Isnin, 27 Ogos 2018

Balik kampung dan aktiviti cuti sekolah

assalamualaikum semua,  hari ni merupakan hari pertama naik sekolah setelah seminggu bercuti kan.. kebetulan pulak cuti hari raya aidiladha terselit tengah-tengah minggu lepas aritu.. jadinya aku ambik kesempatan bercuti jugak bersama anak-anak.. alhamdulillah setelah lama tak cuti raya lama kan.. dan hari ni nak coretkan sikit kisah balik kampung dan  aktiviti cuti sekolah  anak-anak waktu cuti sekolah yang lepas.. mehlah baca..

kami mula balik kampung hari Sabtu lepas.. kami gerak pagi Sabtu tu dan sempatlah tersangkut dalam kesesakan di Tol Gombak sekejap.. tapi alhamdulillah la tak lama.. lepas tu kami berkejar pulak nak hantar abg long gi ke Kem Rehlah anjuran KAFA lama abg long masa kat Kuantan dulu.. abg long tak mendesak pun nak pergi cuma aku je yang rasa dia patut diberi peluang untuk luangkan masa dengan kawan-kawan lama yang dia rindukan setiap hari.. 

lepas dari tu kami terus gi makan-makan kat Pantai Kempadang.. rindu nak lepak kat pantai ni.. banyak kenangan kami kat sini.. nak tulis pun aku rasa sebak.. kenangan dari awal kahwin cuma ada anak satu sampai anak empat.. bayangkanlah.. rumah sewa lama kami pun kat kampung ni.. jadi memang la banyak kenangan kan.. kami makan-makan petang tu.. kebetulan pulak jumpa kawan-kawan meniaga shah dulu kat sini.. jumpa jiran lama.. borak-borak la kejap sambil layan ABC.. 

balik tu kami singgah jenguk rumah kami yang dah kami tinggalkan.. belum ada rancangan lagi untuk rumah tu setakat ni.. kemudian la nanti bila kehidupan kami kat KL dah settle betul-betul.. kami kemaskan apa patut dan cari apa-apa lagi barang yang patut kami bawak.. masih banyak yang nak diangkut rupanya.. padahal hari tu dah sepenuh lori kami angkut masa berpindah.. nama pun berpindah kan.. hehe.. 

lepas tu kami lepak-lepak kejap kat rumah yang banyak kenangan ni.. kami duduk rumah ni dah 7 tahun dah.. sama baya dengan umur Kakak Husna.. masa kami pindah tu kakak masih dalam perut pun lagi.. ngam-ngam kami duduk rumah tu 7 tahun bulan 6 aritu.. cantiknya perancangan Allah.. alhamdulillah Dia bagi kami sekeluarga peluang bahagia dalam rumah tu.. selesai semuanya kami balik tidur di rumah mak shah..

keesokkannya paginya kami berkejar pulak nak ke dewan di Inderamahkota untuk hadiri seminar eUsahawan.. alhamdulillah berakhir dengan jayanya walau ada sesi kat tengah hari aku terpaksa skip sebab hadiri sesi ibu bapa dengan anak di Kem Rehlah abg long.. mujur sempat jugak.. abis majlis kat sini kami berkejar pulak ke dewan semula tapi dah terlepas pulak makan tengahari tapi sempatlah beli nasi beriani sedap kat situ.. 

lepas abis seminar kami terus balik ke rumah mak shah.. esoknya kami luang masa kat rumah mak shah untuk buat apa yang patut sebelum raya.. shah la banyak buat.. aku banyak tengok je.. hihi.. keesokkan paginya kami balik awal ke rumah untuk sambung kemas rumah lagi.. malamnya kami bertolak balik ke Johor pulak dalam suasana malam raya..  seronok pulak masa tu.. jalan pun lancar nampaknya.. cuma mata yang tak berapa nak lancar.. hihi.. kami sampai rumah mak abah dalam pukul 1 lebih pagi.. alhamdulillah dapatlah bantu jaga rendang daging dengan lepat pulut yang tengah dimasak waktu tu.. 

esoknya kami rayakan Aidiladha di kampung di Johor.. suasana raya agak berbeza.. kalau dulu kami amalkan bergilir setiap kali raya.. kalau dulu kami sentiasa bergilir untuk sambut hari raya tapi sejak kami dah berpindah duduk sini banyak benda yang terpaksa kami ubah dan sesuaikan semula terutama balik kampung sebulan sekali tu.. 

