila bulan puasa ni kan banyak betul rancangan memasak.. macam takde benda lain nak buat tv tu pun.. jadi kita la sebagai mak bapak kena bijak.. alih la perhatian anak tu dari mengingati makanan dan minuman.. ajak buat aktiviti bersama ke..  atau tonton rancangan lain.. atau ajak mengaji ke.. 

8. Beri ganjaran

Akhir sekali, aku biasa jugak beri ganjaran pada anak-anak pada hari pertama mereka berjaya lengkapkan sehari berpuasa.. bukan ganjaran besar pun selalunya.. memasak makanan yang mereka suka pun dah cukup dihargai bagi anak-anak ni tau.. atau tanya dia apa nak makan dan kita carikan di bazaar ramadan atau kedai pun boleh..


beri ganjaran yang biar tak besar pun tak apa


itu je la tips yang dapat aku kongsikan macamana cara ajar anak belajar berpuasa mengikut cara aku.. semoga bermanfaat terutama buat ibu bapa yang baru nak melatih anak berpuasa tu.. dan kalau korang ada cara lain.. meh la kongsikan jugak.. 

Ceritaita

Khamis, 24 Mei 2018

Cari baju raya di November Mate

Assalamualaikum semua, korang dah beli baju raya belum? hahaha.. asal masuk je bulan puasa mesti orang tanya soalan macam tu kan.. memana yang belum beli tu muka kelat-kelat je nak jawab tau.. kalau tanya aku pulak.. aku dah sediakan awal dah baju raya aku dan anak-anak.. kiranya bila masuk bulan puasa ni aku dah malas fikirlah.. tapi korang yang muka kelat-kelat nak jawab tu jangan risau ya.. masih belum terlambat untuk korang cari ni.. dan aku nak cadangkan korang cari baju raya di November Mate.. 

Cari baju raya di November Mate


haa.. ada yang nak tau kat mana November Mate tu ye? Kalau yang dah biasa berbelanja keperluan raya mesti kenal kawasan membeli belah Bangi Sentral.. ye tak? aku kenal pun sebab pernah sekali aku duduk hotel yang berdekatan dengan Bangi Sentral ni.. kawasan ni dipenuhi dengan butik yang menjual pelbagai baju yang sesuai untuk keperluan hari raya.. kalau korang tak percaya cuba tanya orang sekitar Bangi tu.. mesti mereka jawab kat Bangi Sentral ni memang akan jadi tumpuan semua orang terutama bila masuk je bulan Ramadan.. sebabnya kat sini bermacam pilihan baju ada untuk korang pilih mana yang terbaik..





yang mana satu pilihan kalbu?

baju berjalan pun banyak pilihan tau


cantik kan detail kat lengan tu

kenan betul aku tengok baju ni walau badan tak berapa nak slim

macam tu jugak pilihan baju yang terdapat di butik November Mate ni.. kalau korang cari fesyen baju terkini dengan harga berpatutan tu, korang memang patut singgah ya.. sebab kat sini disediakan bermacam jenis pilihan warna dan corak untuk korang.. eh.. sempena raya ni kebetulan pulak November Mate ni ada baju fesyen baru jugak yang baru je diperkenalkan tau.. mehlah aku tunjukkan kat korang.. mana tau korang berkenan nanti boleh la terus ke butik November Mate di Bangi Sentral tu ya.. memang confirm rambang mata jadinya.. kain dia sedap.. lembut dan sejuk je tau..

tengok dari dekat cantik tau.. ropol-ropol dia tu..



warna blue black ni cantik betul
hijau ni siap ada padanan dengan baju budak lagi tu.. cantik hiasan kat pinggang tu

eh lupa nak kongsi.. kalau korang dah pilih baju tentu nak pilih kasut pulak kan.. biasalah.. perempuan.. hehehe.. tapi korang jangan risau la.. kat sini pun ada jual kasut yang korang boleh padankan dengan baju kat situ jugak.. cuba dan terus sarung bawak balik pun boleh.. tapi bayar dulu la ok.. melampau noo semua nak free..

