Khamis, 21 Jun 2018

Duit Raya Kakak Husna hilang!

assalamualaikum semua, hari ni aku tetiba pulak teringat nak coretkan sesuatu.. pasal duit raya kakak husna hilang di hari raya baru ni.. mesti korang pun sama terkejut dan akan ada soalan.. macamana boleh hilang? kannnn? mehlah aku ceritakan bagi tanda tanya tu berakhir..

Duit Raya Kakak Husna hilang!


biasalah kalau dah hari raya ni akan ada budaya beri duit raya untuk anak-anak walaupun ada dah pendapat yang mengatakan memberi duit raya ni merupakan budaya yang ditiru daripada masyarakat agama lain di Malaysia tapi bila nak rujuk hukum memberikan duit raya ni aku lebih suka berpegang pada pendapat yang diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

Budaya Memberi Duit Raya
Kami berpandangan, konsep memberi duit raya kepada ibubapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam. Bahkan perbuatan sedekah kepada ibubapa termasuk di antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia menghasilkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibubapa), mengeratkan silaturahim, serta pahala bersedekah itu sendiri. - sumber Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan

jadi pada aku takde salahnya la kalau kita niat nak bagi duit raya pada kanak-kanak atau sesiapa sahaja.. boleh dapat pahala sedekah insyaAllah.. tapi bukan cerita hukum beri duit raya tu yang aku nak cerita sangat pun.. lebih kepada cerita macamana kakak husna boleh hilang kesemua duit raya dia yang dah dikumpul sejak hari pertama raya hingga hari raya kedua.. sedih tau aku sebagai mak ni pun..

asalnya malam raya pertama tu kakak dah mula keluarkan semua duit dari semua sampul yang dia dapat walaupun aku dah tegah.. biasalah bebudak tengah teruja dapat duit.. tapi aku tak kisah lagi bila dia kumpulkan semua duit tu dalam sampul yang paling dia suka.. aku pun masa tu tak tau berapa banyak duit yang dia ada.. dia kira sendiri dan masukkan dalam sampul tapi aku agak jumlahnya agak banyak la jugak.. lepas tu aku pesan suruh dia masukkan sampul intan terpilih tu dalam beg tangan aku.. semuanya supaya tak hilang la kalau dia letak merata-rata beg tangan dia nanti kan.. 

tapi itulah.. kita ni ibubapa yang cuma mampu merancang.. saban tahun memang terpaksa ummi atau ayah jadi bank sementara mereka sebelum duit tu ke mana-mana bank.. tapi tiba-tiba pulak si kakak husna terlampau teruja sangat tahun ni.. boleh pulak masa nak pergi beraya pagi kedua tu dia pergi ambik duit tu tanpa pengetahuan aku.. bila aku siasat pun dia jawab dia terambik.. alahai.. nak marah pun tak sampai hati walaupun memang aku dah marah.. sedih pulak tengok muka dia masa tu..

mau tak sedih kan.. hilang semua duit yang dia sayang.. waktu dia balik beraya pagi raya kedua tu shah la tanya mana duit kakak yang lain.. aku memang takkan tanya sebab aku ingat ada dalam beg aku waktu tu.. kemudian baru aku tau dari sepupu dan abang-abang dia yang dia bawak duit semalam tu ikut beraya sekali.. apa nak buat nasi dah jadi bubur.. dah selamat hilang dah pun semuanya.. nak marah pun dah tak guna.. mungkin duit tu cicir masa dia berjalan raya atau dia tertinggal kat rumah mana-mana yang dia pergi beraya tu agaknya.. kira takde rezeki kakak husna je la nampaknya.. kesian kakak..

Ceritaita

Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahai kakak husna..xper lah k.ita xde rezeki nak buat mcm mana..huhu

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Allahu..sian kakak husna. Insyaallah ada rezeki hebat nk dtg ni 😍

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ala kesiannya. Takpe ada rezeki lagi baik nanti tu.

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alahai.. mesti sedih Husna.. Nak buat macam manakan.. Tak ada rezeki..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahai, kesiannya kakak husna.. tu lah kan budak2 ni excited bebenar kalau boleh tidur dgn duit raa pun diorang nak

farhanna jafri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kesiannya habis semua hilang, apa boleh buat redho je lah & harap dia belajar dari kesilapan tu

Ummi Zarra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Allah kesiannya kakak husna.. Tak pelah xde rezeki.
Tapi pemberian duit raya ni terpulang pd individu. Bg sy konsep ni sme mcm sedekah bkn nk menunjuk2.

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Allahu.. kesian Kakak Husna, Kak Sue pun masa anak-anak kecik memang Kak Sue akan simpan dan pegang duit raya anak-anak, risau kan takut tercicir. Tak apa lah, cakap dengan Kakak Husna, Allah nak ganti rezeki yang lebih baik..

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Allah. Sian kakak husna. Takpa lah kakak semoga ada rezeki yg lebih baik buat kakak ya.