Khamis, 28 Jun 2018

Roti Jala dan Kari Ayam Pencen

Assalamualaikum semua, pagi tadi baru je aku ceritakan pasal majlis sambutan hari raya di tempat kerja yang baru je berlangsung semalam.. aku ada ceritakan yang aku buat roti jala dan kari ayam pencen untuk dijamu pada hari tu.. meh la kita ceritakan apa macamana boleh dapat idea nak buat roti jala dan kari ayam pencen ni jom..





memula pada asalnya aku rancang nak masak nasi arab macam masa sambutan hari keluarga hari tu.. aku lupa nak tulis la.. haha.. ada ceritanya di facebook.. ntah kenapa tak tertulis di blog lagi kisahnya tu.. nantilah kalau senang-senang nak jugak aku tuliskan semula nanti di blog ni.. buat kenang-kenangan.. 



ntah macamana bila dah dapat surat yang akan menentukan hala tuju aku lepas ni teruslah jadi tak tentu arah dan ada beberapa perkara pulak yang mempengaruhi menu yang akan dipilih.. tapi konsep aku senang je.. kalau nak bagi makan pada orang haruslah bagi benda yang kita pun suka makan jugak.. kalau sebelum ni aku pernah buat lontong, sup, ungkep dan tak ingat dah apa lagi..  jadi kali ni aku berangan la nak buat yang lebih baik.. tapi apa nak buat.. angan-angan tinggal angan-angan nampaknya.. 



dan menu roti jala ni pun dipilih saat-saat akhir.. hari isnin kami pergi beli ayam pencen untuk dibuat kari.. dengan dugaan pulak anak-anak ada kerja sekolah yang banyak.. jadinya kena tunggu sampai semuanya selesai baru boleh menjala.. tapi alhamdulillah semuanya dapat jugak disiapkan menjelang jam 2 pagi.. lega bila hajat tercapai..




selamat semuanya dan makanan habis.. makanan yang dibawak habis ni yang paling aku suka.. alhamdulillah.. syukur.. harap akan ada peluang untuk menjamu kawan-kawan macam ni lagi nanti.. insyaAllah.. eh kalau korang nak resepi roti jala tu boleh ambik kat resepi roti jala sedap ni ya.. kari tu nantilah aku kongsikan kemudian..



Ceritaita


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sdapnya roti jala k.ita..:)

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnyaaa fevret ni roti jala. time posa ritu ngarut sangat harga 4 keping rm2 macam mahai sangat ja. tapi da malas buat sendiri beli jugakla..

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah bookmark resepi roti jala tu, nnt bila2 free nak try buat :))

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lama tak makan roti jala sedap tu kari ayam pencen