Khamis, 21 Jun 2018

Tetiba teringin Kek Marble Mak Jemah

assalamualaikum semua, semalam entah kenapa aku tetiba teringin kek marble mak jemah.. aku pernah tulis pasal resepi kek marble mak jemah dulu kat blog ni.. lepas tu teringin sangat nak makan dari sebelum raya lagi tau.. tapi disebabkan aku pulun nak buat kuih raya terpaksa la aku korbankan dulu hajat nak buat kek marble mak jemah yang sedap ni.. tapi semalam aku tak tahan lagi la.. kena buat jugak.. dapatlah bawak sebekas ke opis pagi ni.. alhamdulillah rezeki kawan-kawan jugak..

Tetiba teringin Kek Marble Mak Jemah


mesti ada yang nak tau kenapa namanya kek marble mak jemah kan? sebenarnya mak jemah tu nama mak aku.. dan disebabkan resepi ni aku dapat dari mak jadinya aku abadikanlah nama mak kat resepi tu.. resepi yang insyaAllah dijamin sedap, lembut dan cair kat dalam mulut tau.. kira ni macam kek legend mak aku la sejak dulu.. aku memang suka sangat kek marble mak buat ni tak sama dengan yang lain pada aku.. aku tak tipu punya.. tengok je la gambar yang aku tunjuk kat atas tu haa.. mengancam kan?

ada yang tertanya-tanya macamana nak buat? mehlah kita kongsikan resepi.. sesambil tu korang tolong la doakan mak abah aku supaya panjang umur dan sihat sentiasa dan kami dapat merasa air tangan mak abah lagi di masa akan datang..

Resepi Kek Marble Mak Jemah

Kek Marble Mak Jemah



BAHAN-BAHAN
5 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sndiri
1 sudu teh esen vanilla
300 gram marjerin
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar serbuk koko..agak2 la..nak pekat letak lebih..

CARA-CARA
1. Asingkan putih dan kuning telur
2. Putar putih telur dgn separuh gula sampai bertanduk (meringue)
3. Pukul kuning telur + marjerin + baki gula (a)
4. Ayak baking powder dgn semua tepung
5. Masuk tepung, esen vanilla, susu n bahan a dalam meringue
6. Kacau dgn senduk atau spatula sampai rata
7. Buat 2 bahagian, satu letak serbuk koko dan sebatikan
8. Sapu butter atau marjerin dlm loyang
9. Lapis adunan ikut kreativiti
10. Bakar dlm suhu 180°c-200°c dalam 30-40 minit..ikut saiz oven korang..(lagi besar oven lagi tinggi suhunya)

sumber resepi asal Resepi Kek Marble Mak Jemah

Harapnya korang manfaatkan resepi ni ya.. tengah bercadang konon-konon nak berjual kek ni bila kami pindah nanti.. mogalah ada rezeki kami di tempat baru tu nanti.. insyaAllah..

Ceritaita


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sdapnya..:)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah gebu gebas kek marble ko ita.. sedapnya.

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Teringin pulak nak rasa dan cuba resepi nie Ita..