Selasa, 27 November 2018

Kempen Jadi Kaya dengan Zakat oleh PPZ-MAIWP

Assalamualaikum semua, aku rasa ramai di kalangan kita sebenarnya dah sedar tentang kepentingan berzakat sekarang ni.. lebih-lebih lagi dah banyak pendedahan yang dibuat di sana sini mengenai kepenting berzakat ni bagi umat Islam.. bila sebut zakat je biasanya kita akan ingat zakat fitrah yang sibuk orang nak bayar menjelangnya 1 Aidilfitri setiap tahun tu kan?

Kempen "Jadi Kaya Dengan Zakat"


Tapi sebenarnya zakat ni bukan zakat fitrah tu je tau.. ada banyak lagi zakat yang patut kita tau.. kebetulan dah hujung tahun ni pulak aku berpeluang hadiri majlis yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat – MAIWP atau lebih korang kenali dengan nama PPZ-MAIWP iaitu Kempen “Jadi Kaya Dengan Zakat”.. dari penerangan secara ringkas yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dapat la sikit sebanyak tambah pengetahuan.. melalui penerangan beliau terdapat zakat harta yang boleh ditunaikan di sepanjang bulan Disember ni iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, dan Zakat Saham.. kempen ni jugak menampilkan selebriti istimewa dalam setiap saluran kempen mereka yang ada.. 

1. 11 KAUNTER PPZ-MAIWP


Dari majlis ni jugak aku baru tau ada disediakan 11 kaunter PPZ-MAIWP yang dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM.. haa sangat memudahkan terutama kalau area Kuala Lumpur ni yang kebanyakan hari kerja, orang akan tersangkut dalam kesesakan lalulintas.. dari 1 Disember hingga 25 Disember 2018 yang beroperasi pada jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang setiap hari..  dengan adanya kemudahan kaunter yang dibuka setiap hari pada sepanjang bulan Disember.. sedikit sebanyak akan memudahkan semua umat Islam untuk menunaikan kewajipan masing-masing.. mehlah aku kongsikan senarai kaunter untuk rujukan korang..

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP:

i. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
ii. Plaza RAH, Kampung Baru
iii. Masjid Negara
iv. KLSC, Wangsa Maju
v. UTC KL, Pudu Sentral
vi. Percint 9, Putrajaya
vii. Percint 15 Diplomatik, Putrajaya
viii. Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong
ix. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
x. Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
xi. Labuan Times Square
Antara artis yang terlibat dalam mempromosikan saluran ni ialah Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail..

2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://www.zakat.com.my


Yang ni paling mudah, boleh buatkan ramai golongan muda yang baru bekerja untuk tunaikan kewajipan mereka jugak.. sebab kebanyakkan dari kita memang sentiasa gunakan telefon bimbit dalam kehidupan harian.. dan sumber internet ada di mana-mana sekarang ni.. 

Korang mesti nak tau apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ni kan?

kalau tanya aku, aku jawab pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya. yang ni aku suka sebab semua boleh print berapa kali pun korang nak dan sangat penting untuk penyimpanan rekod. Lepas tu akan ada pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas dan cepat. 

Korang jugak boleh melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.. senang keja kan? Kalau ada masalah pun mudah je cuma gunakan kaedah integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger untuk menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan.. bukan tu je.. ada jugak video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat, bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat dilakukan.. ala-ala macam bayar kat kaunter jugak la.. dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja korang berada.. Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini pulak adalah Amar Baharin.. aku ada ambik gambar dengan dia.. haha.. 

Ceritaita bersama selebriti Amar Bahrin


3. PERBANKAN INTERNET. 


Yang ni sesuai dengan konsep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. Pembayaran pun mudah.. ramai juga guna cara ni.. Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.


4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP


Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmatan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000 ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak PPZ-MAIWP ke lokasi anda. Sesuai sangat untuk yang berniaga dan nak tunaikan kewajipan ni dengan lebih mudah tanpa perlu keluar modal tambahan lain untuk ke lokasi PPZ-MAIWP. Boleh hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi mendapatkan perkhidmatan ini. Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri.. bak kata beliau.. kalau call, dengan laju kita datang.. haha.. 