antara pilihan kasut yang ada
kasut ni aku kenan betul tengok


nak cari padanan tudung pun ada.. terus je boleh mix and match kat situ.. apa orang cakap tu acu dan padan.. haa.. gitulah.. sekali dah cakap mat saleh tetiba lupa bahasa ibunda.. haha.. 

pilihan tudung yang sejuk dan mudah dibentuk

eh ada jugak sampingan macam biskut raya dan minyak wangi berdekatan kaunter bayaran
bagi yang ada anak dara comel dan selalu nak cari yang sepadan dengan emaknya.. psstt.. ini berita untuk korang.. korang pilih je baju untuk budak perempuan yang ada jugak dijual kat butik ni.. korang boleh cuba jugak tau sebab ada disediakan bilik persalinan.. pastu dah cuba pergi kaunter dan boleh bayar.. kalau sesiapa yang berminat nak cari baju raya di November Mate ni korang boleh terus je datang ke butik ikut alamat di bawah ni atau.. korang boleh tengok pilihan kat instagram diorang macam kat bawah ni jugak..

mujur anak dara tak ikut tau masa ni.. haha
pilihan baju kurung budak

November Mate

Alamat : 1-11-02 Jalan Medan Pusat Bandar 7 Bangi Sentral

43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Dibuka setiap hari di bulan Ramadan

Lokasi : sama baris dengan Leeyana Rahman dan belakang PKNS

IG : @Novembermate atau www.instagram.com/novembermate

FB : www.facebook.com/novembermate



Selamat mencari baju raya di November Mate!

Ceritaita

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU


Assalamualaikum semua, hari ni kita cerita pasal Carrie Junior Funtime Wipes pulak!.. permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.


Adik hadi ceria dengan Carrie Junior Funtime Wipes


Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES


Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.


dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes


Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). *Harga termasuk GST.

Ceritaita 


Rabu, 23 Mei 2018

Meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang

Meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang 


Assalamualaikum semua, tu dia.. tajuk punyalah panjang.. sepanjang cerita aku nak kongsikan dengan korang semua ni.. ala bukan cerita apa pun sebenarnya.. lebih kepada cerita hal anak dengan mak.. kiranya kisah meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang ni adalah penamat yang best untuk kisah mak dengan anak ni.. kisahnya ialah ragam anak-anak ketika berpuasa.. 

meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang

Macam-macam ragam sebenarnya.. antaranya selalu lupa la.. lupa yang dia tengah berpuasa.. dan biasanya kami akan bagi ganjaran bagi hari pertama sesiapa pun dapat puasa penuh.. itu kira pencetus semangat supaya anak-anak gigih berpuasa lagi.. nantilah aku kongsikan macamana tips nak ajar anak berpuasa kat entri lain.. entri ni kita fokus pada ganjaran yang aku bagi kakak husna sempena dapat puasa penuh pada hari pertama hari tu.. 

Kami meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang! bukan senang nak dapat peluang macam ni tau.. Hotel Ancasa Royale Pekan, Oahang ni antara hotel terkenal di daerah Pekan tau.. dengan kedudukan dia yang sangat strategik dan cantik terletak di tepi sungai tu cukuplah buat sesiapa yang lalu terasa-rasa nak singgah.. termasuklah kami.. jadi bila dapat jemputan dan secara tak langsung boleh meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang ni takkan kami nak tolak kan? harapnya di lain masa kami dapat tinggal semalam dua kat sini untuk kita merasai pengalaman tinggal di hotel cantik ni jugak kan nanti.. insyaAllah..

Mehlah kita cerita apa yang best pada malam tu.. perhatian ya.. kalau korang baca entri ni di bulan puasa ni sila kawal sikit supaya tak tertelan banyak air liur tu kang.. sebab banyak sangat gambar makanan yang best menanti anda.. hahaha.. bertabahlah semua.. 

