Khamis, 14 Mac 2019

Kenangan SPM 1996

SPM 1996

Kenangan lebih 20 tahun dulu.. tua dah makcik ni rupanya.. 😅

Kenangan SPM 1996 ~gambar ihsan google~


Zaman aku SPM dulu, masih menggunakan sistem pangkat dan agregat.. masa tu orang mesti akan tanya keputusan SPM dengan soalan..

"Kau dapat pangkat berapa? "

Masa tu ada pangkat 1,2 dan 3.. kalau tak salah agregat dikira dari 6 matapelajaran yang terbaik termasuk 4 matapelajaran wajib dan 2  matapelajaran elektif..   maaf la kalau info ni salah.. lama dah aku tinggalkan zaman persekolahan.. 

Tapi antara yang tak dapat dilupakan waktu hari mengambil keputusan peperiksaan SPM.. memang takkan lupa sampai bila-bila.. 

Aku tinggal di Kluang,  dan bersekolah di Muar pada waktu tu.. cuma ada satu je pengangkutan yang menghubungkan daerah ini yang mampu dinaiki oleh semua orang pada masa tu.. tak terkecuali aku jugak.. walaupun keputusan akan diumumkan hanya selepas jam 10 pagi seperti kebiasaannya tapi aku terpaksa keluar awal untuk menaiki bas awam.. bas yang cuma ada setiap 2 jam sekali keluar dari perkampungan kami.. dan akan menaiki bas berhenti-henti di setiap perhentian dan akan berganti bas di setiap daerah.. hinggalah sampai ke destinasi.. biasanya akan ambik masa tak kurang dari 3 ke 5 jam walau jarak perjalanan tak sampai pun 150 km..  azabnya zaman dulu kan 😅

Sampai di pagar sekolah dah agak lewat jugak.. waktu tu rasanya macam dah jejak pukul 11 lebih pagi.. kebanyakkan kawan-kawan dah selamat balik dengan keputusan masing-masing.. ada jugak dengar bermacam cerita dari  kawan-kawan yang terserempak di dalam kawasan sekolah waktu tu.. pasal pelajar yang cemerlang siapa dan sebagainya.. 

Tapi waktu tu.. aku rasa aku cuma berada dalam duniaku sendiri.. aku seolah-olah tak sedar apa yang berlaku di sekitar.. fokus aku cuma satu KEPUTUSAN SPM!

Sambil dalam hati berkata apalah yang bakal aku dapat.. pejabat sekolah kami berada di tingkat satu.. jadi untuk ke pejabat kami kena melalui tangga tengah untuk ke tingkat satu.. waktu melalui astaka (tempat rehat) yang berdekatan dengan tangga aku dah rasa sesuatu tak kena.. darah gemuruh yang selamanya ada dalam diri dah tak dapat disembunyikan lagi.. menyerbu keluar tanpa dapat ditahan.. perlahan-lahan aku seakan hilang arah.. kaki melangkah semakin perlahan dan berat.. debaran di hati usahlah dicakap lagi.. rasa nak meletup dada waktu tu.. sampai ke tangga.. kaki makin menggigil dan pada mata tangga kelima kakiku sudah tak mampu digerakkan lagi.. Allah.. rasa nak berkesot naik tangga waktu tu 😅

Dalam keadaan separuh sedar tu aku terasa ada tangan memimpin aku naik anak tangga satu persatu.. sambil diiringi suara memujuk.. 

" Mari saya tolong awak.. jangan risau.. result awak ok"

Aku tau itu suara cikgu tapi minda di bawah sedar aku tak dapat mengecam suara siapa.. dahsyat betul penangan result SPM!  😆

Akhirnya dengan bantuan cikgu yang tak dapat dikenali, aku berjaya menapak sehingga ke pejabat dan menerima keputusan SPM 1996 dengan jayanya.. walaupun bukan berjaya dengan cemerlang tapi cukuplah menghilangkan darah gemuruh yang menyerbu secara tiba-tiba.. terasa terus aura panas dalam badan selepas sejuk mencengkam sampai tak boleh bergerak tadinya.. Alhamdulillah..

Itu cerita lebih 20 tahun dulu.. bila diceritakan semula pun aku boleh terasa waktu kaki gigil melangkah tu.. jadi aku sangat faham apa yang calon SPM hari ni rasa.. apapun rasa itu.. teruskan melangkah walau ada ketika terpaksa dipapah orang lain untuk terus bergerak.. 