Ceritaita dengan selebriti untuk saluran Kaunter Zakat bergerak PPZ-MAIWP 


5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP


PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakan. Yang ni diterangkan dengan jelas kenapa perlunya mendidik anak mengenai zakat seawal usia muda oleh PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan.. aku ada kongsikan video penuh di youtube jugak.. 



Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan.. cantik tau kalendarnya.. 


PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. 

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Laman web: www.zakat.com.my
Talian bebas tol zakat:
📞 1-300-88-5757

Ceritaita 

Selasa, 20 November 2018

Petua dan panduan untuk anak yang mudah selsema dan batuk

Assalamualaikum semua, dah hujug tahun dah pun sekarang ni kan.. cuaca mula la dah tak menentu.. tengok pada ramalan cuaca tadi pagi pun macam sepanajng minggu ni akan alami hujan lebat berserta ribut di kawasan tempat kami tinggal ni.. dan pagi tadi pun memang dah hujan lebat dah pun sampai waktu lepas subuh tadi.. sejuk la sikit.. 


Kalau anak-anak tak sihat.. mak bapak tentu susah hati kan?


Tapi aku rasa dengan cuaca macam sekarang ni tentunya ada je anak-anak yang mudah kena jangkitan penyakit kan.. bukan kata anak-anak je pun.. dengan mak-maknya atau ahli keluarga lain sekali akan terjangkit sama.. mula la drama batuk.. demam sana sini bermula.. ujian betul kalau kena tu..

Alhamdulillah buat masa ni, anak-anak kat rumah ni belum nampak lagi tanda-tanda tak sihat lagi.. syukurlah jugak.. Cuma aku risaukan abg ngah je la.. dia tu biasanya mudah je kena banding orang lain.. yang selalu kami kena jaga ialah jangan bagi sangat dia minum ais beria sangat.. jangan bagi dia terdedah sangat dengan aircond.. dan kalau musim sejuk macam ni kena perhatian lebih la.. kalau tak mesti dengar dia batuk mengokol di malam hari.. risau woo.. risau pengalaman dia masuk wad waktu kecik dulu berulang lagi.. 

Macam-macam jugak la kami buat untuk masalah anak yang tak tahan macam abg ngah ni.. sapukan minyak kat bahagian tertentu macam kat dada, belakang badan dan kat tapak kaki.. kadang-kadang aku sapukan jugak kat hidung dan leher dia jugak.. terutama bila dia dah ada tanda-tanda bersin tu.. kalau bab sapu minyak ni selalunya bukan sapu kat abg ngah sorang la selalunya.. memasing akan sibuk jugak tunjuk sakit sana sini.. gitulah anak-anak kat rumah ni.. semua sibuk hulur kaki tangan jugak memasing.. layankan je la selagi boleh..

Tapi aku nak kongsikan jugak kalau korang yang ada anak yang mudah terkena selsema dan batuk macam abg ngah ni jugak.. adalah beberapa petua dan panduan yang boleh aku kongsikan.. meh baca kat bawah ya.. aku seanaraikanlah senang sikit korang nampak dan baca nanti.

Petua dan panduan untuk anak yang mudah selsema dan batuk :

1. Pastikan anak tak terdedah dengan cuaca yang sejuk. Kalau dah tau musim hujan atau cuaca terlalu sejuk, pastikan korang kurangkan penggunaan kipas atau penghawa dingin kat rumah ya.

2. Sebelum tidur boleh amalkan pakai stokin. Tapi yang ni lama tak buat jugak.. tengoklah kesesuaian dengan anak.. ada anak yang tak berapa gemar pakai stokin.

3. Sapukan minyak panas (minyak angin untuk baby pun boleh) pada tempat tertentu macam dada, belakang badan, kaki terutamanya betis dan tapak kaki dan leher jika ada tanda-tanda selsema.

