Isnin, 17 September 2018

Beriadah di Hari Malaysia

assalamualaikum semua,  semalam cuti kan?  hari ni pun rezeki cuti jugak sebab cuti umum semalam jaruh hari ahad.. dapat la cuti bonus lagi.. korang buat apa je hari cuti macam ni?  kalau aku hari cuti macam ni biasanya memang masa dengan keluarga je la.. kalau dulu masa duduk Kuantan,  kami akan guna kesempatan cuti panjang ni untuk balik kampung tapi ni dah duduk KL ni kena fikir panjanglah nak balik kampung terutama di tengah bulan.. al maklumlah bila nak bawak rombongan ni banyak perlaburannya.. jadi cuti kali ni kita beriadah di Hari Malaysia!

Beriadah di Hari Malaysia


kebetulan pulak kami pun baru je lagi tinggal kat KL ni jadinya macam banyak la tempat nak kami tinjau dan tengok.. masih dalam proses nak sesuaikan diri lagi dengan kawasan sekitar.. anak-anak dengan sekolah baru.. aku dengan tempat kerja baru..  shah dengan tempat niaga baru.. banyaklah yang kami kena ubah dan cuba sesuaikan dengan persekitaran baru.. banyak jugak pengorbanan yang kena kami buat rupanya.. bukan setakat jom pindah je.. 

nantilah aku akan ceritakan satu-satu hal selepas pindah terutama part anak-anak tu.. manalah tau pengalaman aku ni boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang bakal mengalami keadaan seperti aku nanti.. berpindah dengan keluarga besar amat berbeza dengan berpindah seorang diri atau dengan keluarga lebih kecil.. nantilah aku share tips atau apa-apa di post lain ya.. kali ni aku cuma nak cerita hal beriadah di Hari Malaysia je.. 

Ummi dan adik hadi kat depan pintu masuk - apa la uncle tu buat dalam gambar aku.. 


kat mana kami pergi kali ni?  aku ni sebenarnya kalau sesiapa perasan setiap kali berjalan dengan family akan cuba mengurangkan perbelanjaan yang tak perlu.. jadinya kami akan cuba cari tempat best, tempat yang menarik yang tak memerlukan belanja yang besar.. minggu pertama kami kat sini pun kami dah pergi dua tempat.. eh aku belum ceritalah kat blog.. nanti ya aku cerita lain pulak.. kali ni kami pilih Taman Eko Rimba KL..  atau nama lainnya Hutan Simpan Bukit Nenas KL..  

ni kat pintu masuk.. nampak tak dekat je KL Tower tu kan.. 


apa yang menariknya kat sini?  haa.. takde apa sangatlah kalau korang jenis nak cari tempat shopping sebabnya kat sini sesuai untuk pencinta alam macam kami sekeluarga.. kami sukalah tempat-tempat yang macam hutan-hutan gini.. kalau ada tempat berkelah macam air terjun tu lagi la cun.. kat sini sebenarnya lebih kepada trek pejalan kaki dan pendaki.. kira kalau diorang panggil ni trek yang simple dan tak mencabar kot..  tapi kalau pada aku yang beginner ni semput la jugak.. siap berpaut dengan shah lagi masa balik.. akak gemuk dik.. apa nak buat.. huhu.. 

Ini trek jalan kaki


ada 3 pilihan untuk sesiapa nak turun naik Bukit Nenas ni.. satu dengan cara daki tangga.. kira trail ikut tangga la.. kami tak lalu situ sebab payah sikit dengan anak-anak ribena ni.. risau aku diorang asyik lompat-lompat je.. risau tergelincir je.. sebab nampak tangga tu macam tak berapa diselenggarakan je.. satu lagi trail dia korang boleh ikut laluan jalan kaki kat bawah.. haa.. inilah yang aku lalu sampai bertolak tu.. musykil jugak boleh ada kakak pakai punyalah cun siap berskrit labuh kembang gi jalan tempat gini.. kagum woo aku anak beranak tengok.. sebab macam susah kan nak daki dengan pakaian macam tu.. 

gambar dari tangga nak ke laluan bawah

kakak husna dah tak boleh senyum dah.. haha


ada satu lagi trail dia yang paling best.. iaitu naik jambatan gantung!  ya.. jambatan gantung yang bolrh goyang-goyang tu tau.. apa la aku ngigau sampai beria ajak anak-anak sampai sini.. padahal sekerat jalan tu aku dah rasa macam nak patah balik pun ada tau.. tetiba je rasa betis aku keras je macam dah takleh gerak.. kalau nak tau aku adalah sejenis insan Acrophobia iaitu orang yang takut dengan ketinggian..  tapi sejenis yang taknak mengalah jugak sebenarnya.. aku akan cuba atasi rasa takut aku tu kadang-kadang.. dengan cara macam ni la.. hadapi benda yang aku takut untuk lawan rasa takut.. nantilah aku cerita benda apa lagi yang aku takut.. 

ummi dan abg long


tapi masa nak datang sini semalam abg long macam tak berminat je.. kena paksa la jugak.. letih tau.. nak bawak jalan pun susah sejak dah besar sikit ni.. agaknya anak lelaki gitu ek.. abg ngah paling teruja tau.. apa tidaknya dia yang lelebih siap melompat-lompat kat atas jambatan gantung tu.. dia tak tau nyawa ummi dia dah hujung tanduk dah waktu dia gegor-gegorkan jambatan tu tau.. Allah.. cukuplah wahai anak.. 

