Selasa, 15 Mei 2018

Harapan Malaysia Baru

assalamualaikum semua, pelik tak tetiba je aku nak menulis pasal Harapan Malaysia Baru? sebelum ni aku memang dah macam berazam tak mau lagi menulis mengenai apa pun yang berkaitan dengan hal politik.. puncanya sebab aku tak mau ada yang akan berkecil hati, terasa hati dengan apa je yang akan aku tulis.. walaupun blog Ceritaita ni aku yang tulis dan ada yang kata ikut tuan punya la dia nak tulis apa pun kan.. tapi aku fikir masih perlu untuk menjaga hati sesiapa pun yang sudi singgah ke blog picisan ni.. tanpa korang yang sudi singgah siapalah aku.. 

Harapan Malaysia Baru


minggu lepas kita dah melalui fasa yang pada aku cukup sukar sebagai salah seorang rakyat Malaysia.. tarikh 9 Mei 2018 termaktub sebagai tarikh yang dipilih oleh Suruhanjaya Piliharaya Malaysia untuk hari di mana rakyat Malaysia akan membuat pilihan siapakah yang akan diberi mandat untuk memerintah bagi 5 tahun akan datang.. aku rasa bukan aku sorang je melalui fasa sukar ni.. kebanyakkan orang merasa perkara yang sama.. apa yang aku buat pada hari mengundi tu ialah aku tunaikan kewajipan sebagai pengundi berdaftar sambil bertawakkal kepada Allah.. semoga apa yang dipilih diredhai Allah dan Allah kurniakan keberkatan kepada seluruh rakyat Malaysia..

dan aku melalui satu hari yang agak panjang sebab aku berjaga sehingga jam 4.30 pagi semata-mata nak mengikuti hal semasa yang berlaku di sepanjang malam pengumuman jumlah undi pada Piliharaya Umum ke 14 yang lalu.. dan debaran dia bukan macam debaran kau menunggu untuk lahirkan anak tau.. sebab lahirkan anak kau biasanya dah tau apa jantina cuma nak tau tahap kesihatan anak tu je.. tapi yang ni kau memang tak dapat bayang siapa yang menang dan siapa yang akan terajui kerajaan di masa akan datang.. mesti ada yang nak tanya kenapa aku sangat ambik tau hal ni kan? sebabnya aku adalah salah seorang penjawat awam.. jadinya apa-apa sahaja yang berlaku tentunya akan bagi kesan pada pekerjaan aku nanti.. perubahan dasar dan hala tuju pastinya nanti..

tapi aku akui, menunggu keputusan PRU 14 atau dipanggil GE14 dalam bahasa inggerisnya General Election 14 ini adalah saat yang paling menyukarkan.. bagi pilihanraya ke 13 sebelum ini.. menjelang jam 10 malam kebanyakkan keputusan bagi kerusi DUN dan Parlimen telah banyak yang diumumkan.. tapi untuk PRU14 ni satu pun keputusan yang rasmi masih tak dapat diumumkan pada waktu ini.. sehinggalah jam 4 pagi masih tak dapat lagi keputusan rasmi Parti mana yang memenangi  majoriti mudah kerusi Parlimen yang dipertandingkan.. untuk rekod, untuk membolehkan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, Parti yang bertanding mestilah berjaya memperolehi majoriti mudah iaitu 112 kerusi dari keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan di peringkat parlimen.. 

dan akhirnya parti Barisan Nasional yang memerintah selama ni dikalahkan oleh parti lawan iaitu Pakatan Harapan dengan memenangi 104 kerusi parlimen pada waktu tu.. sesuatu yang mengejutkan walaupun tak mustahil akan berlaku.. mengejutkan ramai orang dan jugak ahli tertinggi parti yang bertanding.. walau bagaimana pun mereka semua menerima keputusan yang dipilih oleh rakyat keseluruhannya.. 

Pilihanraya pun dah berlalu.. dan nak masuk seminggu dah pun.. Tun Mahathir telah diangkat sebagai Perdana Menteri yang ke 7 bersama timbalannya Datin Sri Dr Wan Azizah.. jadi apa yang lepas kita biarkanlah berlalu.. sambil kita tanamkan kasih sayang antara kita.. bentukkan bangsa Malaysia yang lebih harmoni yang kita harapkan.. mari semua kita teruskan harapan Malaysia Baru yang kita semua impikan.. pada yang menang jangan bermegah.. ini masa untuk bekerja keras.. dan pada yang kalah perjuangan belum selesai.. bangkit dan jangan mengalah.. kamu semua masih diperlukan untuk membina Malaysia yang lebih harmoni..

Ceritaita

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Mohamad Khairil berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Malaysia baru, semoga rakyat juga akan mempunyai semangat baru..

Aerill Hassan

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ALHAMDULLLILAH