Ahad, 21 Oktober 2018

Resepi Terung Goreng Tempura

Assalamualaikum semua,  hari ni nak kongsikan resepi dengan korang.. lama betul dah tak tulis resepi kan?  maklumlah semenjak dah berpindah ni kadang-kadang cuma sempat masak dengan ligat.. nak ambik gambar pun lupa tau kekadang.. maklumlah area KL ni sesaknya yang amat.. bila sampai rumah tu cuma mampu masak dengan pantasnya sebab memikirkan anak-anak dah lapar.. jadi masak apa dapat dan sampai lupa ambik gambar sudahnya.. 

Resepi Terung Goreng Tempura 


tapi kali ni aku nak kongsi resepi yang aku buat untuk sarapan minggu lepas je ni.. Resepi Terung Goreng Tempura.. ini kali pertama aku cuba walau selalu pun sebenarnya kawan-kawan kata sedap.. tapi aku tak pernah pulak terfikir nak cuba.. entah kenapa pulak pagi aritu aku boleh tetiba hiris terung dan siapkan tepung untuk goreng..  haha.. mehlah kita kongsikan resepi terung goreng tempura yang senang dan sedap ni.. 


Resepi Terung Goreng Tempura 


Bahan - bahan
Tentulah guna terung.. hiris nipis-nipis dalam 1/2 cm camtu.. 
Tepung goreng ayam bestari pedas (2 sudu penuh) 
Tepung goreng ayam bestari original (1 sudu penuh) 
Air secukupnya
Minyak secukupnya 

Cara-cara 
1. Satukan 2 jenis tepung dan bancuh dengan air secukupnya. 
2. Panaskan minyak. 
3. Celup terung dalam bancuhan tepung dan goreng. 
4. Goreng hingga garing, angkat dan toskan. 
5. Ok boleh makan dah.. nak makan macam tu pun boleh.. makan dengan sos atau sambal kicap pun boleh.. 

Aku aritu makan macam tu je.. gabungan tepung tu sedap makan macam tu je tak payah cicah pun dah berasa.. bayangkanlah luar tu ranggup tapi dalam tu terung yang lembut dan cair dalam mulut.. pehhh.. memang menguji iman kalau korang sedang berdiet.. haha.. 

Ada kawan yang cadangkan bila dah goreng tu cuba makan dengan mee kari.. rasa mee kari akan lebih umpphh.. tapi aku belum la pernah cuba.. maklumlah.. yg tempura ni pun baru pertama kali cuba.. gua mana ntah aku duduk selama ni.. hahaha.. kesian betul.. terasa tetiba jadi ulat dalam batu.. bertabah je la.. 

lainkali kita boleh cuba goreng peria,  goreng bayam.. goreng sayur yang lain pulak.. haha.. mementang baru keluar dari batu.. sibuk tau ulat ni nak makan macam-macam.. hehe.. jomlah cuba resepi senang ni.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Cantik Sihat Semulajadi by Umi Nazrah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Allahu, senang je rupanya. Boleh sangat lah nak buat ni :D