hari raya kali ni tak kemana-mana pun, cuma duduk je rumah luangkan masa dengan anak-anak dan saudara mara yang ada.. selain dari makan.. hehehe.. anak-anak pulak selain membuli kucing bertiga yang kami bawak balik tu..  haaa lupa nak bagitau yang ada kelainan balik kali ni.. kami bawak ketiga anak bulu kami dalam kereta wira kami ni haa.. jadi ada 9 la penghuni dalam kereta waktu kami balik dari KL ke Kuantan dan kemudian ke Kluang pulak.. mujur memasing duduk elok je.. nanti la aku cerita kat entri lain.. 

part aktiviti anak-anak pun aku kena sambung entri lain la.. lenguh dah menulis ni.. ada banyak lagi sambungan tau.. nanti korang singgah baca eh.. terima kasih! 

Ceritaita



Khamis, 23 Ogos 2018

Aidiladha, Rendang daging dan juadah raya

Assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni masih lagi kami menyambut hari raya aidiladha.. selamat hari raya aidiladha buat semua ya.. kami raya macam biasa je tahun ni tapi syukur sebab semua adik beradik ada untuk raikan raya korban tahun ni.. ramai masih lagi sibuk uruskan korban masing-masing tahun ni.. di kampung kami ni pun sama.. dengarnya ada 15 ekor lembu akan dikorbankan pada tahun ni.. kat sini majlis korban akan diadakan hari ni.. seronok la anak-anak dapat tengok lembu yang banyak.. ada jugak yang buat secara persendirian.. tapi lebih banyak la yang mengikut anjuran pihak masjid.. 

kalau raya tiap tahun rumah abah dan mak ni jarang la sunyi.. walaupun tak cukup semua yang ada nak sambut hari raya.. sebabnya masing-masing ada anak-anak kecik yang tengah membesar,  faham je la riuhnya macamana.. semalam je macam-macam aktiviti masing-masing buat.. siap abg ngah sempatlah hancurkan lulut seluar baju melayu dia siap pakej berdarah-darah.. huhu.. adik hadi pun dapat luka jugak kat tapak tangan.. bertabah je la kalau dah main beramai-ramai ni.. masing-masing nak cuba adegan yang tak pernah buat sebelum ni.. 

eh lupa nak bagitau yang raya korban tahun ni giliran rumah mak abah di Johor.. alhamdulillah kami dah amalkan penggiliran raya ni sejak dari awal berkahwin sampai sekarang.. kiranya giliran kami mengikut tahun.. kalau tahun tu giliran Johor maka kami akan beraya raya korban dan raya puasa di Johor.. dan kalau giliran raya tu di Pahang maka akan kami sambut AidilFitri dan Aidiladha di Pahang jugak.. kiranya setakat ni takde lagi la masalah buat kami.. anak-anak pun faham nampaknya.. dan malam semalam kami sampai dari Kuantan.. disebabkan ada urusan di Kuantan sebelum ni jadi kami buat keputusan ke sana dulu baru berhari raya di Johor.. 

bukan la malam sangat pun sampainya.. lebih pada pagi.. hihihi.. kami sampai lebih kurang pukul 1 lebih dekat pukul 2 pagi.. lepas tu lebih kurang waktu macam ni baru boleh tidur sebab uruskan rendang dan lepat pulut dulu.. kali ni nampak laris juadah raya sebab ada anak-anak kecik yang tengah berselera nak makan.. tengok je la masing-masing ni.. elok bersusun masa makan dah macam kat tadika.. alhamdulillah merekalah sumber keceriaan buat kami.. 

biasalah bila raya ni banyak aktiviti kami buat ialah makan dan berbual sesama kami.. itu je la waktu yang ada untuk jumpa kan.. kalau tak masing-masing tentunya sibuk dengan urusan seharian.. juadah pagi raya jarang la tak meriah.. biasanya akan ada kunjungan lauk pauk dari besan mak abah yang tinggal berdekatan dan juga dari jiran sebelah mak abah ni.. syukur dapat merasa pelbagai lauk pauk pelbagai bangsa.. termasuklah burasak hidangan kaum bugis tu.. itulah je la cerita hari raya kami.. korang macamana pulak? 