tengoklah.. tiap kali dia sampai dulu dan bersantai macam tu.. 

siap melompat-lompat dia.. alahai abg ngah


si kakak husna lak memang boleh geng dengan ummi la.. spesis penakut jugak.. cuma mampu jalan laju-laju,  nak ambik gambar pun dah tak boleh nak senyum.. hahaha.. adik hadi pulak.. penakut gak.. tapi steady la lagi sebab ada orang pegang tangan dia.. ngelat.. memula aku pegang la awal-awal masa memula naik jambatan gantung tu tapi bila dah makin jauh dan aku pun dah rasa macam nak gapai tangan orang lain je.. bukan gapai pelangi eh.. itu nama syarikat kami yang jual pau gebu tu.. eh.. teriklan pulak.. huhu..

jangan tengok tangan aku.. haha.. pegang tak mau lepas kau.. 


aku terus la pass adik hadi kat shah.. dia pun macam tau je ummi penakut gila sampai ada masa aku pegang tangan dia dia boleh cakap.. "Ayah.. peganglah adik.. " hekeleh.. ada pulak gitu ek.. nampak nau tak yakin langsumg dengan ummi dia..  tapi sebenarnya aku lagi lega la.. dapatlah aku tenteramkan hati sendiri yang sedia takut tu kan.. 

korang yang rasa nak pergi ke Taman Eko Rimba KL ni boleh la cuba-cuba intai.. trek dia tak jauh pun.. aku ikut jalan jambatan gantung dan balik ikut trek jalan kaki tu ada la lebih kurang 0.7 km je.. tak capai pun hajat aku nak buat 3km jalan kaki,  jogging atau berlari minggu ni.. nampak gaya aku macam kena beli jugaklah alat bantuan senaman kat rumah ni.. ni azam dah bertahun la jugak tapi tak tercapai.. 

ini laluan untuk kerusi roda


untuk sesiapa yang ada ahli keluarga berkerusi roda tapi nak rasai pengalaman naik ke Taman Eko Rimba KL ni boleh jugak tau sebab ada je disediakan laluan untuk kerusi roda.. tapi aku rasa yang ni tak tembus ke jambatan gantung tu la.. pasal aku tak lalu jadi tak tau.. aku tengok ramai yang lalu sini ialah mereka yang datang dengan kamera besar-besar gabak tu haa.. mungkin view dia lagi cantik kot.. lainkali kita survey ya.. kali ni tak cukup masa..  berkejar nak balik sebab shah nak niaga air kelapa laut pulak tengahari tu.. 

kami sempatlah singgah makan bekal bihun goreng dan nasi lemak


tapi sempatlah jugak kami lepak kat meja yang ada kat tepi pintu masuk dan makan-makan dulu sebelum balik.. ada jugaklah sesi ambik gambar kat kawasan sekitar terutama kat rumah terbalik yang anak sibuk nak. masuk tapi aku kata lainkali sebab tiket dia mahal.. haha.. 

tak dapat masuk.. kita bergambar pun jadilah 


bagi sesiapa yang nak datang sini.. korang boleh set je peta atau wave korang untuk hala ke Menara Kuala Lumpur atau KL Tower sebab pintu masuk hutan simpan ni Taman Eko Rimba KL ni memang berada dalam kawasan Menara Kuala Lumpur.. dan jangan lupa untuk sediakan duit secukupnya untuk parking sebab kawasan parking adalah dalam kawasan Menara Kuala Lumpur.. kadar parking adalah RM4 sejam.. kami kena bayaran dalam RM7 lebih gak la semalam.. ada jugak parking di kawasan bawah tapi sekali masuk RM10 jadinya parking kat atas lagi murah rasanya.. 

tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Taman Eko Rimba KL ni.. cuma ada waktu masuk iaitu jam 8 pagi sampai ke pukul 6  petang.. untuk pusing seluruh kawasan korang perlukan dalam masa sejam atau lebih.. jadi rancanglah perjalanan sebelum pergi ya.. bawak jugak apa-pun yang perlu macam makanan dan air sebab kat sini takde jual semua benda tu.. kecuali la korang dah memang plan nak makan kat restoran berputar kat atas menara kl pulak lepas berjalan tu kan.. manalah tau.. hihihi.. 

setakat kasut, aku rasa tak jadi masalah nak pakai kasut apa pun kecuali tumit tinggi.. kami anak beranak cuma pakai selipar dan sandal je.. ok je pun.. 

kawasan ni InsyaAllah bersih dan selamat.. untuk bebudak pun ok.. kalau anak kecik macam bebaya hadi tu korang pastikan lah pegang tangannya.. terutamalah yang jenis aktif dan suka memanjat tu.. pasal jambatan gantung ni yang jenis separuh je.. bukan yang tutup habis sampai atas tu.. diharap dapat membantu korang sikit-sikit pasal tempat ni kan.. masukkanlah dalam list kalau korang nak berjalan ke KL tanpa extra belanja.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Cik Ash berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy anak2 beriadah tu.

Raydah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnye. ray x g memana pun cuti ni. duk umah buat keje je.

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Okey..kat sini dah checked dah...best pergi waktu pagi sebab sejuk..

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik ni.
Aida & family pon prefer tempat ginI compare.shopping mall. Udara segar. Green...
Tak tau kewujudan tempat ni. Tq byk bcoz sharing.