Isnin, 23 Julai 2018

Kuala Lumpur kami datang!

assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran.. bukan tak sayang dah dengan blog ni.. tapi banyak sangat perkara kena uruskan sejak dari balik cuti raya hari tu.. aku belum sempat pun cerita pasal aku dapat surat kenaikan pangkat dan ditukar ke Kuala Lumpur ni.. semuanya berlaku dengan begitu pantas sampaikan aku tak sempat nak update apa-apa pun di blog kesayangan ni.. tapi aku berazam jugak nak coretkan sesuatu supaya ianya jadi kenangan kami satu hari nanti..

Kuala Lumpur kami datang!


sejak malam Jumaat 13 Julai 2018 secara rasminya kami dah bermastautin di Kuala Lumpur pulak.. tak pernah kami jangkakan pun akan terjadi.. semua berlaku macam adik hadi selalu sebut.. 'tiba-tiba je'.. dan hari Jumaat petang tu sampailah barang kami bersama lori yang dihantar oleh kawan-kawan.. kami tak habis lagi pun mengemas ni.. kemas mana yang perlu sama macam kami bawak apa yang perlu je hari tu.. banyak yang kami kena tinggalkan sebab rumah yang disewa ni tak muat nak tampung barang yang ada.. 

ramai pun yang tanya apa kami buat dengan rumah kami di Kuantan.. buat masa ni belum ada perancangan lagi.. kami tengah rancangkan untuk disewakan.. tapi bukan dalam masa terdekat ni lagi.. banyak yang kami perlu kemaskan dan perbaiki dulu di rumah tu.. harapnya semua urusan akan dipermudahkan Allah buat kami nanti.. dan dapat kami sewakan secepat mungkin untuk tampung mana-mana perbelanjaan yang ada.. maklumlah rumah di KL ni pun kami menyewa yang kadarnya lebih kurang sama macam kami bayar bulanan rumah di Kuantan tu.. kalau tak buat sesuatu dengan cepat risau akan ada masalah pulak nanti..

buat masa ni kami masih cuba sesuaikan diri di KL ni.. banyak benda baru yang kami kena belajar.. terutama pasal jalanraya di bandar besar ni.. selalunya datang sini untuk bercuti je.. belum pernah lagi kami tinggal berlama-lama lebih dari 5 hari di KL.. sekolah anak-anak juga ada lagi yang tak selesai.. pasal sekolah nanti aku cerita lain ya.. pasal kerja jugak nanti aku cerita lain.. buat masa ni kami dah dapat kenalpasti kawasan untuk beriadah di hujung minggu yang berdekatan dengan rumah.. dah kenal jugak beberapa pasaraya untuk kami beli barang keperluan rumah.. dengan Pasar Borong Selayang tu rumah kami ni dekat je rupanya.. hehehe.. 

buat semua kawan-kawan yang sudi bantu kami dari awal perpindahan sehingga sekarang ni.. aku nak ucapkan berbanyak terima kasih.. tiada yang dapat aku gantikan sebagai balasan.. sangat tak mampu nak balas terutama dengan wang ringgit dengan keadaan kami sekarang ni.. jugak buat semua yang sudi mendoakan kami sekeluarga.. aku hanya mampu mohon pada Allah semoga kalian diberikan kebaikan yang setimpal dengan apa yang telah kalian berikan kepada kami sekeluarga.. 

buat semua, maafkan kami jika ada salah silap kami selama ni dan teruskanlah mendoakan kami di sini.. dah seminggu berlalu.. hati masih rindu permandangan Sungai Kuantan yang kami tinggalkan.. semoga Allah jagakan semuanya untuk kami.. Kuala Lumpur kami datang!

Ceritaita

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Takpe slow2 ita..ada masa boleh update blog..kan..jangan push sgt nanti stress

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat datang Ita, semoga dengan hidup baru kat sini beri lebih bahagia dan rezeki untuk Ita sekeluarga.. aamiin ya rabb..

Cik Tie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah, tahniah ye

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

moga k.ita selesa ditempat baru...