Sabtu, 1 September 2018

Aku sangat kagum dengan korang!

Assalamualaikum semua, jumaat aritu kan aku ada seminar GLP di UKM,  Bangi. Manalah nak tau hidup aku ni agaknya memang ditakdirkan bertemu jodoh dengan sistem kualiti.. Dulu di tempat kerja lama kena laksanakan ISO 17025, sekarang ni di tempat kerja baru pulak kena persiapkan diri dengan GLP dan AAALAC..  pengsan!  😅 Ok ini memang buat aku sangat kagum dengan korang tau! Semua cerita berkait dengan gambar keletihan di bawah 😆

Aku sangat kagum dengan korang! 


Tapi ni cerita pagi kelmarin..  Pagi tu aku naiklah kenderaan yang dah ditempah oleh rakan sekerja.. alhamdulillah kami sembilan orang dapat naik van dengan selesanya sampai ke tempat dituju.. dapat la berlunjur kaki dengan riang gembira sampai tempat dituju.. sebelum tu sempat la sarapan french toast dan pau gebu kami yang tak jemu dimakan.. cewaah puji diri sendiri nampak.. eh tak.. aku puji hasil tangan suami sendiri je pun 😜

Dah sampai ke UKM dan menjalani latihan selama sehari suntuk sampai masanya untuk pulang.. masa ni dah letih gila rasa otak sebab kena serap ilmu baru serta merta di samping selesaikan case study yang memang aku tak faham satu apa pun 😅

Kemudian balik tu aku tumpang seorang kawan untuk sampai ke stesen Komuter.. kononnya malas nak balik pejabat dan boleh terus balik rumah.. tapi tau-tau je bila aku sampai kat situ aku tengok tren akan gerak jam 5.47 petang sedangkan waktu tu baru je pukul 5.15 petang.. aduhai lambat lagi.. sempatlah aku luangkan masa bersolat dulu kat stesen Komuter UKM tu.. 

Dapat je tren pukul 5.49 petang.. oklah lambat 2 minit dari masa sepatutnya.. boleh dikira punctual kalau berurusan dengan komuter ni.. pasal aku pernah kena sekali dulu.. dulu la.. dia kata sampai tren pukul 10.22 sekali dia kelip-kelip pukul 10.22 tu tanpa rasa imbas-imbas angin sepoi-sepoi bahasa hasil aura tren tau lagikan pulak sebiji tren nak muncul.. amat mustahil.. kemudiannya masa itu terus berlalu dan dia cuma paparkan masa tren seterusnya tanpa apa-apa pengumuman setelah aku menunggu hampir sejam.. huhuhu.. bertabahlah hati waktu tu.. 

ok berbalik cerita kita.. masa naik tu aku tengok tren penuh.. aku gi kat koc biasa dan bukan koc wanita tu pun.. masa tu aku kira lebih kurang ada 11 stesen nak sampai ke Taman Wahyu.. oklah kot.. sekali kau.. sampai kat stesen kedua tu kaki aku dah rasa kebas berdiri.. adoii.. nape la aku pergi gigih sangat tadi nak naik tren kan.. padan muka kau ita! 

Tengok lampu berkelip tu jiwa kacau pasal tak dapat duduk.. haha



sampai kat Bandar Tasik Selatan tu ada jugak la yang turun tapi nasib aku tak baik untuk dapat tempat duduk.. dan akhirnya masa kat KL Sentral tu ada la penumpang beramai-ramai turun.. lega wei pasal kalau tak dapat jugak duduk tadi aku dah rasa macam nak terkepot bersimpuh dengan ayunya kat lantai dengan baju kurung pasal dah tak tahan berdiri..hahaha.. mau kena viral kalau aku buat kelmarin.. 

alhamdulillah akhirnya aku dapat la duduk dengan selesanya untuk menghabiskan sisa perjalanan kira-kira lagi 4 stesen lagi.. dan sampai rumah kira-kira jam 7.30 malam! huhu.. sebab tu aku cakap aku sangat kagum dengan korang!  lebih-lebih lagi kagum dengan suami aku yang tiap hari buat pau gebu tersedap kami makan tanpa jemu, geng-geng yang gigih melaksanakan ISO,  GLP, AAALAC di mana sahaja dan jugak buat korang yang gigih naik pengangkutan awam ni hari-hari! Tabik hormat buat semua sempena sambutan hari Merdeka semalam ya.. semoga kita semua diberikan hati yang terus cekal berjuang tanpa kenal erti jemu! 

Ceritaita

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Mrs Fuzy Hamid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

naik komuter ni kena kental jiwa hehe

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku pun kagum dgn ko ita.. wanita kental