Jadi diri sendiri.. apa yang diterima adalah apa yang kita usahakan.. tiada kejayaan tanpa usaha.. dan usahalah selagi berdaya..

Tetiba terdengar lagu ni tadi...

🎶 Don't you ever wish you are someone else

You are meant to be the way you are exactly 

Don't you ever say you don't like the way you are

When you learn to love yourself you are better off by far

Believe in yourself reach down inside

The love you find will set you free

Believe in yourself you will come alive

Have faith in what you do you will make it through 🎶

Ceritaita

Khamis, 7 Mac 2019

Kenapa aku hilang?

Assalamualaikum semua,  lama sangat rasanya aku tak coretkan kisah hidup dalam blog ni.. sejujurnya aku mula rindu saat berblog yang cuma berkisar pasal hidup sehari-hari bersama keluarga tercinta.. rindu zaman mengetahui kisah kawan-kawan yang pernah seperjuangan sama ada di sekolah.. di universiti dan di tempat kerja lama yang satu masa dulu pernah jadi persinggahan.. rindu jugak membaca blog rakan-rakan yang minat menulis yang sentiasa membekalkan kata-kata semangat untuk insan lain.. 

Kenapa aku hilang? ~gambar ihsan google~


dulunya ramai yang menulis untuk berkongsi kisah.. terutama di zaman internetnya belum begitu maju.. masa tu boleh kira dengan jari siapa aje yang ada telefon pintar.. belum lagi disebut facebook pada waktu tu.. blog bagaikan media penghubung yang digemari semua.. tapi lama ke lamaan bila wujudnya media lain yang makin canggih.. blog semakin maju fungsinya.. bukan saja media penghubung tapi juga menjana pendapatan yang berlipat kali ganda bagi sesetengah pemiliknya.. 

namun aku waktu itu masih lagi setia meletakkan blog rakan-rakan dalam senarai wajib dijengah setiap minggu.. terutama jika ada kisah lucu anak-anak yang dikongsikan sepanjang mereka membesar.. walau jauh kami rasa rapat dan sangat mengenali anak masing-masing.. masing-masing akan singgah dan meninggalkan komen yang ikhlas tanpa ada paksaan.. dikomen ikhlas dari hati dan tiada dengki.. ada juga diselitkan kenangan lucu dari setiap komen.. 

tapi... entah kenapa.. tiba-tiba kegembiraan berkongsi cerita ini hilang dari rakan-rakan.. aku yang sejak bekerja memang sudah mula kekurangan kawan mula terasa sangat kesunyian.. masing-masing berkongsi kisah di media lain yang lebih cepat dan pantas.. dan akhirnya blog dilupakan.. malah ada antaranya agaknya sudah lupa kata laluan ke blognya juga.. sesungguhnya aku rindu korang.. 

jadi aku mula menukar corak penulisan.. mengikuti perkembangan blog terkini.. juga sibuk nak sertai mana-mana kumpulan blog yang aku rasakan boleh jadikan aku lebih maju dalam apa yang minat.. tapi akhirnya aku sedar dan aku tarik dari dari semuanya.. sebab aku tak sekuat mereka semua.. untuk menukar diriku yang sebenarnya seorang ambivert yang lebih cenderung kepada intovert adalah agak susah..  mungkin tak ramai yang faham atau cuba faham.. dalam kebanyakkan masa aku orang yang lebih suka duduk sendiri berkurung di rumah dari berjumpa ramai orang.. cuma ianya agak kontra dan berlawanan dengan kerjaya yang aku pilih.. untuk bekerja dengan haiwan kita jugak perlu bekerja dengan tuannya..  jadi aku terpaksa menjadi extrovert dalam kebanyakkan masa bekerja.. dan selalunya akan jadikan aku lebih tertekan.. 

dalam dunia blog juga rupanya begitu.. kau perlu menjadi seorang extrovert untuk lebih berjaya kecuali kalau kau buat blog masakan dengan gambar yang sangat menarik.. aku bukanlah orang sesuai.. ambil gambar pun skill ke laut dalam selalunya.. jauh lagi la kalau memasak.. sangat gagal hendak dijadikan rujukan.. bila berpindah ke Kuala Lumpur.. aku fikirkan ianya permulaan baik untuk aku teruskan minat dalam berblog.. rupanya tidak.. aku yang sememangnya berasal dari kampung tidak sesuai dengan kehidupan di bandar besar ini.. juga keluarga kecil kami.. dalam realitinya kami sangat struggle untuk hidup.. kami memang orang kampung! 

