Rabu, 12 September 2018

Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best!

assalamualaikum semua, aku nak sambung kisah cuti sekolah anak-anak pulak kali ni.. ada waktu sebelum masuk kerja ni kita manfaatkanlah masa yang ada.. jadi marilah kita update blog.. tengok tajuk mesti rasa seram kan.. haha.. maklumlah berkubang tu biasanya untuk kerbau je orang guna kan.. tapi kali ni aku kata berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best..  takkan kerbau pegi sekolah pulak kan.. hahaha.. dah pastilah ni aktiviti anak-anak bukan kerbau tau.. 

Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best! 


kalau nak tau bagi yang tak biasa kalau area tempat aku dibesarkan istilah berkubang tu lebih kepada merujuk aktiviti mandi di sungai atau parit yang berair la.. kalau sungai atau parit kering takde air tu tak pernah pulak kami panggil berkubang.. berkubang ni merupakan aktiviti kegemaran waktu kami kecik dulu.. selalunya memang tak rupa orang la kalau lepas balik berkubang.. tapi secara jujurnya aku yang anak perempuan masa tu selalu kena tinggal tau.. lelaki la selalu dapat keistimewaan dapat berkubang sampai ke paya kubur tu haa.. paya kubur tu dapat nama sebab berdekatan dengan kubur.. tapi bukanlah paya kecik lecak-lecak tu pun tau.. tapi lebih kepada anak sungai.. jadi budak perempuan macam aku ni memang tak lepas la mak abah nak bagi pegi.. 

yang anak-anak aku kubang ni sebenarnya kat belakang rumah atuk dia je pun.. tempat ni la waktu kecik dulu jadi port kami sauk ikan setem.. mesti ada yang pelik apa dia ikan setem tu kan.. hehehe.. ikan setem tu sebenarnya ikan Guppy atau ikan Gapi.. kami dulu manalah kenal jenis ikan.. tengok ikan tu cantik warni warni dan bercop sana sini.. panggil je ikan setem.. senang.. haha.. dah besar ni tau la.. tapi macam dah pupus pulak ikan tu sekarang ni.. cuma ada ikan seluang dengan ikan putih je.. jadilah buat anak kenal-kenal ikan air tawar..



Suka tau walau dapat ikan kecik


mulanya shah tak bagi anak-anak berkubang ni tau.. muka memasing dah sedih dah.. sekali datang adik bongsu aku.. terus bagi lesen.. siap cakap.. baik korang masuk sebelum bapak korang perasan.. hahaha.. memang kepala betul la sorang ni.. tapi masa ni adik hadi dengan kakak tak datang lagi.. aku yang ajak pegi.. mak pun lebih kurang sama.. ala.. parit kecik je pun kan.. bukan ada apa pun.. 

kocak air kecik je ye dik?


husna mintak kebenaran turun.. aku bagi.. lepas tu hadi pulak memang shah tak bagi sebab masalah telinga dia tu.. tapi kesian la pulak ko bila tengok dia kocak-kocak air je macam gambar kat atas tu haa.. terus aku bagi lampu hijau.. turunlah nak.. bukan selalu dapat macam ni pun.. apa lagi laju la si kecik tu turun.. tak dapat control dah.. mana tahan kan tengok je abang-abang berkubang dari tadi.. haha.. korang layan je la video diorang ni.. 



pada aku biarlah anak-anak merasa suasana macam ni.. satu hari nanti akan jadi kenangan yang terindah buat diorang.. macam aku kenang zaman kecik dulu.. macam tu la diorang jugak.. kalau takde pengisian istimewa macam ni apa je yang nak dikenang bila sebut balik kampung kan? ni pun memasing sibuk dah tanya bila nak balik kampung lagi.. dalam erti kata sebenar.. bila nak berkubang lagi ni ummi?  eleh..macam aku tak tau kan.. kekeke... 

Ceritaita


Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

syioknya kak.,.anak-anak mesti happy moment cuti sekolah

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue pernah la main kat sawah, tapi kejap ja sejenis takut lintah ke pacat.. tapi mandi parit.. sungai.. merasa la berendam sampai kecut.. kahkahkah..