Ceritaita


Selasa, 21 Ogos 2018

Apa rasa Aiskrim Durian McDonald's?

assalamualaikum semua,  hari ni aku rasa mesti ramai yang tengah travel atas jalanraya dan di mana-mana pun mesti tengah sibuk dan sesak ni kan.. aku pun akan bergerak balik ke Johor malam ni.. ni masih ada di Kuantan untuk selesaikan berapa perkara penting terutama kemas rumah yang tinggal ni.. sementara berkemas ni aku terfikir jugak mesti ada yang teringin nak singgah dan nak rasa Aiskrim Durian McDonald's yang masih viral tu kan?  jadi apa rasa Aiskrim Durian McDonald's tu agaknya? 

Sejujurnya aku pernah rasa aiskrim ni dulu.. dulu tau.. waktu awal Aiskrim Durian McDonald's ni diperkenalkan.. waktu tu asyiklah sold out di mana-mana cawangan McDonald's.. jadi teringin jugaklah nak rasa.. entah apa rezeki aku hari tu, elok je tanya kat kaunter McDonald's benteng kat Kuantan masa tu ada pulak rupanya.. apa lagi lajulah aku order satu cawan.. masa tu aku makan dengan penuh nikmat sebab orang lain tak terliur dan taknak pun merasa sikit pun.. rezeki la kan.. kakak husna yang hantu durian dan aiskrim tu pun tak teringin.. puaslah aku makan masa tu.. sampai terasa macam sikit pulak dia isi dalam tu tau.. 

Tapi kan.. agak mendukacitakan la jugak.. korang mesti tertanya-tanya apa rasa Aiskrim Durian McDonald's ni kan.. aku kecewa tau sebab rupanya aiskrim ni sama je macam yang dulu aku beli.. tapi rasanya dah lain sangat.. rasa yang dulu sedap berkrim memang macam makan durian mahal.. tapi yang sekarang ni cuma rasa macam jajan durian yang dalam pek plastik tu je.. plastik gila rasa dia.. tak sedap la.. aku tak tau nak cakap apa yang tak sedap tapi memang rasa dia tu tak sesedap dulu la.. langsung tak sedap.. terus aku pun macam terpaksa je nak. habiskan satu cawan tu.. 

Buat McDonald's maaflah aku terpaksa jujur kali ni.. tapi aku berharap sangat moga korang kembalikan rasa asal aiskrim durian McDonald's tu.. patut la korang siap buat promosi makan buffet aiskrim durian.. rupanya sebab rasanya dah lain sangat dan aku rasa memang akan jejas market korang je la.. kalau dulu sold out sebab memang sangat sedap.. yang pastinya sangat berbeza la!  Siapa setuju dengan aku? 

Ceritaita

Selasa, 14 Ogos 2018

Mee Ikan Sedap

Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. sebelum cerita pasal mee ikan sedap, kita borak-borak dulu la.. banyak sangat jadual yang masih belum dapat diselaraskan terutama rutin di waktu pagi.. anak-anak masih terbiasa lagi dengan rutin sewaktu di Kuantan dulu.. yang mana tak kisah kalau keluar lambat sikit tapi masih mampu sampai awal ke sekolah.. sekolah tinggal lagi seminggu je.. selepas dari tu dah mula cuti sekolah seminggu.. harapnya anak-anak dah ok waktu tu nanti.. 

Mee Ikan Sedap


cerita pasal mee ikan sedap ni pulak.. mee ikan sedap ni aku jumpa masa kami berjalan ke NSK Selayang hari tu.. niatnya nak tinjau kawasan membeli belah barang keperluan biasa bagi penduduk sekitar sini.. alhamdulillah nampak senang jugak untuk kami cari barang keperluan kat sini,  NSK Selayang dekat je.. Tesco Extra Selayang pun dekat jugak.. pasar basah pun tak berapa jauh dari NSK.. kiranya kalau nak cari keperluan harian tu tak susah la.. 