dan akhirnya aku tersedar.. aku punya minat yang sangat berlawanan dengan personaliti..  yang mana aku sendiri cuma nafikan dari apa yang aku buat.. sampai satu tahap hati kecil rasa meronta nak meluah.. APA YANG KAU SEDANG CARI ITA? 

aku teringat impian aku satu masa dulu.. waktu berangan nak jadi vet.. berangan kononnya aku akan ada ladang integrasi lembu atau kambing yang aku usahakan sendiri tanpa gangguan sesiapa.. juga berangan nak miliki kedai buku untuk mengisi masa lapang berehat dari kerja di ladang memenuhi masa dengan hobi membacaku.. tapi bila dah memasuki alam pekerjaan baru aku sedar semuanya bukan semudah menulis di atas kertas begitu saja.. ianya bukanlah impian yang boleh jadi kenyataan semudah berkata-kata.. ianya perlukan pengorbanan terutama dari usiamu.. 

bila dah menganjak umur ke 40.. aku lebih tersedar.. aku semakin jauh dari angan-angan zaman mudaku.. lagi sekali aku tertanya.. APA YANG KAU SEDANG CARI ITA?  

aku tiada jawapan untuk soalan itu.. sehingga aku terbaca kisah Michelle Phan.. seorang youtuber terkenal sejak bertahun lalu.. aku tak pernah kenal pun dia.. sebab aku bukanlah peminat barang kecantikan sejak dulu.. tapi aku kenal dia bila dia mula meninggalkan YouTube yang merupakan satu platform dia mencipta nama dan menjana pendapatan dengan jayanya.. semuanya bila aku tertengok videonya yang bertajuk.. "Why I Left".. 

terkesan sungguh bila tengok video tu.. terasa apa yang dia lalui tu sama macam apa yang aku rasa walau aku tidak dikenali sesiapa pun.. "Kita takkan merasa gembira jika kegembiraan yang kita cari adalah bukan untuk gembirakan hati kita".. 

aku mula jauhkan diri dari media.. termasuk facebook dan instagram yang biasanya aku akan update setiap hari.. aku silent semua notifikasi..  termasuk whatsapp.. aku abaikan semuanya.. termasuk blog.. tambahan pulak waktu tu aku tengah dalam keadaan tak berapa sihat badan dan emosi.. apa yang aku rasa waktu tu?  

aku rasa lebih bebas.. aku rasa jadi diri aku yang sebenar.. tak tau nak digambarkan macamana perasaannya.. cuma lega.. macam terlepas dari beban yang sangat berat.. 

tapi bukanlah selepas aku mencoret luahan rasa ni aku akan meninggalkan blog,  facebook dan instagram buat selamanya.. aku kena bagitau tu sebab nanti ada pulak yang kata.. "Tulis beria-ia rupanya masih sama".. aku tetap akan tulis terutama mana-mana tugasan yang tertunggak di saat aku kecelaruan emosi beberapa bulan lepas.. 

cuma aku akan lebih menulis pada apa yang aku suka dan pada apa yang aku rasa akan mengembirakan aku.. dan pada apa yang aku rasa perlu.. dan apa yang aku rasa nak simpan sebagai kenangan samada di facebook,  instagram atau di blog.. aku nak sangat balikkan niat pada blog ini sebagai saham akhirat aku yang tak berharta ni.. 

terima kasih pada semua.. terutama pada rakan-rakan yang selalu bagi semangat.. insyaAllah aku akan terus kuat dengan sokongan orang tersayang di sisi.. 

Salam sayang
Ceritaita

Selasa, 12 Februari 2019

Syoknya bercuti di Ipoh

SYOKNYA BERCUTI DI IPOH

Assalamualaikum semua, cuti-cuti dalam Malaysia sangat aku sukakan, dan aku harap korang yang mana sebagai pembaca setia aku, pun suka gak cuti kat dalam negara kita ni. Bukan apa, dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni, kita kena jimatkan kos.. Jimat kos tapi kepuasan tu ke langit barulah syok.. So kali ni aku nak kongsikan tempat-tempat yang syok yang korang boleh pergi kat Ipoh, Perak. Kalau ada plan nak ke Ipoh, artikel ni terbaik untuk korang baca.

