Selasa, 7 Ogos 2018

Tilapia masak gulai tempoyak

assalamualaikum semua, hari ni nak cerita pasal menu yang beberapa hari lepas.. dah seminggu dah pun.. tapi masih terasa lagi kesedapannya.. teringin pulak nak beli ikan tilapia buat tilapia masak gulai tempoyak lagi sekali.. alahai menyebutnya je pun dah boleh bayang kesedapan isi tilapia yang lembut tu..


Tilapia masak gulai tempoyak


sebenarnya selalu aku akan masak dengan ikan patin untuk masak tempoyak macam ni.. tapi disebabkan Sungai Pahang tu jauh.. jadinya nak beli ikan patin yang ada dijual di sekitar ni shah tak berapa berkenan la pulak.. lebih-lebih lagi dulu kami pernah terbeli ikan patin yang dibela di kolam.. alamak terbayang lagi rasanya tak berapa enak tu.. lepas kena pengalaman macam tu lagilah kami jadi lebih pemilih jadinya..

masa aku pindah baru ni aku sempat la menjamu kawan-kawan yang datang tu dengan ayam masak gulai tempoyak.. ye la masa tu cuma terfikir ayam je tau.. dahlah pasar pun tak tau dekat mana lagi.. nak membeli barang basah pun macam masih bingung lagi masa tu.. jadi shah cadang kami gantikan ikan patin dengan ayam je la.. masa makan tu ada jugak kawan yang menyebut.. kalau gantikan dengan ikan tilapia pun mesti lagi sedap.. terus terfikir.. huhuhu.. ya tak ya jugak la..

jadi aku terus la dapat idea nak cuba pulak buat sendiri untuk makan-makan kami kat rumah ni.. beli la ikan tilapia 2 ekor.. masa tu ada dijual waktu kami ke Aeon Big Kepong.. kebetulan la kan.. ada 2 jenis ikan tilapia ni.. ada tilapia hitam dan tilapia merah.. tapi disebabkan anak-anak lebih gemar tilapia merah maka aku ambik tilapia merah masa tu.. bawak balik aku masak la ikut resepi kat bawah ni.. senang je tau.. campak-campak.. siap!

Resepi Tilapia Masak Gulai Tempoyak

Bahan-bahan

2 ekor ikan tilapia yang dah disiang dan dibersihkan
Tempoyak
Cili Padi
Bawang besar
Bawang putih
(dua jenis bawang ni pilihan, kalau taknak letak pun takpe)
Kunyit hidup
Timun tua ( aku kikis sikit kulitnya dan potong-potong) (kali ni aku guna terung je)
Daun kesum / Bunga Kantan (kalau nak sedap boleh bubuh)
Air secukupnya
Garam dan ajinomoto secukupnya


Cara-cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan tempoyak.
2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan kesemua bahan kisar. Masukkan garam dan ajinomoto.
3. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan ikan, biar mendidih sekejap.
5. Masukkan timun tua, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih sekejap.
6. Matikan api bila ikan dan timun dah masak.

Dah boleh hidang dengan nasi panas dah.. kalau nak lagi sedap makan pulak dengan ulam timun atau peria katak atau petai dengan sambal tempoyak.. ikutlah ulam apa pun yang korang suka.. lagi meletop rasa masa makan nasi tu.. tak sedar dah bertambah 2-3 pinggan.. hehehe..

Selamat mencuba ya!

Ceritaita

Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Shahida Dzulkafli berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnya.. Makan nasi bertambah nie kalau lauk tempoyak..

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak puas makan ikan tilapia..tapi jenis tilapia hitam la sebab abah pi mancing kan..memang dapat banyak ikan tilapia..kadang tu siap sedekah kat sedara mara..

Sue Izza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lama tak masak ikan talapia,sue ni apa je berkenaan tempoyak memang feveret la heheheh

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap nie Ita.. kalau Kak Sue menambah-nambah makan.. hehehe..

Mrs Fuzy Hamid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya suka makan ikan patin tempoyak tapi kalau ikan tilapia ni memang tak makan kecuali tilapia bercili masa kat Vietnam...tapi nanti nak try beli jugak ikan tilapia ni utk masak sendiri, harap2 tak berbau la hendaknya