Selasa, 24 Julai 2018

Selamat tinggal SK Kempadang dan KAFA Al Fawwaz

assalamualaikum semua, hari ni nak cerita pasal kenangan anak-anak di sekolah lama mereka sebelum berhijrah ke sini.. sekolah yang aku rasa akan selamanya di hati anak-anak.. terutama abg long yang paling lama di dua buah sekolah ni.. meh la kita imbas sikit pasal kedua-dua sekolah anak ni..


Selamat tinggal SK Kempadang dan KAFA Al Fawwaz


SK Kempadang ni merupakan sekolah anak-anak yang pertama bila mengenal alam persekolahan sebenar.. alam mengenal seragam putih yang pastinya akan jadi kenangan yang tak mungkin anak-anak lupakan.. di sekolah ini jugaklah kami merasai pengalaman pertama mendaftar dan menghantar anak ke sekolah.. banyak peristiwa suka duka sepanjang anak bersekolah di sini.. 






teringat pada tahun pertama persekolahan abg long.. aku akui ngeri nak tinggalkan anak waktu tu.. mana taknya kelas murid tahun satu waktu tu pintu pun takde.. hehehe.. bukan niat aku nak burukkan sekolah ya.. aku faham dengan peruntukan yang agak terhad untuk diadakan semua kemudahan anak-anak memanglah satu yang agak susah.. aku pun kerja dengan agensi kerajaan jugak.. faham sangat dengan keadaan kewangan semasa.. tapi alhamdulillah sedikit demi sedikit sekolah mula nampak terjaga dan makin bernyawa bila sampai masa kakak husna bersekolah.. 





di sebalik beberapa perkara yang masih perlu pihak sekolah kemaskini, aku tak nafikan yang pihak sekolah dan guru-guru dah berusaha sebaik mungkin untuk kebajikan anak-anak.. prasarana sekolah dibangunkan dengan baik satu persatu.. termasuk beri kemudahan surau, dewan dan gajah menyusur untuk anak-anak yang belajar dengan lebih selesa di SK Kempadang.. pertalian pihak sekolah dengan komuniti pun sangat erat.. beberapa kali jugak pihak sekolah anjurkan karnival sekolah dan sambutan hari raya bersama komuniti.. sangat meriah setiap kali.. kami sempat jugak berpeluang ikut majlis sambutan hari raya baru-baru ni sebagai majlis kami yang terakhir bersama sekolah yang banyak berjasa buat anak-anak..




KAFA Al -Fawwaz pulak kami kenal namanya waktu awal berpindah ke kawasan Tanjung Lumpur (atau seberang kata orang Kuantan) sebagai salah satu dari sekolah KAFA yang agak terkenal dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang dan lancar membacar al-quran.. itu yang menjadi janji sekolah sewaktu kami menghantar anak-anak belajar di sini.. sekolah akan memastikan anak-anak yang belajar di sini adalah generasi yang celik al-quran di samping pengetahuan fardhu ain dan fardhu kifayah.. buat ibubapa yang mempunyai asas agama yang tak kuat mana macam kami ni dapat menghantar ank-anak ke sekolah begini merupakan satu rahmat besar buat kami.. 








alhamdulillah aku nampak perkembangan positif buat anak-anak.. abg long pun dah nak hadapi peperiksaan UPKK tahun ni.. tinggal tak sampai lagi 68 hari lagi pun.. ada sedikit masalah pasal peperiksaan abg long sekarang ni.. masih ada kekeliruan mengenai status abg long sebagai calon tumpang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni.. abg long tak boleh  ditukarkan sebagai calon di KL kerana sistem pendaftaran telah ditutup sepenuhnya pada 30 Jun yang lepas.. apa yang boleh cuma abg long boleh duduk sebagai calon tumpang.. itu pun masih lagi di peringkat urusan antara penyelia di JAIP dan di JAWI.. kami hanya mampu menunggu apa tindakan selanjutnya.. harapan kami agar semuanya berjalan lancar.. tapi aku tak yakin yang abg long dapat nak ambik peperiksaan percubaan pun.. mungkin tak sempat pun nak ambik sebab sangkut semua urusan ni..

kami cuma mampu doa supaya urusan kami sekeluarga dipermudahkan.. banyak yang kena kami korbankan buat masa ni.. kami cuba buat sebaik mungkin untuk masa depan anak-anak yang lebih cemerlang.. semoga Allah permudahkan tugas penyelia, guru-guru dan anak kami nanti.. terima kasih juga atas jasa baik semua guru-guru di SK Kempadang dan Kafa Al-Fawwaz yang sudi menyampaikan ilmu pengetahuan buat anak-anak kami.. juga maafkan salah silap kami termasuk anak-anak jika ada.. semoga Allah memberikan balasan yang baik buat kalian atas jasa baik kalian.. 

Masa kali terakhir aku bercakap dengan guru-guru anak-anak mintak dihalalkan semua ilmu tu aku memang sebak.. apa nak buat.. mak memang jenis hati tisu.. hujung minggu ni aku nak ajak anak-anak tulis surat buat guru dan kawan-kawan lama mereka..

Ceritaita

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tempat jatuh lagi dikenang, kan Ita.. Kak Sue masa pindah ke Rawang lain pulak rasanya seronok dapat tukar dan jumpa orang baru. Tempat lama ada beberapa cerita sedih yang malas nak ingat..

Raydah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

smoga dipermudahkan semuanya utk akk n family. ameen

Mohamad Khairil berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga segala urusan dipermudahkan..

https://aerillhassan.blogspot.com

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tempat jatuh lagikan dikenang.. ini lagi la tempat sekolah dan main2. xpe semuanya akan jadi kenangan terindah =D