Isnin, 3 September 2018

Selamat Hari Lahir yang ke 4 Adik Hadi!

assalamualaikum semua,  hari ni hari teristimewa buat permata hati kami Ahmad Hadi Haris.. sebab hari ni merupakan hari ulang tahun kelahiran adik hadi yang keempat tahun.. selamat hari lahir yang ke 4 adik hadi! 

setiap tahun peristiwa melahirkan anak-anak terimbau setiap kali meraikan hari lahir anak-anak.. aku rasa setiap ibu pasti merasakan perasaan yang sama jugak kan.. kalau hari lahir aku pun mak pasti ingat nak ucapkan sesuatu.. mesti sebab mak terkenang kenangan melahirkan aku pada 39 tahun 8 bulan yang lepas.. 

adik hadi dah cukup besar sekarang ni untuk faham apa yang kami cakapkan dengan dia.. cuma pelatnya masih banyak kena betulkan.. masih tak fasih lagi bertutur.. ada antara perkataan yang langsung kadang orang lain yang dengar tak faham.. tapi yang penting dialah salah seorang permata yang menceriakan hidup kami.. 


untuk sambutan hari lahir adik hadi kali ni takde pun yang istimewa sangat.. nantilah dah hujung minggu ke kita bawak jalan-jalan sambil makan-makan ke kan.. hari kerja ni masa agak terhad.. kali ni ayah buatkan pau gebu harijadi khas buat adik.. teruja adik hadi bila tengok tadi..

doa ummi buat Ahmad Hadi Haris di hari kelahiran ni,  semoga adik hadi menjadi anak yang soleh,  dilindungi di mana saja adik berada.. dilimpahi rahmat Allah dan diperluaskan rezeki buat adik.. dan semoga adik berjaya menjadi pemimpin Islam berguna buat agama dan bangsa satu masa nanti.. insyaAllah.. amin.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hepi bestday adik hadi..:)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sanah helwah adik Hadi semoga jadi anak soleh kebanggaan ibu ayah

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sanah Helwah Adik Hadi.. semoga cemerlang dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb..