Selasa, 11 September 2018

Pokok Ara, pokok nostalgia kutu?

Assalamualaikum semua, siapa kenal ni pokok apa? kalau dulu aku ingat sangat pokok ara ni sebab bila sebut je pokok ara tentu jadi ingat pokok ara,  pokok nostalgia kutu? mesti korang rasa pelik kan? ini sebab cerita zaman bebudak la dulu ni.. 

Pokok Ara,  pokok nostalgia kutu? 


Masa aku kecik dulu ada satu pokok ni kat hutan belakang rumah.. tinggi melanggit tapi daun sikit je kat belah atas dia.. masa tu zaman berkawan dengan bebudak lain.. melasak tak ingat dunia sampai kekadang terjangkit kutu entah dari mana kat kepala masing-masing.. 

Pulak tu mak selalu cakap siapa yang banyak kutu, kutu akan terbangkan dia ke pokok tu.. jadi kami akan duduk diam je tiap kali mak carikan kutu.. ala.. agaknya mak aku reka je cerita tu.. maklumlah bebudak ni bukan suka kena duduk dediam macam tu kan.. anak-anak aku sekarang ni pun rasa menyampah.. 

Tapi aku tak ingat tahun bila ntah, bila tengok belakang rumah, pokok tu tetiba dah takde.. rasa kehilangan jugak.. dan sedikit lega sebab tak kan kena terbangkan ke pokok ni lagi.. hahaha.. dahsyat ek pengaruh mak-mak ke anak-anak ni tau.. power! sampai anaknya ingat sampai bebila la.. 

cantik kan buahnya merah-merah tu


yang gambar pokok ara,  pokok nostalgia kutu yang aku ambik ni bukan yang kat belakang rumah mak aku pun dulu ni.. yang ni pokok yang aku jumpa dan usha setiap hari masa aku gi kursus kat INTAN baru ni.. eh nanti la aku cerita pasal kursus tu ya.. menarik sangat dan banyak perkara aku belajar la.. tak sesia pergi.. 

balik ke cerita pokok ara ni.. pokok ni sebenarnya bukanlah pokok nostalgia kutu pun.. walaupun mak aku reka cerita tu yang nampak macam betul benar.. mak boleh jadi penulis skrip la mak.. gerenti meletop cerita mak tulis nanti.. hehe.. 

pokok ni sebenarnya adik beradik dengan pokok buah tin tau.. cuma dia ada banyak la species dia yang tak tersebut namanya la.. ada banyak jenis buah jugak.. pokok ara tu sendiri je dah banyak spesis.. kagum bila aku baca satu-satu.. ada buah ara akar,  buah ara kayu.. macam-macamlah.. tapi semua buah lebih kurang sama dalamnya macam aku tunjuk ni..

buah ara



buah ara

ada banyak khasiat buah ara ni.. terutama bila dah dikeringkan.. menarik la bila baca.. khasiat dia lebih kurang sama macam buah tin.. sayangnya bila tengok buah percuma yang jatuh melata tapi kita tak manfaatkan kan.. aku rasa sebab ramai yang tak tau khasiat buah ara ni.. 

masa aku tengah ambik gambar dan teliti pokok ni.. adalah tupai yang sedang curi-curi makan buahnya.. bau buah yang manis dapat dihidu dari jauh tau.. sebab buah ara ni baunya manis macam buah tin jugak.. jadi tak mustahil khasiatnya lebih kurang sama.. sayang aku tak dapat nak petik buahnya aritu.. aku cuma kutip yang jatuh ke tanah je.. bila dibuka dah penuh semut di tengah-tengah buah.. 

dalam isi buah ara..  manis baunya


aku rasa rugi bila tak kutip buahnya aritu sebab antara khasiat buah ara ni ialah dapat menurunkan berat badan.. ceh.. rugi betul la.. kena pergi lagi ni untuk kutip buah ara tu je.. hehehe..  khasiat lain dikatakan mampu memperbaiki nafsu makan,  mengubati sakit kanser,  mengubati masalah kegagalan lelaki,  digunakan jugak secara tradisional untuk mengubat diabetes atau kencing manis, mengubati masalah hati,  mengubati masalah sembelit.. banyak kan rupanya khasiat pokok ara, pokok nostalgia kutu mak aku ni.. selain dari pokok kutu tu la.. hehehe

Ceritaita

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah menarik juga yang info pasal pokok Ara nie Ita. Ingatkan pokok Ara nie berhantu.. ke salah.. hehehe..

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya on br tahu..xtau sebelum ni