4. Boleh jugak korang letakkan kain tuala nipis di dalam baju menutup dada. Yang ni kawan pejabat lama aku ajar.. bagus untuk hangatkan kawasan dada anak.. tapi tak jalan buat anak aku.. diorang suka tarik keluar sebab rimas.

5. Pastikan jugak anak tidur dengan pakai baju. Ini untuk pastikan badan anak sentiasa hangat dan tak kesejukan.

6. Kalau dah mula ada tanda-tanda batuk, boleh cuba bagi teh cengkih.. teh cengkih ni orang dewasa pun bagus sangat amalkan. Terutama yang ada batuk tapi tak boleh nak ambik ubat macam ibu mengandung atau menyusu tu ke.. Ada aku kongsikan resepi kat Teh Cengkih.

7. Jaga permakanan anak.. elakkan minuman atau makanan yang sejuk. Jika nak minum jugak bagilah sekadar nak hilangkan rasa anak nak makan minum tu.. jangan berlebihan..

8. Rujuk doktor atau klinik berhampiran jika tanda berlanjutan. Ini penting tau.. jangan ambik remeh!

9. Jangan lupa jugak doakan kesihatan anak-anak supaya sentiasa terpelihara dari wabak penyakit. 


Itu je la 9 panduan yang aku dapat kongsikan dengan korang.. entah-entah korang lagi ada banyak panduan dari aku agaknya.. kalau ada korang boleh kongsikan kat komen ya.. nanti aku tengok dan boleh tambah pada panduan yang ada ni ke kan.. sesama la kita berkongsi untuk bagi manfaat pada orang lain pulak.. Itu je nak kongsi.. sampai jumpa lagi ya..

cerita ni aku tulis semalam pagi.. rupanya tak lama.. malam tadi je abg ngah dah kena sedut nebulizer huhu.. nanti aku cerita lain la yang tu.. 

Ceritaita

Resepi Teh Bunga Cengkih

Resepi Teh Bunga Cengkih

Assalamualaikum semua, tetiba hari ni aku terasa nak kongsikan resepi teh bunga cengkih untuk kesihatan tekak terutamanya.. aku dapat resepi ni dah lama jugak.. sampai dah lupa kat mana aku dapat ntah.. seingat aku macam aku ada terbaca memana la tapi lupa kat mana.. harapnya dengan perkongsian resepi teh cengkih ni akan membolehkan tuan punya resepi asal Teh Bunga Cengkih ni pun mendapat pahalanya.. di samping orang lain yang menggunakan resepi teh cengkih ni mendapat manfaatnya.. 

Resepi Teh Bunga Cengkih


Asalnya aku buat teh ni dulu lepas aku kena episod batuk tak berhenti dekat 4 bulan la jugak.. lama kan? Masa tu memang sampai doktor dah suspek aku ada TB dah tau.. siap ambik sampel kahak lagi tu nak kompomkan.. Alhamdulillah keputusan yang keluar akhirnya menunjukkan bukan TB.. dan cuak la jugak masa tu.. mana taknya.. batuk tak berhenti sekian lama.. walau dah cuba bermacam ubat dan cara..

Aku dah cuba dah minum air delima tak jalan.. aku cuba amalkan madu… makin galak pulak batuknya.. lepas tu ada yang cadangkan minum air lemon dengan madu.. pun tak jalan jugak.. ni semua setelah aku makan berbagai ubat batuk tapi tak berhasil ya.. tetiba kau terbaca pulak pasal khasiat Teh Cengkih ni.. jadi terdetik nak cuba.. Alhamdulillah.. nampaknya yang ni berhasil dan sesuai untuk aku.. aku amalkan kerap jugak la waktu tu.. dan syukur akhirnya batuk berpanjangan aku tu sembuh dengan izin Allah.. 

Jadi dah lama dah aku kongsikan buat kawan-kawan yang ada masalah batuk macam aku ni haa.. terutama yang tak berapa boleh nak ambik ubat batuk tu kan.. kalau yang ibu mengandung atau menyusukan lagi kesian.. eh kalau yang bersalin terutama bersalin ceaser tu pun kesian tau kalau kena batuk.. naya menahan diri dari batuk sebab taknak rasa sakit.. Allah sengsara betul la.. jadi untuk yang kategori macam ni memang sesuai sangat la amalkan minum Teh Bunga Cengkih ni.. mehlah kita kongsikan resepi dia yang mudah..