Syoknya bercuti di Ipoh


Kalau korang minat ngan theme park korang boleh ke Taman Tema Lost World of Tambun, sebab tempat ni secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park. Kat dry park korang boleh meningkatkan adrenalin dengan naik roller coaster yang sesuai gak untuk kanak-kanak, juga terdapat rumah hantu kalau korang nak lagi thrill. Di samping itu, korang boleh melawat Petting Zoo yang menjadi rumah untuk pelbagai jenis haiwan macam arnab, rakun, ular, zirafah, harimau dan bermacam lagi. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak macam berakit, merentas hutan, meneroka gua, mendaki gunung dan banyak lagi. Kat wet park pulak ada Jungle Wave Pool yang ada kolam berombak yang terbesar di Malaysia, Adventure River pula adalah di mana korang dapat mengelilingi sungai buatan yang agak panjang dengan menaiki pelampung. Aktiviti-aktiviti lain di wet park ini adalah seperti Sandy Bay, Kids Explorabay, Cliff Racer dan Tube Raiders. Aktiviti-aktiviti ini maybe dengar macam agak lasak, tapi jangan risaulah, permainan-permainan ini dibahagikan mengikut kesesuaian umur dan kemampuan pengunjung, jadi datanglah bersama family korang ke sini untuk sama-sama korang dapat pengalaman yang tak akan dilupakan.



The Lost World Of Tambun


Berdekatan dengan Gunung Rapat dan 5 km dari bandaraya Ipoh ada satu gua batu kapur yang besar digelar Gua Kek Look Tong. Pada tahun 1960, gua ini dijadikan tapak perlombongan besi. Kini, gua ni merupakan tokong Buddha yang telah menang pelbagai anugerah disebabkan keindahan lanskap taman yang ada disebalik gua ini. Siapa menyangka akan jumpa pemandangan yang sebegitu indah sebaik sahaja korang keluar daripada terowong gua ini? Sebaik sahaja korang sampai ke taman ini, korang akan dapat mendengar kecohnya bunyi burung-burung dan angsa yang dipelihara di sini. Yang lebih cool lagi, korang boleh beriadah di sini sebab terdapat jalan yang disediakan untuk berjogging mengelilingi dua tasik yang indah. So korang boleh exercise sekaligus kat sini. Taman ini juga memiliki salah satu daripada laluan refleksologi pejalan kaki yang terpanjang di Ipoh. Waktu yang terbaik untuk korang melawat gua dan taman ini adalah pada waktu pagi supaya korang dapat menikmati keindahan taman ini di samping udara yang menyegarkan.




Rumah yang ada kat Jalan Market, Ipoh ni dipenuhi dengan ilusi optikal dan magikal yang dibuka pada tahun 2015. Masa yang diorang ambil dalam proses menyiapkan semua lukisan-lukisan adalah dalam sekitar empat bulan. Terdapat lapan orang pelukis yang terlibat dalam projek ini. Fantasy House Trick Art ada empat bahagian yang berbeza antara satu sama lain dari segi tema diorang. First sekali adalah galeri yang memaparkan bandaraya Ipoh, yang kedua adalah bahagian rumah terbalik ataupun upside-down house, yang ketiga adalah dunia fantasi dan yang terakhir sekali bertemakan Bilik Penderaan. Pasti korang pernah tengok gambar-gambar orang yang pernah datang ke tempat ini kan? Interesting gila. korang jugak akan dapat balik dengan foto-foto yang surely akan menjadi sebab staff di sini akan tolong korang ambilkan gambar free of charge.



Jadi sudah tentu kalau korang nak pergi tempat-tempat ni korang kena stay beberapa hari kat Ipoh. Tapi korang taktau nak stay kat mana? Jangan risau, kat Traveloka web apps atau smartfon apps boleh listkan hotel-hotel yang available kat Ipoh dengan harga ikut kesesuaian korang. Korang boleh buat research kat Traveloka je, dari segi review, apa yang ada kat hotel in Ipoh ni, dan juga lokasi hotel tu. Semua info ni cuma ada di hujung jari je sekarang. Jadi apa nak tunggu lagi kan? Pegi buat research cepat.

Ceritaita

Isnin, 4 Februari 2019

Makan-makan di D'Kayangan Steamboat Shah Alam

assalamualaikum semua,  cuti panjang ni korang semua ke mana je?  kalau aku memang aku habiskan masa untuk bersama keluarga yang tersayang dengan aktiviti macam-macam la.. tapi kalau dapat bersama ni tentulah lebih best kalau kita luangkan masa untuk nikmati makanan yang best bersama keluarga kan? 

