Isnin, 10 September 2018

Cucur manis viral buat kudapan minum petang

assalamualaikum semua,  lama dah tak letak resepi kat sini.. mehlah kita kongsikan resepi cucur manis viral buat kudapan minum petang kami semalam.. al maklumlah cuti lama ni.. asyik hujan pulak tu.. lagi la asyik la lapar je rasanya ni.. kenalah buat sesuatu.. 

Cucur manis viral buat kudapan minum petang




jadinya aku belek apa yang ada kat dapur tu.. godeh la internet cari resepi yang guna bahan mudah.. tengok-tengok ada resepi macam senang je.. godeh-godeh dah jadi.. ramai pulak kata rasanya sedap.. lagi bersemangat rasa nak buat ni.. terus aku sukat tepung dan bahan lain ikut resepi kat bawah ni.. 

Resepi Cucur Manis Viral

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum 
3 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu pekat manis
Secubit garam

Cara-cara 
1. Curahkan susu pekat ke dalam tepung gandum. 
2. Masukkan air panas mendidih ke dalam campuran tadi. 
3. Masukkan garam. 
4. Kacau sebati sampai tak berketul. 
5. Biarkan suam sikit lepas tu baru kita sediakan minyak untuk mengoreng. 
6. Panaskan minyak untuk mengoreng. 
7. Basahkan tangan dengan air kemudian ambik tepung dan kita bulat-bulatkan dengan tangan basah tadi. 
8. Goreng satu-satu dalam minyak penuh. 
9. Boleh angkat kalau dah kekuningan dan hidangkan. 


Masa aku godak tepung tu rupa dia macam ubi kayu yang diparut tau.. sampai adik aku cakap gigih parut ubi.. padahal tepung je.. tapi memang sebiji la rupa macam ubi parut.. cer korang tengok.. sama kan.. 





Semalam siap abg long cakap nak belajar resepi cucur ni tau.. bebila dia lapar dia kata boleh buat sendiri..  kakak pulak cakap.. benda ni ummi tak pernah buat tapi sedap la.. haha.. nampak di situ ummi kau macam agak malas ya kakak.. 

sesiapa yang nak cuba boleh la.. agak berbaloi jugak sebab bahan dia mudah je.. tapi hari ni aku buat benda lain pulak.. nanti la aku kongsikan ya.. cuti-cuti ni banyak masa pulak tulis blog.. hehehe

Ceritaita

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Makan panas-panas sedap kan Ita.. dulu masa kecik-kecik Mak Kak Sue selalu buat tapi letak gula..

Eeca Shyaa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap ni bikin kunyah kunyah!

Sally Samsaiman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehe...ibu pun sama buat kak...buat sarapan pagi tadi haaa...tapi entah kenapa macam byk minyak pulak terserap...mgkn dia pi letak telur kot..haha