Selasa, 18 September 2018

Resepi Kek Marble Tanpa Telur

assalamualaikum semua, baru ni aku ada cuba buat kek.. setelah sekian lama dah oven aku kat rumah tu tak berasap.. akhirnya aku cubalah buat sebiji kek.. eh tipu pasal adunan tu banyak aku buat dalam 2 loyang jadi adalah 2 loyang kek marble tanpa telur aku.. macamana boleh terfikir nak cuba resepi kek marble tanpa telur ni? 

Resepi Kek Marble Tanpa Telur


cerita dia macam ni.. aku teringin sangat nak bakar kek... tapi biasalah kalau kita buat kek paling-paling kurang pun nak guna 2 biji telur.. kalau kek marble mak jemah yang sedap tu pun kena guna 5 biji telur.. jadinya aku ni tengoklah berapa biji je telur yang ada stok kat rumah masa tu.. alangkah kecewanya hati bila aku tengok cuma ada 2 biji je telur.. ni karang kalau shah nak guna untuk buat pau gebu dia lagi la takde telur kang.. dahlah masa tu dah kira tahap malas nak keluar rumah cari barang dah kira level tertinggi dah..

jadinya aku ambik keputusan jomlah kita bakar kek marble tanpa telur.. jadi gigihlah aku mengoogle resepi kek marble tanpa telur ni.. dan akhirnya aku dapatlah satu.. bahan pun senang.. jadi apa lagi.. meh la kita tepek resepi dia kat sini supaya tak lupa.. aku dapat resepi ni dari sumber MyResepi.. kalau ikut resepi asal dia asingkan adunan putih dan coklat tu tapi disebabkan aku terlebih rajin jadinya aku buat satu adunan je.. kemudian je aku letak serbuk coklat bila dah asingkan..

Resepi Kek Marble Tanpa Telur



Bahan-bahan

2 1/4 cawan tepung gandum ayak bersama 1 sudu kecil baking powder dan 2 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat.
2 cawan gula halus
2/3 cawan minyak masak
2 cawan air susu segar panas / air panas 
2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan serbuk koko (asingkan dulu)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kering.
2. Kemudian baru campurkan semua bahan basah.
3. Kacau guna whisk je supaya sebati dan tidak berketul.
4. Bila dah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

aku asingkan baru tambah serbuk koko


5. Satu bahagian tu dicampurkan dengan serbuk koko yang diasingkan tadi.
6. Sapu butter pada loyang.
7. Tuangkan adunan secara selang seli mengikut warna.
8. Panaskan oven.
9. Bakar kek mengikut kepanasan oven masing-masing. Oven aku 180 darjah celcius selama 40 minit.
10. Biar sejuk dan boleh dihidangkan.

waktu keluar dari oven


ok, jom aku kongsikan rasa kek marble tanpa telur ni.. bagi peminat kek marble tegar macam aku ni.. aku dah terbiasa la dengan kek marble yang ringan atau gebu gitu.. tapi bila buat kek marble tanpa telur ni tesktur dia agak berat dan kurang rasa berlemak dan gebu tu.. jadi macam makan kek minyak la pulak rasanya melebihi dari rasa makan kek marble.. dan bila biarkan semalaman, keknya jadi agak keras dan lebih berat.. budak-budak pun kurang gemar..

kesimpulannya aku tak berapa gemar la rasa dia.. tak tau la bagi orang lain.. mungkin lain orang lain pulak seleranya kan.. jadi tak salah kalau nak mencuba.. mana tau korang tersuka pulak kan.. kalau dah cuba nanti korang share ya apa korang rasa pulak..

Ceritaita



Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak kalau bab buat kek ni memang failed la..bestnya tgok kek marble..

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salah satu kek kegemaran Kak Sue Kek Marble nie lah. Cuma belum pernah cuba yang tak letak telur nie Ita..

Rodiah Amir berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang peminat kek marble tapi belum pernah cuba resepi tanpa telur. biasa suka makan kek yg rasa ringan baru tak jemu. terima kasih kongsi pengalaman.