Makan-makan di D'Kayangan Steamboat Shah Alam


sebab tu aku nak kongsikan dengan korang pasal satu tempat makan yang best dan patut korang masukkan dalam senarai tempat wajib singgah bersama keluarga la..  tempatnya yang aku nak kongsikan ni ialah D'Kayangan Steamboat BBQ di Shah Alam.. tempat yang memang sangat sesuai untuk aktiviti makan beramai-ramai bersama keluarga!

D'Kayangan Steamboat Shah Alam


kenapa aku cakap macam tu?  sebab siapa yang singgah sini pasti akan singgah lagi ke D'Kayangan Steamboat BBQ ni..  antara 5 sebab kenapa tempat ni menjadi pilihan bagi keluarga yang menggemarkan seafood atau makanan laut.. ialah..




1. Pilihan makanan laut yang sangat banyak

Yang ni aku tak nafikan la ya.. sebabnya korang tengok je la pinggan yang aku tunjuk antara hidangan kami pilih malam kami pergi tu.. bermacam jenis kerangan dihidangkan.. sampai rambang mata dibuatnya.. bukan kerangan je.. ada jugak udang, ikan dan sotong yang sangat segar!

Kerang-kerangan segar


2. Daging dan ayam yang diperam dengan bermacam pilihan perapan dan sos pencicah

Ada pelbagai pilihan sesuai la dengan citarasa keluarga macam kami.. maklumlah kalau dah datang dengan anak-anak kecil ni.. mula la kadang jadi memilih sikit.. ada yang tak makan pedas la.. tapi ada pulak yang suka extra pedas.. jadi bila ada banyak pilihan masing-masing tak bergaduh la nak yang mana satu kan.. takde jugak isu pilih kasih.. hehe..

Berderet pilihan daging perapan dan ikan


3. Bukan hanya makanan steamboat!

Ya bukan hanya makanan steamboat iaitu kaedah rebus-rebus je dihidangkan di sini tapi siap ada ruangan untuk kita panggang atau barbeque atau grill daging atau makanan laut kita untuk dicicah dengan sos pencicah pilihan.. best kan!

biasa kalau kerja panggang memanggang ni memang kakak suka la



4. Kawasan yang luas dengan parking yang percuma

Yang ni memang aku rasa jadi kesukaan semua orang la kan.. maklumlah kat bandar besar ni semua benda nak kena bayar tapi alhamdulillah kat sini parking mudah,  luas,  selesa,  selamat dan jugak percuma disediakan di sekitar kawasan restoran. Jadi korang boleh makan dengan tenang dan damai tanpa fikir bayaran tambahan untuk parking.. Memang berbaloi la!



5. Ada promosi khas bagi pelanggan! 

CABUTAN BERTUAH "MAKAN DAN MENANG" DI D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ SHAH ALAM

Syaratnya mudah sahaja ! Belanja RM100 dalam satu resit, dapatkan borang penyertaan dan tulis butiran yang di kehendaki utk memenangi hadiah2 menarik seperti :                                                                                      Hadiah Pertama : Skuter 
Hadiah kedua : TV 60 inci
Hadiah ketiga : Basikal Mountain bike
Hadiah Saguhati : Voucher dinner steamboat

Tempoh peraduan : 31hb Disember 2018 hingga 29hb Mac 2019 jangan tunggu dekat-dekat tarikh tutup ye ! Datang sekarang dan terus join! Haaa tunggu apa lagi tu? 



Bagi kami pulak ni memang pengalaman yang sangat best untuk kami sekeluarga.. peluang makan bersama keluarga dengan bermacam pilihan makanan laut yang ada memang kami nikmati dengan sangat senang hati dan selesa di sini.. waktu kami sampai tu agak dah petang dan menghampiri waktu maghrib.. maklumlah kalau dah makan dengan anak-anak bukan boleh siap cepat pun kan.. mesti meleret waktu makannya tu nanti.. tapi alhamdulillah dengan adanya surau selesa yang disediakan kat sini.. amatlah membantu kami dan tak perlu berkejaran ke sana sini.. 

Ada disediakan 2 jenis sup di sini.. sup ayam dan tomyam.. tapi kalau korang nak rasa yang lebih mantap aku cadangkan korang ambik kuah sup tomyam untuk digandingkan dengan pilihan steamboat dan bbq yang korang pilih.. rasa tomyamnya yang sedap dan sesuai je untuk semua peringkat umur.. anak-anak pun suka je makan dengan kuah ni.. dan kuah ni korang boleh refill unlimited tau.. ikut suka la nak tambah berapa banyak pun sepanjang makan tu..

kami ambik kuah tomyam


Dari segi pilihan makanan,  jangan risau la kalau korang datang dengan perut kosong ke sini.. yang sememangnya aku nasihatkan datanglah dengan perut kosong.. hahaha.. pasal pilihan yang ada tu akan buat korang terdiam la nak ambik yang mana satu dulu.. ada bermacam jenis pilihan makanan laut yang segar.. memang sangat puashati kalau nak datang sini untuk makan seafood.. 




