Jumaat, 14 September 2018

Kat mana nak beli atau renew domain?

assalamualaikum semua, asal masuk bulan 9 je aku dah mula susah hati.. pasal domain aku akan tamat jangka hayatnya setiap bulan 9 setiap tahun.. mula la masa tu memikir kat mana nak beli atau renew domain.. dan soalan tu bermain di fikiran terutama bila kau dah takde duit nak renew pun.. susah hati woo.. mana nak korek duit nak renew domain? Tapi setiap kali tu ada je rezeki.. jadi korang jangan risau sangat la kalau kena berbelanja sedikit untuk berblog ni.. insyaAllah ada je rezekinya..


Kat mana nak beli atau renew domain? - sumber google


mesti ada yang tertanya-tanya kan.. apa pentingnya domain ni? kalau nak jadi blogger tegar kata orang tak sah la kalau takde domain sendiri.. tapi bukanlah bermakna aku nak cakap yang takde domain sendiri tu tak tegar.. ada je yang tegar dan masih menggunakan blogspot tu haa.. takde salahnya pun.. tapi kalau bagi aku ada domain sendiri ni macam sesuatu pencapaian.. ini bagi diri aku sendiri la ya.. bukan orang lain.. orang lain tu aku tak tau.. jangan tanya.. pada aku satu lagi kepentingan domain ni ialah aku dapat pendekkan nama blog aku supaya lebih mudah disebut.. nanti la kau cerita lagi.. sekarang ni aku nak bagi tau sekali kat korang kat mana nak beli atau renew domain? tapi nanti la aku cerita yang tu..

aku dah ada domain sendiri sejak dari sibuk-sibuk masuk satu kumpulan blogger dulu.. bila tengok nama blog orang lain senang je sebut aku mula rasa nama blog aku yang masa tu www.rozita-ceritaita.blogspot.com tu terlalu panjang nak sebut.. bape kali cuba ubah tapi tak boleh.. nak buat blog baru dengan nama baru rasa sayang pulak dan rasa macam sangat buat kerja membazir.. jadinya aku terfikir, apa kata aku beli domain je.. kalau dapat nama blog ada dotcom kat belakang best jugak kan..




lepas tu cari punya cari dapatlah seseorang ni kenalkan aku dengan GB Network.. masa tu murah je kot.. cuma RM30 je untuk pendaftaran baru.. tahun 2016 masa tu.. lepas tu tahun lepas dia naik jadi RM45 untuk pembaharuan domain atau biasa orang sebut renew domain.. dan tahun ni bayarannya masih sama.. RM45 ni bayaran untuk pembaharuan setahun ya.. kalau banyak tahun dulu-dulu ada diskaun.. sekarang ni aku tak pasti la.. tapi kira murah jugak la renew domain dengan GB Network ni.. sebab aku ada dengar dari kawan lain yang diorang renew domain ada yang jejak RM60 pun ada.. 

yang aku suka pasal GB Network ni jugak servis dia sangat bagus tau.. kalau korang ada kemusykilan tu.. boleh call je.. dan akan ada je staff yang baik hati jawabkan dan selesaikan masalah korang.. macam aku kelmarin ada masalah dengan pembayaran tapi sekejap je dia tolong selesaikan.. dalam hari yang sama jugak selesai.. best kan macam tu? janganlah pesen kita email atau call tak berjawab sampai sudah..


Selesai renew untuk setahun lagi


dan kelmarin dah selesai proses untuk renew domain blog Ceritaita.com ni untuk setahun lagi.. alhamdulillah.. dapat la bernafas lagi.. agaknya kalau aku dah takde terkubur kot blog ni nanti.. melainkan ada sesiapa yang sudi nak sambungkan nanti..  eh lupa pulak.. korang yang teringin nak beli domain murah atau renew domain dengan GB Network dengan harga serendah RM45 setahun boleh klik link kat bawah ni ya..  
m

selamat membeli domain baru!

Ceritaita

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Raydah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menarik. ray pun nak try renew dgn diorg la nnt

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Sue guna domain dari NetKL.. senang juga berurusan dengan depa..