Sabtu, 15 September 2018

Lempeng, masakan paling mudah tapi sedap

assalamualaikum semua,  pagi ni nak cerita pasal makanan untuk makan malam semalam.. bila aku tanya semua semalam,  memasing kata taknak makan nasi.. jadi emak ni macam biasalah kena jadi terlebih kreatif.. bukan kreatif apa pun.. cuma kreatif memikir menu gantian nasi.. ok akhirnya aku buat keputusan untuk buat lempeng,  masakan paling mudah tapi sedap! 

Lempeng,  masakan paling mudah tapi sedap


sebenarnya nak buat lempeng ni cuma perlukan 3-4 bahan je.. ini resepi paling mudah yang biasanya ada kat rumah semua orang.. nak buat pun cepat je.. nak habiskan pun cepat je.. hehehe..

jadi apa kata kita kongsikan resepi lempeng, masakan paling mudah tapi sedap ni!

Resepi Lempeng Mudah


Bahan-bahan

Tepung gandum
Garam
Air sejuk / air panas (tambah sikit untuk lembutkan lempeng - tak letak pun takpe) 
Minyak - sesudu atau dua

Cara-cara
Tuang air dalam tepung yang ada garam. 
Kacau menggunakan wrisk dan kalau nak blender pun boleh.
Kacau rata dan sebati sampai rupa macam kat bawah ni. 

Add caption


Panaskan kuali dan leperkan tepung atas kuali. 
Terbalikkan lempeng bila dah nampak tanda masak atau takde lagi warna asal putih tepung tu.
Boleh angkat dan hidangkan. 
Makan dengan kari,  sambal tumis,  sambal hiris,  kuah lemak cili padi, asam pedas.. eh semua lai sedap.. makan dengan gula pun anak-anak suka.. meh layan video kat bawah ni pulak.. 



kalau kat rumah ni setengah kilo pun tak cukup kalau betul kena dengan regu kuah cicah tu.. sedap mengulang.. lelagi la kalau masa hujan.. perut lapar je kan.. selamat mencuba ya! 

Ceritaita

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Rodiah Amir berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lempeng la paling mengenyangkan. kalau ada kuah lagi la non stop makan..

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap juga kalau sesekali tukar menu kat rumah kan Ita.. feveret Kak Sue nie..

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sumpah x pandai buat lempeng...yang pakar buat lempeng kat rumah Abah akak je..