Selasa, 5 Jun 2018

Tanggungjawab bapa kepada anak

Tanggungjawab bapa kepada anak

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan ilmu yang aku dengar masa tengok rancangan Tanyalah Ustaz hari Selasa hari tu.. tajuk yang disampaikan tu sangat bagus iaitu 'Didik Anak Era Digital' yang dikelolakan oleh Da' Hilman dan Ustaz Elyas Ismail.. antara yang dibincangkan oleh mereka berdua pada waktu tu adalah persoalan yang dikupas dari kisah di zaman Nabi Muhammad S.A.W.. iaitu apabila ada anak yang mempersoalkan apakah tanggungjawab bapa kepada anak..

Tanggungjawab bapa kepada anak


bila dengar soalan ni aku terus rasa nak ambik nota dan buat sedikit catatan yang boleh dicoretkan ke dalam blog ni dan diharapkan akan beri manfaat pada orang lain jugak nanti.. juga buat ingatan bila aku terlupa ke bebila nanti kan.. 

antara pengisian dalam perbincangan pada pagi tu ialah cabaran mendidik anak di era digital ni.. kebanyakkan anak dah terlalu maju dari segi teknologi sampai lebih ke hadapan daripada ibubapanya sendiri.. malah ada pulak ustaz kongsikan hari tu ada kod pulak digunakan untuk anak-anak ni.. kalau chatting di belakang ibu bapa macam-macam yang diceritakan tapi bila ada ibu bapa terus keluar kod 'PAW' yang bermaksud 'parent are watching' dan serta merta perbualan jadi lebih bersopan.. menakutkan pulak bila dengar.. jadi jadi ibu bapa kenalah ingat teknologi ni bagus tapi perlu dikawal penggunaannya supaya tak melampaui batas.. 

tapi kali ni bukan aku nak kongsikan intipati cara mendidik anak tu sebenarnya.. banyak sangat nak dikupas dan dibincangkan kalau nak bicarakan topik tu jadi aku yang tak berapa nak mahir pasal bidang tu rasanya malas la nak ulas.. aku cuma nak kongsikan satu ilmu yang dikongsikan oleh Ustas Elyas Ismail pada hari tu.. iaitu tanggungjawab bapa kepada anak..

kita selalu dengar pasal tanggungjawab anak kepada ibu bapa je kan? pernah tak korang dengar pasal tanggungjawab bapa kepada anak pulak? sejujurnya aku baru pertama kali dengar dengan sempurna.. selama ni dengar sikit-sikt atau separuh-separuh je la.. tak cukup syarat.. meh aku tuliskan apa dia tanggungjawab bapa kepada anak tu..

Tanggungjawab Bapa Kepada Anak 
(Melalui Kisah Saidina Umar apabila ditanya oleh seorang anak sahabat)

1. Memberikan nama yang baik.
2. Mengajarkan soal adab / tentang adab - termasuk adab dengan jiran, adab dengan semua orang.
3. Mengajarkannya menulis.
4. Mengajarkannya berenang dan memanah.
5. Memberikannya makan dari sumber yang halal.
6. Mengahwinkan dia dengan jodoh yang baik apabila tiba masanya.


Tanggungjawab bapa kepada anak
Tanggungjawab bapa kepada anak


Jadi kawan-kawan dah boleh la bagi sesiapa yang bergelar bapa untuk semak dan audit diri kata Prof. Muhaya untuk tengok.. adakah kita dah tunaikan kesemua tanggungjawab kita sebagai bapa yang baik untuk anak amanah Allah kita tu.. kalau belum , rasanya masih belum terlambat lagi.. jom mulakan!

Akhir sekali pesanan ustaz, kita mungkin boleh ajarkan jugak pada anak-anak kita agar mengamalkan membaca ayat ini..  dengan membaca ayat ini sebagai doa secara berulang-ulang, insyaAllah akan melembutkan hati yang keras.. 


هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"

Surah Al-Imran Ayat 38


Ceritaita


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

perkongsian yang baik ni kak

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga kita mampu menjadi ibu ayah terbaik buat anak2

farhanna jafri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

berenang dah, memanah je tak sebab ayah pun tak pandai :P