Majlis ni diadakan di Safron Brasserie Ancasa Royale Pekan dengan tujuan untuk mengeratkan ukhwah yang sedia ada terjalin antara pelanggan setia Ancasa Royale Pekan serta penduduk setempat.. majlis bermula pada pukul 5 petang dengan pengagihan bubur lambuk oleh warga kerja Ancasa Royale Pekan kepada 500 orang penduduk di sekitar daerah Pekan dan pelanggan setia mereka yang sentiasa menyokong Ancasa Royale Pekan dari sejak penubuhan sehingga ke hari ini.. dan bubur lambuk diorang ni sangat marveles tau.. anak-anak ulang banyak kali makan lepas maghrib tu.. 


Ini antara anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan pada malam tu - ceria wajah memasing


Selepas tu ada majlis penyampaian sumbangan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset UDA, YBhg Datuk Tajuddin Mohamed diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan.. mereka menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya kepada 50 orang anak-anak yang kurang bernasib iaitu anak yatim dan asnaf dari SK Sri Maulana.. mereka ini la sebenarnya tetamu yang diraikan di Ancasa Royale Pekan pada malam tu.. mereka juga terima sumbangan dari ADABI untuk kegunaan sepanjang Ramadan.. bagus kan? memang ini yang jadi amalan pihak Ancasa Royale Pekan sejak dulu lagi.. ini dibuktikan dengan pendapat Encik Shah Azam yang percaya konsep memberi atau bersedekah ini merupakan amalan yang mulia yang bukan sahaja patut diamalkan pada bulan Ramadan sahaja.. 

Lepas je azan Maghrib, kami semua selamat berbuka dengan hidangan enak yang disediakan di sini.. anak-anak la paling gembira.. bak kata abg long.. "Seronok ummi.. macam-macam boleh makan kat sini".. ya nak oii.. sedap pulak tu.. mehlah korang tengok apa je juadah yang kami ambik untuk menu berbuka puasa kami hari tu..

Antara station tumpuan jugak dessert ni 

Tengoklah pilihan yang ada

dessert pilihan anak-anak

Buah-buahan

Air bermacam jenis

Dessert - Pencuci mulut



Kuih tradisional


ABC station - paling popular hari tu 

kami makan jugak nasi dengan lauk pauk.. aku ambik nasi kandar dan shah ambik nasi putih.. anak-anak macam biasa la bila banyak hidangan ni mereka akan tuju murtabak dan sate dan kemudian akan makan lauk je lebih.. lauk paling mereka suka ialah ikan patin masak tempoyak dan seafood kandar la apa lagi..


Murtabak


ruangan nasi kandar

ayam goreng

seafood kandar

semua jenis ada..

Seafood kandar dah dalam pinggan.. yeay!

ikan patin masak tempoyak - sedapnya la

telur masak lemak

opor daging - popular sangat kat pekan

sayur bendi

lala - kegemaran anak-anak

ayam kampung tau ni

ada kudapan macam ni jugak kat tempat kerabu dan sambal


Selesai berbuka, kami tunaikan solat Maghrib di surau hotel di tingkat 2 yang luas pada aku.. dapatlah tampung jemaah yang ramai satu-satu masa.. surau disediakan berasingan antara lelaki dan perempuan dan tempat mengambil wudhu' pun disediakan dalam ruangan bersolat.. mudah betul.. kiranya kalau merancang nak berbuka sini tak perlu risau la..


Surau di tingkat 2

Surau perempuan


Bila dah sudah selesaikan tanggungjawab secara bergilir kami sambung menikmati juadah yang ada.. kami cuma makan yang ringan-ringan je la.. bukan ringan sangat pun sebenarnya.. kami makan bubur lambuk bersama anak-anak.. kemudian anak-anak layan makan aiskrim potong.. dan aku pulak sambung makan daging kambing panggang yang sedap tu.. sesiapa yang berminat nak berbuka puasa kat sini korang boleh baca pasal harga dan jenis juadah kat entri Bufet Ramadan Ancasa Royale Pekan ya.. ada masa lagi sehingga habis bulan Ramadan ni.. sekali sekala meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang ni seronok jugak!


Bubur kacang yang sangat sedap

Kambing panggang

sedap tau

Bubur lambuk yang sangat sedap jugak


Ceritaita