Resepi Teh Bunga Cengkih

Bahan-bahan
Secawan air panas mendidih
2-3 biji bunga cengkih
1 sudu madu asli

Cara-cara

1. Rendamkan bunga cengkih ke dalam cawan air panas.
2. Biarkan terendam sehingga air agak suam.
3. Sudukan 1 sudu madu asli dalam air tadi. Kacau rata.
4. MInum sementara masih suam.

Mudahkan? Amalkan minum dalam 3-4 kali sehari atau bila terasa tekak gatal macam nak batuk tu.. insyaAllah akan nampak perubahan. Jangan lupa doakan supaya Allah bagi kesembuhan jugak ya.. kalau usaha macamana pun kalau terlupa mohon pertolongan Dia biasanya takde makna jugak..hehehe..

Ceritaita

Sabtu, 17 November 2018

Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan

Assalamualaikum semua, tetiba dapat mesej dengan gambar ni semalam.. terharu.. masih ada lagi cebisan kenangan yang tertinggal.. terima kasih Kelab Veterinar Pahang atas ingatan. 

Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan


20 tahun penubuhan dah rupanya ya.. Banyak kenangan dengan kelab ni.. aku kenal kelab ni sejak berhijrah ke Pahang pada 2007 tapi mula masuk kelab setahun selepas tu.. bagi aku kelab ni bukan saja mengumpulkan atlet yang bernilai bagi setiap kali sukan jabatan dipertandingkan tapi ianya jugak menjadi medan semua ahli jabatan beramah mesra hingga menjadikan semua ahli Veterinar Negeri Pahang mempunyai ukhwah yang sangat kuat! 

Kerana dari tahun ke tahun, ada saja aktiviti yang dijalankan yang bukan saja melibatkan ahli bahkan juga keluarga.. kami bukan saja kenal ahli.. malah kami kenal anak, isteri dan suami masing-masing! satu perkara yang aku kira tak akan jumpa di semua tempat.. kerana mereka mengadakan aktiviti apa sahaja melibatkan ahli keluarga.. termasuk berbuka puasa bersama.. jamuan hari raya bersama.. dan hari keluarga yang gilang gemilang walau ada kalanya hanya dijalankan di ruangan pejabat..Kualiti perhubungan harmoni ni memang sangat unik!

Sepanjang 12 tahun bekerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang disayangi, setakat ni belum lagi aku berpeluang menjejak kaki ke negeri lain kecuali Kelantan dan Pahang. Perak dan Johor tu sangat sekejap.. tak dikira la..

Mengenali kamu semua warga DVS di Pahang merupakan satu penghormatan dalam kerjaya. Bermacam pengalaman dikutip sepanjang bekerjasama. Ada ramai jugak mangsa kena marah mungkin. 😜

Apapun terima kasih,  kerana DVS Pahang antara penyumbang utama pengalaman aku hingga aku bertapak di sini.. seronok bekerja dengan semua staf terutamanya dari daerah-daerah walau kita jarang berjumpa.. terus pertingkatkan prestasi diri di mana pun kita berada.. jika ada kesilapan yang lepas,  jangan diulang dan maju dengan buat lebih banyak pembetulan.. 

Salam sayang buat semua.. 

coretan yang sama diabadikan dalam www.facebook.com/rozita.rahman.5 dan www.instagram.com/ceritaita

Ceritaita

Jumaat, 16 November 2018

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

Memperkenalkan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita


Assalamualaikum semua, pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan? 

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda. 

Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.  

Sumber Ayu


Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan  kegatalan.

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.

Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.

Sumber Ayu


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.  Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

Ceritaita

Rezeki menang 8000 B Infinite Point!