Mee Ikan Sedap yang dah rebus


eh berbalik pasal mee ikan sedap ni.. anak-anak la yang mula rasa.. kebetulan kami pergi tu hari Sabtu,  maklumlah kan ada promoter yang sibuk promosikan produk masing-masing.. budak-budak memang pantang la nampak kan.. semua nak dicubanya.. dan tercuba pulak mee ikan sedap ni.. siap ditarik-tarik ummi ayah suruh sama-sama pergi merasa.. punyalah sedap kata diorang.. 

aku dengan shah pun merasalah.. eh memang sedap la pulak.. rasa dia macam mee laksa tu.. kenyal-kenyal tapi ada rasa ikan.. kira macam ala fishball dalam bentuk mee la.. sedap tau.. bebudak ni makan gitu je.. tak payah kuah ke apa-apa ke.. tapi kalau pada aku buat macam mee kuah pun sedap tau..

mee ikan sedap dengan kuah laksa


ni yang pagi tadi.. ada baki kuah laksa yang aku masak masa ada tetamu hari Ahad hari tu..  aku panaskan dan curah je atas mee ikan sedap ni.. sedap woo.. extra rasa ikan dia tu.. rasa ikan berganda la kiranya.. 

dia ni ada 2 jenis tau.. lupa nak bagitau jenama CB tau..  yang putih tu dengan rasa ikan biasa je... harganya RM5.00++ la.. yang hitam tu dengan extrak dakwat sotong.. RM7.00++ harga boleh tahan la jugak tapi cepat kenyang makan ni tau.. aku masak 2 kali la 2 pek ni.. biasa anak-anak nak dua-dua warna jadinya aku masak separuh-separuh la.. dan dia akan kembang sikit dari yang dalam pek tu bila kita masak.. 

Ni yang warna putih


Ini yang hitam dengan dakwat sotong

masaknya pun senang sangat.. aku rebus air dulu lepas air mendidih masukkan mee ikan sedap ni kat dalam air mendidih.. biar mendidih dalam dua-tiga minit macam tu dan dah boleh angkat dah.. senang je kan.. aku gunting halus-halus sikit untuk anak senang makan..  

Mee Ikan Sedap tengah direbus


korang boleh cari dan cuba sendiri tau.. selamat mencuba! 

Ceritaita

Selasa, 7 Ogos 2018

Tilapia masak gulai tempoyak

assalamualaikum semua, hari ni nak cerita pasal menu yang beberapa hari lepas.. dah seminggu dah pun.. tapi masih terasa lagi kesedapannya.. teringin pulak nak beli ikan tilapia buat tilapia masak gulai tempoyak lagi sekali.. alahai menyebutnya je pun dah boleh bayang kesedapan isi tilapia yang lembut tu..


Tilapia masak gulai tempoyak


sebenarnya selalu aku akan masak dengan ikan patin untuk masak tempoyak macam ni.. tapi disebabkan Sungai Pahang tu jauh.. jadinya nak beli ikan patin yang ada dijual di sekitar ni shah tak berapa berkenan la pulak.. lebih-lebih lagi dulu kami pernah terbeli ikan patin yang dibela di kolam.. alamak terbayang lagi rasanya tak berapa enak tu.. lepas kena pengalaman macam tu lagilah kami jadi lebih pemilih jadinya..

masa aku pindah baru ni aku sempat la menjamu kawan-kawan yang datang tu dengan ayam masak gulai tempoyak.. ye la masa tu cuma terfikir ayam je tau.. dahlah pasar pun tak tau dekat mana lagi.. nak membeli barang basah pun macam masih bingung lagi masa tu.. jadi shah cadang kami gantikan ikan patin dengan ayam je la.. masa makan tu ada jugak kawan yang menyebut.. kalau gantikan dengan ikan tilapia pun mesti lagi sedap.. terus terfikir.. huhuhu.. ya tak ya jugak la..

jadi aku terus la dapat idea nak cuba pulak buat sendiri untuk makan-makan kami kat rumah ni.. beli la ikan tilapia 2 ekor.. masa tu ada dijual waktu kami ke Aeon Big Kepong.. kebetulan la kan.. ada 2 jenis ikan tilapia ni.. ada tilapia hitam dan tilapia merah.. tapi disebabkan anak-anak lebih gemar tilapia merah maka aku ambik tilapia merah masa tu.. bawak balik aku masak la ikut resepi kat bawah ni.. senang je tau.. campak-campak.. siap!