Ada jugak pilihan nasi dan mee serta pasta yang siap dimasak bagi pelanggan yang rasa dia takkan kenyang dengan hanya makan makanan steamboat dan bbq.. jadi kalau rasa selera tu besar jangan risau ok!  Korang pasti akan kenyang sampai tak larat nak jalan balik.. hahaha.. eh ada juga pencuci mulut macam kek..  kuih muih.. aiskrim.. abc dan cendol..  yang ni memang best la untuk bebudak.. sebab boleh ambik sendiri banyak mana pun diorang nak.. dan lagi best untuk bebudak ada disediakan khidmat badut dan photobooth jugak kat sini tau!  Anak-anak kami memang enjoy la dengan badut yang pandai melayan tu..

Kek dan buah-buahan

Aiskrim!

pilihan air panas dan sejuk juga abc

makanan siap dimasak termasuk pasta

pilihan mee


Eh lupa pulak nak bagitau kalau hujung minggu Sabtu dan Ahad kat sini akan buka seawal jam 3 petang hingga jam 12 pagi.. dan untuk korang datang awal pada jam 3 petang boleh dapat potongan harga sebanyak 10% tau!

D'Kayangan Steamboat & BBQ


Harga:
Dewasa RM 33.00nett
Kanak2 RM 12.50nett
Kanak2 bwh 4thn : PERCUMA !!

Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)

📲 Jom booking ramai-ramai. Call Cik Citra atau click je link kat bawah ni.. sungguh mudah untuk booking.. cuma whatsapp je! 


Ceritaita

Isnin, 28 Januari 2019

Mencuba Body Sparkling Mist By Titi Kamal dan Althea's Pore Purifying Serum Cleanser

Assalamualaikum semua,  baru ni aku cuba 2 lagi produk yang best dari Althea.. Setiap kali memang aku akan ambik masa untuk cuba sendiri produk dari Althea ni sebelum tulis di blog.. kiranya akan ambik masa sikit.. lepas dah cuba baru berani nak tulis kan.. dan kali ni aku cuba Body Sparkling Mist by Titi Kamal dan Althea's Pore Purifying Serum Cleanser..

Stay Fresh Body Sparkling Mist x Titi Kamal


Masa mula-mula terima lagi anak dara kecik aku dah excited dah nak cuba Body Sparkling Mist ni.. tak sabar dah dia.. siap tanya banyak kali.. yang ni budak-budak boleh pakai kan? Hahaha.. sebabnya setiap kali ada barang sampai mesti barang make up yang sewaktu dengannya.. jadi haruslah aku cakap bebudak tak boleh pakai kan.. aku pulak jenis malas nak layan budak kecik yang belum cukup umur sibuk nak make up bagai ni.. kang tak pasal rosak kulit muka yang masih mulus lagi tu kan.. jadi kali ni memang dia gembira extra sikit la kiranya.. ada barang akhirnya yang boleh dia cuba! 

Suka haa budak ni sekali dapat try


Tapi aku pun ok je untuk kakak Husna cuba sebab bau Body Sparkling Mist lembut je sebenarnya.. ada bau ala-ala gabungan peach dan oren yang manis digabung dengan bau bunga rose yang lembut.. kira sesuai je la kalau untuk semburan ringan di badan pada bila-bila masa.. kira untuk kakak Husna ni ok la jugak.. kuranglah bau masam bila masa dia aktif sangat tu haa.. hehehe..  

Cuma RM35 je


Dan aku memang cadangkanlah untuk yang nak cari body mist yang ringan tapi ada bau lembut dan manis.. harga dia pun taklah mahal mana.. cuma RM35 untuk sebotol yang 100ml.. mudah pulak tu nak masuk dalam beg tangan untuk bawak ke mana-mana.. itu jugaklah yang kakak Husna buat.. biasalah bila dah memunya tu.. hehehe.. 