Assalamualaikum semua, siapa sangka rupanya di hari Jumaat ni akan ada rezeki tambahan Allah nak bagi.. ceritanya macam ni.. aku join contest yang dibuat oleh B Infinite Reward dekat Instagram.. masa join tu bukan la jangkakan nak menang pun tapi apa salahnya cuba nasib kan.. hehehe

Rezeki menang 8000 B Infinite Point!


Masa nak bergambar tu punyalah gigih aku gi cari dan singgah 7-Eleven untuk tukar point B Infinite dengan slurpee yang sedap tu.. nak bergambar pun satu hal jugak sebenarnya.. aku kan jenis pemalu wei.. tapi nak ambik gambar.. pening betul dengan kecelaruan identity masa ni.. hahaha.. sudahnya aku berdiri jugak bergambar kat depan 7-Eleven tu dengan tersengih macam apa.. ada la sorang budak yang duduk depan 7-E tu pun pelik la.. dah kenapa agaknya makcik ni ntah.. hahaha… ada bukti gambar di bawah ni ya.. 


Dan terbukti rupanya Allah dah tetapkan rezeki aku ada kat situ dan aku akhirnya diumumkan menang 8000 BInfinite point hari ni oleh B Infinite Reward ok! Alhamdulillah.. rezeki tu memang tak ke mana la.. meh joget-joget sikit.. hehe…

Sesenget pulak aku garis nama aku kat situ.. excited wei! 


korang boleh tengok jugak senarai nama pemenang yang lain.. ada ramai kawan-kawan jugak ni..  tahniah jugak buat semua ya! 

Senarai nama pemenang B Infinite Reward




Kalau korang yang berminat nak menang jugak point percuma macam aku ni boleh la mula tengok kat B Infinite tu kot-kot ada lagi ke promosi di masa akan datang ya.. sebab yang ni dah tamat pada 11 November lepas ni.. tengah fikir nak tukarkan dengan apa point ni nanti.. anak-anak, ummi menang yeay!

Ceritaita

Rabu, 14 November 2018

Koleksi Petal Velvet powder dan Sunaway dari Althea

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal satu barang best! Ada yang kata tak perlukan pun benda ni.. tapi secara peribadinya pada aku yang jarang alami sunburn ni pun sangat-sangat perlukan produk sunblock macam Damask Rose Petal Velvet Sunaway ni tau.. 

Koleksi Petal Velvet powder dan Sunaway dari Althea


sebabnya tentu korang kalau ada yang dah tau.. usia aku akan menganjak ke 40 tahun dah tahun depan ni.. dah tak lama dah pun.. tinggal beberapa bulan je lagi ni sebenarnya.. cakap tahun depan tu macam lama sangat je kan.. haha.. sebenarnya untuk orang yang lahir di bulan Januari ni takde la sangat istilah tahun depan tu bila dan sampai ke bulan November ni haa..

Antara sebab aku sangat perlukan Damask Rose Petal Velvet ni ialah sebab kandungan SPF dia yang tinggi sehingga SPF50+ tau.. dan kulit orang yang mencecah umur 40 tahun ni dah sememangnya la perlu penjagaan yang lebih rapi terutama bila selalu terdedah dengan cahaya matahari kan.. aku tak nafikan la bila dah cecah umur macam ni kulit jadi lebih sensitive dan mudah rosak.. jadi dengan adanya kawalan dari Petal Velvet Sunaway ni ianya agak membantu.. 

Petal Velvet Sunaway


Lebih- lebih lagi bila Petal Velvet Sunaway ni mengandungi Damask Rose iaitu kandungan semulajadi nanomolekular yang kaya dengan vitamin yang boleh meresap jauh ke dalam kulit bagi membantu memulihkan kulit yang terlebih sensitive dan menguatkannya lagi untuk nampak lebih sihat bersinar.. macam best je kan.. sebenarnya memang best.. pulak tu aku kan memang suka dengan apa-apa je yang bau ros ni.. lagi la jatuh cinta.. rasa nak sapu je selalu..tapi sayang la pulak .. hehehe..

