Ahad, 7 Oktober 2018

Menang hadiah sempena Kempen Jom Berzakat!

Assalamualaikum semua, siapa kat sini pembayar zakat?  aku rasa rata-rata semua orang ingat tanggungjawab sebagai orang Islam ni.. menunaikan zakat.. tapi kali ni aku bukanlah nak bagi ceramah pasal kebaikkan berzakat bagai tu semua.. cuma nak kongsikan je pasal menang hadiah sempena kempen Jom Berzakat! 

Menang hadiah sempena kempen jom berzakat! 


Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ni sudah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup 
Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin. SeriGroup merupakan penaja bagi hadiah yang dimenangi atau bakal dimenangi pemenang ya.. 

sebab apa aku sebut yang dimenangi? sebab kempen ni akan berlangsung selama 3 bulan bermula dari bulan Ogos yang lepas.. rugi sebab aku pun baru je dapat tau bulan ni.. dan bulan ni merupakan bulan yang terakhir rupanya.. tapi jangan risau tau korang.. masih ada masa lagi ni.. kempen akan tamat pada 31 Oktober 2018 jadi masih ada masa lagi la kan.. 

ok nak tau apa je korang boleh menang melalui kempen ni?  ni semua dah elok tertera pada poster kempen ni.. jelas,  terang dan nyata.. syarat dia pun mudah je.. 

Hadiah dan syarat penyertaan Jom Berzakat


SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:

Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta. PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. Korang boleh kongsikan artikel dan gambar untuk sama-sama bantu.. jom bantu! 

Bayar zakat untuk hidup lebih berkat


Untuk maklumat lanjut program sila hubungi Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan dengan korang ya..  tengok dekat facebook pun banyak infonya.. boleh pergi ke link facebook di bawah ni ya.. 


”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”


Ceritaita

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

noorhaidaz eyda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagus juga ni. Dapat menarik lebih ramai membayar zakat

Alialisakreatif Blogspot berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thk u for sharing