Resepi Tilapia Masak Gulai Tempoyak

Bahan-bahan

2 ekor ikan tilapia yang dah disiang dan dibersihkan
Tempoyak
Cili Padi
Bawang besar
Bawang putih
(dua jenis bawang ni pilihan, kalau taknak letak pun takpe)
Kunyit hidup
Timun tua ( aku kikis sikit kulitnya dan potong-potong) (kali ni aku guna terung je)
Daun kesum / Bunga Kantan (kalau nak sedap boleh bubuh)
Air secukupnya
Garam dan ajinomoto secukupnya


Cara-cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan tempoyak.
2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan kesemua bahan kisar. Masukkan garam dan ajinomoto.
3. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan ikan, biar mendidih sekejap.
5. Masukkan timun tua, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih sekejap.
6. Matikan api bila ikan dan timun dah masak.

Dah boleh hidang dengan nasi panas dah.. kalau nak lagi sedap makan pulak dengan ulam timun atau peria katak atau petai dengan sambal tempoyak.. ikutlah ulam apa pun yang korang suka.. lagi meletop rasa masa makan nasi tu.. tak sedar dah bertambah 2-3 pinggan.. hehehe..

Selamat mencuba ya!

Ceritaita

Hadiah perpisahan yang aku terima

Assalamualaikum semua, dah masuk bulan Ogos dah pun.. marilah kita menulis setelah sekian lama menyepi..kali ni nak tulis pasal hadiah perpisahan yang aku terima waktu perpisahan yang berlaku sebulan yang lepas.. tak pernah akan lupa nak tulis pun.. cuma masa je yang tak mengizinkan.. semenjak berpindah ni, banyak perkara yang kami buat untuk kena sesuaikan diri.. 

Hadiah perpisahan yang aku terima 


banyak la perkara.. terutama hal sekolah anak-anak.. alhamdulillah dah selesai juga satu dua perkara tu.. jadual harian kami pun masih lagi kelam kabut.. ada hari yang dah jejak maghrib baru sampai rumah.. maklumlah masih tak biasa lagi dengan jalanraya di Kuala Lumpur yang agak sibuk ni.. kami baru nak kenal laluan mana yang boleh kami lalu untuk elakkan kesesakan.. nantilah aku ceritakan yang tu.. kali ni nak cerita pasal hadiah yang aku dapat aritu.. 


Jam Tangan
perempuan
Jam Tangan

Ada beberapa hadiah yang aku terima.. macam gambar kat atas tu la.. aku suka sangat semua pemberian dari kawan-kawan ni.. aku hargainya.. antaranya jam yang kat bawah ni.. cantik jam ni.. tak pernah ada jam macam ni sebelum ni.. sebab kalu nak beli aku risau tak sesuai pulak.. tapi nampaknya bila disarung ke tangan.. sangat sesuai.. terima kasih la buat yang mengumpulkan dana dan yang tolong belikan hadiah ni aritu.. sangat pandai mereka pilih.. 

perempuan
Tudung

Tudung


hadiah seterusnya ialah tudung ni.. kalau jenis aku memang la takkan beli tudung kat butik.. eh tipulah kalau tak pernah kan.. pernah la dedulu.. tapi sekarang ni dah memang beli tudung pasar malam je.. selalunya pun beli shawl sepuluh ringgit tu je lepas tu aku ubahsuai jadi double loop.. boleh terus sarung gitu.. tapi aku tetap suka la bila ada orang hadiahkan tudung sarung macam ni.. bila-bila emergency nak berjalan boleh terus sarung dan tak payah nak memikir nak gosok tudung bagai.. hehe.. terima kasih ya dik.. akak suka tau.. 

perempuan
Telekung


last but not least.. ialah hadiah telekung.. kain lembut dan selesa.. macam sesuai je nak gantikan telekung aku yang aku selalu guna kat rumah tu.. lebih kurang la telekungnya ni.. tapi aku punya tu kaler hijau.. yang ni pun aku suka jugak.. boleh buat spare untuk tetamu datang ke nanti kan.. alhamdulillah rezeki.. 

apapun yang kawan-kawan bagi aku terima dengan sepenuh hati.. semoga hadiah ni akan bagi manfaat buat diri aku nanti dan saham pahala buat kawan-kawan yang ikhlas memberinya.. terima kasih tau.. aku suka sangat dengan semua hadiah ni.. ni yang buat rasa macam nak pindah selalu je ni.. eh.. hahaha..

Ceritaita