Petal Velvet Powder 


Aku senang hati la jugak bila bukak kotak Althea kali ni sebab ada 3 kotak bedak dalam tu.. rasa terus nak senyum je.. Petal Velvet Powders ni ada 3 pilihan iaitu #0. #23 dan #Pink Lavender.. cantik-cantik warnanya.. bedak ni sangat lembut bila disapu ok.. tak terasa la kalau kena ke kulit muka tu.. memang sangat best.. tak hairan la kalau bedak ni antara barang yang laku keras masa penjualan promosi di laman web Althea aritu.. 

Ada jugak disertakan Althea hologram pouch yang comel! Kakak Husna suka sangat la ni.. kalau korang berminat nak dapatkan Damask Rose Petal Velvet dan Petal Velvet Powders ni boleh la rajin-rajinkan diri untuk klik link kat bawah ni ya..

Althea


DAMASK ROSE Petal Velvet Sunaway SPF50+


Petal Velvet Powder


Ada juga set untuk Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet powder ni dengan potongan harga 10 % lagi tau!


Ceritaita

Isnin, 12 November 2018

Makan Pizza Dominos sempena Kempen It's All About You

Assalamualaikum semua, tetiba pulak baru teringat nak kongsikan pasal kami pergi makan Pizza Dominos sempena kempen It's All About You baru ni.. memang betul la meraikan betul kempen ni sebab kami makan pun pasal semua anak-anak je ni.. dan tepat sangat la dengan kempen It's All About You kan.. 

Makan Pizza Dominos sempena Kempen It's All About You


apa je kami tempah masa makan tu sampai banyak menimbun tinggi tu kan..  hahaha.. kalau dah jenis mak-mak yang nak raikan anak-anak tapi poket ada bersyarat ginilah rupanya tau.. kena la tengok hari yang sesuai.. pada masa sesuai dan menu yang sesuai.. maka dengan berhemahnya aku pilih Pizza Dominos untuk anak-anak! 

Bertimbun pizza depan mata


kebetulan la memang memasing ni penggemar pizza Dominos jadi memang detik yang ditunggu-tunggu la kiranya ni haa.. korang tengok je la muka kakak syafiah (dia suruh panggil syafiah pulak sekarang ok.. no more husna) bila aku kata ambik gambar dulu baru boleh makan.. siap dia pegang hahaha.. kakak.. kakak.. 

Promosi Super Tuesday


kami pergi hari Selasa sebab nak dapatkan promosi seperti di atas tu haa.. itu yang jadi bersusun tu.. sebab boleh tetapkan seorang cuma akan dibelanjakan sebanyak RM3.70 je tau untuk satu pizza personal.. ok ini memang sangat best! kami selalu memang tak sabar tunggu hari Selasa.. dan kali ni tambah best sebab boleh cuba menu baru macam kat bawah ni haa.. berbaloi la jugak..

Menu baru Wild West Madness


Pulled-beef Pizza


Wajah kesayangan hamba


tapi dah namanya pun It's All About You kan.. maka hari ni memang untuk kamu anak-anak maka makanlah sepuasnya.. gembira sangat bila dapat lihat senyuman di wajah kamu semua.. tiada yang lebih menceriakan hati ummi dan ayah kerana apa yang kami lakukan adalah untuk memastikan kamu semua terasa dihargai selamanya dalam keluarga kita.. 

It's All About You 


mehlah korang pun join kempen It's All About You macam kami ni.. kalau belum terasa terinspirasi,  mungkin video di bawah ni mampu membuat kita semua rasa dihargai dan mampu membuat orang lain terasa dihargai.. itu saja cerita kami bersama Pizza Dominos.. semoga semua orang sentiasa dihargai!



Ceritaita

Sabtu, 10 November 2018

Kemunculan The Dream Planner 2019!

assalamualaikum semua,  hari ni aku nak cerita pasal satu lagi kegemaran aku sejak dulu.. iaitu mengumpul planner dan diari!  sejak dari dulu memang suka menulis kan.. nak buat macamana.. selain menulis aku suka sangat jugak membaca tapi apa boleh buat kekangan masa sekarang ni nak membaca tu agak terhad masanya.. jadi menulis je la yang masih boleh disambung kesinambungannya walaupun cuma sekali sekala... 

