Rabu, 20 Jun 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ceritaita

assalamualaikum semua, hari ni aku dah mula bertugas semula di tempat kerja.. sebenarnya semalam lagi dah mula kerja.. hari agak suram hari ni.. jalan pun masih lenggang nampaknya.. senang hati je pegi kerja tadi dalam keadaan tak sesak dan lapang selapang-lapangnya.. hehehe.. alhamdulillah.. mungkin sebab ramai yang masih bercuti dan sekolah pun masih bercuti.. dah masuk Syawal ke 6 dah hari ni.. tapi belum terlambat kot kalau aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ceritaita..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ceritaita


tahun ni kami sekeluarga berhari raya di Pekan, Pahang.. giliran sini tahun ni.. raya ketiga pulak kami balik ke Kluang, Johor.. macam tu la setiap tahun.. biasanya akan ada giliran untuk hari pertama tu lepas tu kami akan balik ke rumah yang satu lagi agak lambat sikit dalam raya ketiga dan ke atas macam tu.. bergantunglah dengan cuti yang ada.. dan tahun ni disebabkan cuti sekolah yang panjang ramai la yang ambik cuti panjang bersempena cuti sekolah.. tapi disebabkan giliran aku bertugas jatuh pada minggu selepas cuti sekolah maka terpaksalah korban sikit bertugas pada minggu ni.. 

buat masa ni anak-anak aku tinggalkan jugak kat kampung.. sebab sepupu sepapat diorang tengah ramai kat rumah mak.. kesian pulak bila nak ajak balik hari tu.. yelah baru sampai petang Ahad tetiba malam Isnin dah balik semula.. tak puas lagi muka memasing.. bila tawarkan tinggal kat rumah atuk je memasing laju je setuju.. dapatlah sambung beraya lagi nampaknya.. 

tahun ni tak banyak gambar raya yang sempat kami ambik.. baju raya pun takde tema tahun ni macam tahun-tahun sudah.. asalnya sebab memasing ada pilihan warna yang berbeza setiap tahun.. lagi-lagi la bila memasing dah semakin besar.. jadilah tema warna warni di Aidilfitri.. baju raya kami dah beli awal lagi.. sebelum puasa lagi dah mula beli.. ada jugak hikmahnya.. sebab dalam bulan puasa hari tu aku dapat berita yang mengejutkan.. pasal kerjaya.. nanti la aku tulis lain pulak pasal tu..

Bersempena kedatangan Syawal 1439H ni aku nak mohon maaf kepada semua pembaca Ceritaita sejak dari tahun 2008 lagi.. maafkan semua kesalahan aku samaada yang terzahir ataupun tidak.. dan aku titipkan doa semoga Ramadan 1439H ni tidak menjadi Ramadan terakhir kita dan semoga segala amalan kita diterima oleh Allah.. Amin.. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ceritaita

ada yang geng dengan aku dah bekerja hari ni? 

Ceritaita


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

selamat hari raya k.ita..maaf zahir & batin..:)

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

comelnya pagi raya ! btw, selamat hari raya maaf zahir batin kak

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

selamat hari raya ita maaf zahir dan batin. Suka lah tema ko.