Produk kedua ni aku pulak la cuba.. takkan nak bagi budak kecik tu pulak kan cuba.. Pore Purifying Serum Cleanser ni kan.. waktu aku dapat lagi aku dah tak sabar rasa nak cuba.. dan akhirnya aku simpan untuk kegunaan kat pejabat je sekarang ni.. sebabnya kenapa tau? sebab selama ni aku memang nak sangat cari pencuci muka yang mudah nak dibawa ke pejabat dan boleh guna di antara waktu rehat.. kiranya nak cari yang dua dalan satu la gitu.. boleh cuci muka sambil boleh sediakan muka untuk sapuan solekan ringkas di setiap kali selang waktu solat fardhu.. 

Althea's Pore Purifying Serum Cleanser 


Mesti ada yang ada masalah macam aku ni kan?  bila nak cuci muka untuk solat tu leceh sikit sebab nak cuci bersih bekas make up atau bedak dan lipstik sekurang-kurangnya.. lepas tu bila dah solat nak kena pakai balik bedak dan lipstik tu sehinggakan nak tunggu waktu asar nanti.. kadang-kadang tu sampai rasa malas nak sapu apa-apa pun lepas solat zuhur sebab malas nak cuci muka lagi sebelum solat asar.. ada tak macam tu? 

Kalau ada yang jawab ada aku rasa sesuai sangat la untuk korang try Pore Purifying Serum Cleanser ni.. Sebab ianya merupakan pencuci muka yang berasaskan pembersih dan serum.. di samping boleh hilangkan kesan kotoran,  make up dan kesan minyak kat muka.. ia juga boleh melembapkan kulit dan mengurangkan ruang pori di kulit wajah.. sekaligus melembutkan kulit wajah.. dan yang paling aku suka ianya direka untuk sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif macam aku ni.. 

Althea's Pore Purifying Serum Cleanser yang berlatarkan permandangan KL


Kandungan dia yang mengandungi estrak daun mint untuk menyejukkan kulit, minyak biji jojoba pulak membantu melembapkan kulit serta estrak daun teh hijau yang mengandungi antibakteria.. Harganya pun sangat berbaloi kalau dibandingkan dengan kualiti serum pencuci yang dibuat dari Korea ni.. cuma RM33 bagi setiap botol mengandungi 150ml serum pencuci.. 

Korang boleh dapatkan dua produk ni dari laman web rasmi Althea ya.. ingat hanya beli yang original! 

Laman Web  : Althea

Ceritaita

Sabtu, 12 Januari 2019

Hadiah apa yang akan diberi pada pasangan?

Assalamualaikum semua,  dah tengah malam ni baru bertenang sikit rasa nak menulis.. sebenarnya ada sesuatu yang terlintas di fikiran aku saat ni.. soalan dari seorang rakan di facebook.. Hadiah apa yang korang bagi pada pasangan di hari kelahiran korang?  pada aku yang membaca soalan tu merasakan sangat aneh soalan yang ditanyakan sebenarnya.. 

Hadiah apa yang akan diberi pada pasangan? 


Maunya tak aneh.. kita nak bagi hadiah pada orang lain di hari kelahiran kita sendiri? memula rasa macam pelik tapi bila difikirkan balik betul jugak.. kita patut ucapkan terima kasih atas apa jua jasa yang orang berikan kepada kita.. baik besar atau kecil.. macam orang tolong sapukan bilik.. orang tolong basuhkan baju.. wajarlah kita ucapkan terima  kasih.. 

Jadi apalah salahnya kalau kita dapat beri ucapan terima kasih pada orang yang banyak jasanya kepada hidup kita terutama ibu kita yang melahirkan kita ke dunia.. untuk ayah yang membanting tulang dan tentunya menjadi orang paling gembira menimang cahayamata yang dilahirkan oleh isteri tercinta.. juga buat pasangan yang banyak berkorban tanpa kita sedar.. terutama hadiah untuk lelaki yang kita sayang.. 

4 langkah je dah siap DIY gift

Dan rasanya boleh juga kita gantikan ucapan terima kasih tu dengan hadiah.. lebih menarik lagi kalau hadiah tu kita yang cipta sendiri dengan kaedah DIY atau "Do It Yourself " kan.. tentunya lebih menarik dan akan sentiasa disenangi oleh penerimanya nanti.. penerima akan terasa lebih dihargai dalam masa yang sama.. seronok kalau dapat buat macam tu kan? 