Kemunculan The Dream Planner 2019


Disebabkan minat aku yang satu ni la aku selalu suka sangat tengok koleksi diari atau planner yang ada kat pasaran.. ada jugak yang aku dah ceritakan kat korang dalam blog ni pasal koleksi planner yang aku beli dan dapat.. kebanyakkannya dalam harga yang berbaloi dan berkualiti la jugak.. 

Dan kali ni aku nak kongsikan lagi pasal planner.. sebenarnya lebih kepada sejarah aku dengan planner.. memula dulu cuma ada diari.. tapi bila aku mula bekerja dengan seorang bos yang sangat menitikberatkan pasal jadual aktiviti tahunan yang lengkap dan teratur kerjanya jadi aku pun terpengaruh jugak terus cari satu planner pada masa tu.. rupanya senang kerja wei.. selama ni aku cuma tepek nota kat mana-mana atau kat kalender meja je.. tapi bila ada planner jadi lebih teratur dan mudahlah nak bawak ke sana sini.. 



kebetulan pulak ni dah hujung tahun kan.. aku memang tengah nak cari planner.. tetiba pulak ternampak The Planner Expert tengah buat promosi untuk set Planner 2019.. apa lagi aku lelaju la cari jugak! kalau jenis ada obsesi macam aku ni memang pantang la bila tengok planner yang lengkap macam 'The Dream Planner 2019' yang The Planner Expert ni jual.. sayangnya cuma waktu aku dapat ni belum keluar yang jenis hard cover lagi.. kalau korang nak beli masa tu tentu dah keluar yang hard cover punya la.. lagi cantik dan kukuh! 

Apa je ada dalam set The Dream Planner 2019 ni? 

The Dream Planner 2019


setiap set planner disertakan dengan satu buah buku planner (nanti aku terangkan balik.. banyak woo isi dia), 2 keping sticker comel yang pastinya membantu nak letak dalam planner tu nanti,  2 keping penanda buku yang cantik! dan jugak sebatang gel pen.. lawo tau pen tu.. minat aku tengok.. korang boleh tengok video unbox aku kat youtube atau kat IG story aku ya.. 

aku suka cover dia yang simple tu


meh la kita fokus pada planner tu pulak.. kita tengok apa je isi dia.. teruja tau nak kongsikan dengan korang!  hehehe.. memula kita tengok depan dia je la.. pada aku cukup simple dan cantik.. kemas jugak kalau nak bawak pergi memana majlis rasmi.. tak la malu terutama kalau jumpa pegawai besar nanti kan.. macam aku ada planner yang sekarang ni.. berwarna-warni.. segan la jugak bila nak gi majlis rasmi.. hehe.. 

Yang bagus.. jadikan kita selalu beringat

Birthday Planner pun ada

Dia ajar sekali macamana nak setkan sasaran.. ada panduan tu

Weekly Planner

Habit tracker pun ada.. huhu

Monthly planner

Life Goal


tapi yang paling best part dalam dia la.. ada macam-macam tau.. bukan setakat yang ada dalam planner biasa tu je.. yang ni siap ada kata-kata motivasi lagi lepas tu ditambah pulak dengan sasaran yang kita nak letak setiap minggu dan jugak setiap bulan.. best yang ni sebab sejak dah bertukar ke tempat kerja baru ni banyak la jugak sasaran yang aku kena tetapkan.. amatlah membantu kalau ada planner macam ni.. 

