Isnin, 10 September 2018

Kereta rosak sebagai hadiah hari lahir?

assalamualaikum semua, aku patut tulis untuk post hari lahir ni pada 8 September aritu sebenarnya.. tapi disebabkan banyak perkara tetiba je terjadi semuanya berjalan tak mengikut seperti yang dirancang pun.. apa pun selamat hari lahir buat insan yang ku sayang.. redha jelah ya bang hadap kereta rosak sebagai hadiah hari lahir? 

Selamat hari lahir Abg! 


sebenarnya cerita bermula dari hari Jumaat tu lagi dah.. waktu tu shah gi kedai hantar kereta untuk baiki kerosakan yang ada.. susah nak jalan jauh kalau kereta meragam.. kononnya kami bercadang nak melawat rumah kawan sambil memenuhi jemputan dia di Semenyih tapi apakan daya.. manusia hanya boleh merancang kan.. mujur jugak kami kena tak jauh dari rumah.. 

hari sebelumnya tu kira shah dah dapat rezeki la tau sebuah bengkel yang dekat dengan rumah dan agak bagus servisnya.. kira kami anggap rezeki la ni.. jadi bila kena tengah jalan signal bateri menyala menandakan bateri tak dicas sepanjang jalan waktu menghantar pau gebu frozen ke Gombak tu hati kami jadi tak senang.. terus berpatah balik ke rumah.. 

dahlah cuma ada sebuah kereta je untuk kami guna buat masa ni.. exora dalam keadaan rosak dan pun masih tunggu rezeki nak baiki.. kalau wira yang ada ni pun rosak, alamat mati kutu la kami nanti.. 

rezeki bengkel yang dekat dengan rumah.. shah tunggu kereta di bengkel sementara aku dan anak-anak berjalan kaki balik ke rumah.. sempatlah kena pau ayam goreng seringgit tepi jalan.. 

akhirnya menjelang petang, kereta berjaya dibaiki.. syukur jugak sempat kenal mekanik ni sehari sebelum.. kalau tak, entahlah.. sebab kami kan baru sangat kat sini.. mana nak cari bengkel yang boleh dipercayai dalam masa sekejap atau sebulan dua.. kira memang terduduk bila kena ujian macam ni waktu masih mengenal dunia sekeliling.. 

alhamdulillah , malam tu dapat jugak kami ke Summit Hotel USJ untuk makan malam.. kiranya sekali kami sambut hari lahir shah la kat sini.. anak-anak la yang paling gembira.. dapat tengok anak tersenyum sebenarnya sangat berbaloi buat kami berpenat lelah..  

adik hadi acah-acah gambar dengan kek besday


buat abg, selamat hari lahir ita ucapkan.. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik berterusan buat abg,  kasih sayang berkekalan antara kita sekeluarga,  ditetapkan iman abg dalam Islam,  dikuatkan hati abg untuk membimbing kami ke jalan Allah,  semoga Allah perluaskan jugak rezeki buat abg dalam apa yang abg usahakan.. InsyaAllah kami, isteri dan anak-anak akan selamanya ada untuk menyokong abg.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happy belated birthday Shah.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Kadang tu dalam setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya Ita.. bertabahlah ya..