Ada banyak pilihan untuk dijadikan hadiah istimewa 


Aku ni walaupun dah terlepas beberapa hari tapi rasanya masih belum terlambat kot nak buat perkara yang sama.. jadi aku pun tinjau-tinjau laman web mana yang tawarkan promosi yang menarik.. disebabkan dulu aku pernah berurusan dengang Printcious, jadi aku tak ragu-ragu rasa nak buat urusan sekali lagi dengan Printcious ni.. kalau dulu sibuk beli hadiah hari lahir orang lain termasuk anak-anak.. kali ni aku nak buat hadiah orang lain di ulangtahun aku pulak.. mesti menarik kan? 

Antara tawaran promosi untuk minggu ni.. 


Kita mulakan tahun ni.. mana tau dengan cara ni akan bertambah-tambah kasih sayang antara kita dengan orang tersayang kan.. apa je yang best untuk aku buat hadiah ni?  kalau jadi korang yang mana rasa nak pilih dari senarai di bawah ni? 

Antara pilihan yang memukau di mata aku ni.. 


Kalau buat T-shirt tu macam best jugak kan?  Boleh jugak kalau kita buat hadiah lain macam bantal tu ke kan? Lepas tu tulis sesuatu.. macam.. 

CINTA

C Cinta perlu datang dari hati. 

I Indah di mata juga di hati. 

N Nikmatinya selagi peluang diberi

T Tanpanya hidup akan mati

A Ada dalam diri setiap insani

Amacam menarik tak?  Eh bila baca-baca terasa macam sesuai dibuat hadiah untuk Valentine Day je ni.. maklumlah hal cinta-cinta ni berkait rapat dengan Hari Berkasih Sayang.. Kebetulan pulak tengah ada pelbagai promosi dari Pihak Printcious ni haa.. 

Maklumat lanjut boleh dapat didapati dari laman web kat bawah ya nanti.. jangan lupa order dan cerita jugak apa yang korang beli nanti ya! 

Laman web Printcious :
www.princious.com/my (Malaysis) 
 www.printcious.com/nz (New zealand), www.printcious.com/au (Australia) dan www.printcious.com/sg (Singapore).

Ceritaita

Selasa, 8 Januari 2019

Selamat Tahun Baru 2019!

assalamualaikum semua,  dah masuk tahun 2019 dah pun.. 2018 dah selamat berlalu pergi.. meninggalkan seribu satu kenangan buat kami sekeluarga.. termasuk perubahan paling besar yang kami buat iaitu berpindah ke Kuala Lumpur.. namun Kuantan akan selalu di hati kami.. 


Selamat Tahun Baru 2019!


banyak sangat kenangan manis kami sepanjang tahun 2018 yang lalu.. antara yang akan kami kenang ialah kejayaan Abg Long mendapat 8A dalam UPKK.. tak sempat lagi aku nak tulis pasal kejayaan tu dalam blog ni.. insyaAllah satu hari akan aku tulis jugak.. sekadar buat penghargaan buat si anak.. 

bagi mereka yang kenal aku selama ni tentu tau sangat yang aku tak pernah pun kongsikan apa jua keputusan peperiksaan anak-anak.. biar baik atau pun tidak.. bimbang sangat akan ada yang mengata kami menunjuk-nunjuk.. tapi kejayaan anak yang satu ni aku kongsikan akhirnya.. bukan kerana nak menunjuk..  jauh sekali.. cuma aku sangat berbesar hati dan bersyukur Allah kurniakan rezeki tak ternilai buat kami yang rasanya sangat tak padan dengan apa yang kami balas kepadaNya.. Allahuakbar.. 

tidak hanya itu.. Allah bagi rezeki berganda lagi bila aku dapat surat kenaikkan pangkat.. walau hakikatnya kami takkan dapat apa pun pertambahan pendapatan dari perpindahan ini.. banyak sangat kami kena korbankan tapi Allah memang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani bila Dia berikan rezeki dalam berbagai cara buat kami.. 

Allah berikan anak yang cemerlang.. Allah hadirkan sahabat yang sangat baik dan mempercayai saat kami memerlukan.. Allah beri kami masa untuk jenguk orang tua kami yang masih ada.. semua tu rezeki yang tak ternilai buat kami.. sehingga tak terluah rasa syukur padaNya.. 

Buat semua rakan dan pembaca setia.. maaf kerana kesibukan aku menghadap dunia sehingga aku mengabaikan kecintaan aku terhadap hobiku yang satu ni.. dapat menulis hari ni pun rasa sangat puas.. semoga akan ada rezeki buat aku untuk menulis lagi.. Selamat Tahun Baru 2019 buat semua jugak ya.. semoga tahun 2019 memberikan lebih kejayaan buat semua! 

Ceritaita