Yang ni tahunan

Yang ni bulanan


ada jugak bahagian untuk letak kawalan kewangan.. pada aku pun ini sangat penting.. banyak masalah kewangan kami berpunca dari kewangan yang tak diurus dengan sempurna.. jadi aku sangat berharap tahun 2019 menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kami sekeluarga.. selepas tu ada pulak disertakan di hujung buku untuk kita semak semuanya yang dah kita set sepanjang tahun.. bagus kan?  bagus sangat untuk kita letak sasaran baru untuk tahun seterusnya.. 

eh cerita panjang sampai lupa nak bagitau.. sekarang ni The Planner Expert tengah buat promosi.. bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan set 'The Dream Planner 2019' yang sangat berguna dan berbaloi bagi tahun 2019 tentunya pada harga berpatutan sebab boleh dapat diskaun sehingga 20% kalau mendaftar melalui link yang disertakan dia Bio The Planner Expert di aplikasi Instagram.. cepat eh.. jangan sampai terlepas peluang ok! 

untuk info lanjut korang boleh tengok di :




Ceritaita

Jumaat, 9 November 2018

Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm

Assalamualaikum semua, lamanya tak jumpa korang kat blog ni.. rindu sangat nak menulis sebenarnya tapi apakan daya tuntutan kerja dan tanggungjawab hakiki perlu didahulukan.. tapi kalau sesiapa follow facebook atau instagram aku mesti ada perasan aku ada share pasal cabaran sarapan pagi dengan susu Dutch Lady PureFarm kan? Mehlah kita kumpulkan semua cabaran susu tu kat sini dan kita kongsikan sikit tentang kebaikan susu untuk kehidupan kita sehari-hari..

Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm



kebetulan la pulak dah memang kerjaya aku sebagai Doktor Veterinar ni yang merangkap mak kepada 4 orang anak yang sedar membesar.. yang perlu jugak la berkempen untuk semua orang pasal keperluan susu dalam diet seharian.. banyak tau manfaat kalau amalkan minum susu ni.. tapi patut elak la kalau korang ni jenis lactose intolerant tau.. haippp jangan sesekali nak cuba minum susu kalau dah tau lactose intolerant ok! pesanan ni cuma untuk mereka yang takde pantang larang dengan susu tapi sesaja tak suka minum.. mehlah baca kumpulan cabaran sarapan aku ni haa..  kot-kot la lepas ni terus terasa-rasa nak cuba minum pulak le kan.. mana la tau.. 

Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm

Cabaran hari pertama


mehlah kita tengok cabaran hari pertama.. aku cuba gandingkan susu Dutch Lady PureFarm dengan pek sarapan yang aku dapat percuma ni!  ya.. percuma ok.. korang nak jugak?  meh la join cabaran sarapan yang akan berakhir 11 November ni.. cepat eh join.. sempat lagi ni! 

Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.

Cabaran sarapan hari kedua


untuk hari kedua pulak aku gandingkan susu Dutch Lady PureFarm yang sedap ni dengan sarapan makaroni sup ayam.. ini memang kegemaran anak-anak la.. toksah cakap banyak.. sekejap je licin.. 

Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. 

Cabaran hari ketiga


jadi aku buat pilihan hari ketiga masih tumpukan sarapan kegemaran anak-anak memandangkan mereka sangat perlu tenaga secukupnya sepanjang hari.. jadi ummi dengan gigihnya terbang ke Itali pada hari ketiga untuk jemput pizza balik bagi digandingkan dengan susu Duth Lady PureFarm yang sedap semata-mata untuk anak-anak tau... hahaha..

Cabaran sarapan hari keempat


Untuk cabaran hari keempat pulak kali ni aku pentingkan perut aku pulak.. haha.. tetiba rindu pulak nak menjamah selera sewaktu di Pantai Timur dulu.. jadi kita sarapan nasi berlauk pulak hari keempat ni.. jugak dengan susu Dutch Lady yang sedap..  complete! 

Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.  Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.

Cabaran sarapan hari kelima


jadi sebab tu untuk hari terakhir iaitu cabaran hari kelima aku pilih sarapan susu bersama tempe goreng kegemaran kami semua.. dan aku percaya ramai pun kat luar sana yang suka sebab buktinya gambar ni banyak benar komen dan like.. terima kasih korang! 

Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.

"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.
Susu Dutch Ladu PureFarm



Bagaimana susu membina keluarga yang kuat? 


Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya.

Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.

Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Set Sarapan Dutch Lady PureFarm 


Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018! Jom korang!

Ada 3 tema untuk korang pilih! 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau 

Doakan aku berjaya jugak ya!

Ceritaita