Rabu, 19 Disember 2018

Bell Ngasri dan Ceritaita nak pesan sesuatu ni!

assalamualaikum semua,  cewah.. tajuk tak boleh blah.. Bell Ngasri dan Ceritaita pesan sesuatu ni.. apa tu?  tak lama dah ni.. tak sampai lagi 2 minggu lagi dah nak sampai ke penghujung tahun 2018.. biasanya kalau dah nak hujung-hujung tahun ni apa je yang korang biasa buat?  beli planner?  plan untuk tahun depan?  beli baju sekolah anak?... ala itu biasa sangat dah.. memang jadi rutin dah pun.. ada tak yang lain sikit aktivitinya bila hujung tahun ni?.. asal hujung tahun je sibuk kira zakat ke? contoh.. 

Bell Ngasri dan Ceritaita nak pesan sesuatu ni! 


Ada tak?  kalau ada ya.. alhamdulillah.. syukurlah umat Islam di Malaysia ni kerana ada warga yang sentiasa perihatin dengan tanggungjawab sebegini.. semoga makin kaya dan berjayalah hendaknya.. amin.. eh tapi ada ke yang masih belum sempat nak tunaikan tanggungjawab berzakat ni? kalau ada sesuai sangat la kalau korang tonton video Bell Ngasri dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Wilayah Persekutuan ni.. ada pesanan ringkas pasal cara bayar zakat dengan mudah..



Perkhidmatan ni sesuai untuk mereka yang rasa tak sempat nak membayar zakat di mana-mana kaunter yang disediakan yang beroperasi 7 hari seminggu.. boleh je telefon ke Talian Zakat yang disediakan iaitu 1 300 88 5757 untuk bertanyakan cara pembayaran dan perkhidmatan pembayaran mudah yang disediakan oleh PPZ-MAIWP ni untuk kemudahan semua pembayar zakat.. 

eh korang yang rajin tu boleh je terus bukak facebook Pusat Pungutan Zakat untuk tau kat mana je ada lokasi pembayaran zakat melalui kaunter bergerak yang macam aku cakap tadi.. dibuka 7 hari seminggu tanpa cuti ok!  Istimewa untuk sepanjang bulan Disember ni.. boleh la kalau nak cari yang paling dekat dengan rumah korang.. macam aku ni ada satu yang dekat Masjid Al-Imam Al-Ghazali kat Kepong ni..

Bell Ngasri dan Ceritaita nak pesan sesuatu ni! 


kalau yang berhajat nak bayar tapi tetap takde masa nak pergi atas kesibukan kerja.. jangan risau.. khidmat 'Door to door' .. yang ni disediakan bagi mereka yang nak bayar zakat berjumlah RM5000 ke atas ya.. telefon je Talian Zakat 1 300 88 5757 tu untuk mintak perkhidmatan ni.. jangan risau.. memana pintu pun diorang akan pergi tau.. pejabat ke rumah ke.. kira takde masalah la.. korang telofon je nombor Talian Zakat tu.. 

Jom korang, kita jadi kaya dengan zakat! 

Maklumat lanjut :

Talian Zakat : 1 300 88 5757

Facebook : Pusat Pungutan Zakat

Website : www.zakat.com.my


Ceritaita
Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah, tq atas perkongsian kakak.

btw, jemput join : http://www.azlindaalin.com/2018/12/2019-segmen-blog-azlinda-alin.html

Intan Saffyna berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

senangnya nak bayar zakat dah ada kaunter bergerak!😄😘

Fadzi Razak berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dalam kelakar kelakar bell ni pun, ade jugak mesej penting yang dia bawak ni