Jumaat, 27 Julai 2018

Neffos Summer Launch 2018

assalamualaikum semua,  nak cerita pasal handphone pulak malam ni.. korang nak baca tak? eh ni telefon bimbit murah-murah je tau tapi fungsinya insyaAllah tak menghampakan.. ni penangan aku pergi majlis pelancaran telefon pintar baru keluaran Neffos untuk Neffos Summer Launch 2018 siang tadi la ni.. meh kita cerita handphone apa yang menarik tu jom! 

Neffos Summer Launch 2018


sebenarnya ada 4 model yang diperkenalkan untuk kali ni yang pastinya amat berbaloi dengan harga yang sangat berpatutan.. serendah RM359 je tau.. tak sabar pulak aku nak kongsi dengan korang ni.. meh la kita kongsi dari handphone yang paling murah dalam koleksi ni.. aku kongsikan sekali gambar selfie aku dengan kamera depan setiap telefon pintar yang ada tu ya.. 

Neffos C7A 

Neffos C7A


Dengan perincian skrin besar 5", kamera 8MP dan kamera depan 2MP, dual simkad dan 2330 mAh bateri dijual pada harga bermula RM359 ni aku rasa harga yang sangat berbaloi untuk sebuah telefon pintar.. mungkin boleh jadi pilihan jugak untuk mereka yang tengah cari telefon kedua yang sederhana.. 

Neffos C9A

Neffos C9A


Dengan perincian skrin lebih besar iaitu 5.45" dengan fungsi HD dan fullview display..ditambah dengan kamera 13MP dan kamera depan berserta softlight 5MP.. juga dual simkad dan mempunyai kuasa bateri 3020mAh dan ada fungsi all face unlocked tau.. harganya cuma RM429 je.. haha

Neffos C9

Neffos C9


Dengan perincian skrin lebih - lebih besar iaitu 5.99" dengan fungsi HD dan fullview display.. ditambah dengan kamera 13MP dan kamera depan berserta softlight 5MP.. juga ada fungsi dual simkad, all face unlocked dan kuasa bateri 3840mAh ni didatangkan dengan harga cuma RM479 je tau..  janganlah terkejut.. 

Neffos X9 

Neffos X9


Telefon pintar terakhir dalam koleksi Neffos Summer Launch 2018 ini didatangkan dengan ciri skrin yang lebih-lebih besar iaitu bersaiz 5.99" dengan fungsi HD dan fullview display.. ditambah dengan kamera 13 + 5 MP dan 8MP bagi kamera depan.. ada juga fungsi dual simkad,  all face unlocked dan kuasa bateri 3060mAh ini terdapat dalam 2 pilihan bermula dengan harga RM599.. pilihan pertama 3GB + 32GB dengan harga RM599 manakala pilihan kedua dengan 4GB + 64GB dengan harga RM799.. Bawah ni gambar yang diambil dengan Neffos X9..

Cantik kan?  :D


Jadi.. dah baca kan?  Apa lagi.. buat la pilihan yang tepat untuk telefon pintar pilihan dengan harga berbaloi yang tak sampai pun RM800! 

Doakan sekali supaya gambar aku antara yang terpilih dapat menang handphone dari Neffos Malaysia ni ya.. hihi..  

Ceritaita

Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Harga tak mahal sangat kan Ita.. good luck tau..

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang murah kak, berbaloi untuk jimat hehe. Saya pakai powerbank TP Link (neffos pun TP Link kan). Memang terbaik power bank dia

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Neffos semakin dikenali sekarang nih kan kak. Gambar cantik harga murah. Berbaloi

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

skrng ni makin banyak pilihan2 smartfon yang canggih2.. options pelbagai ikut function dan kesesuaian =)

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Harga mampu milik kan kak. Btw gudluck taw .