Khamis, 14 Mac 2019

Kenangan SPM 1996

SPM 1996

Kenangan lebih 20 tahun dulu.. tua dah makcik ni rupanya.. 😅

Kenangan SPM 1996 ~gambar ihsan google~


Zaman aku SPM dulu, masih menggunakan sistem pangkat dan agregat.. masa tu orang mesti akan tanya keputusan SPM dengan soalan..

"Kau dapat pangkat berapa? "

Masa tu ada pangkat 1,2 dan 3.. kalau tak salah agregat dikira dari 6 matapelajaran yang terbaik termasuk 4 matapelajaran wajib dan 2  matapelajaran elektif..   maaf la kalau info ni salah.. lama dah aku tinggalkan zaman persekolahan.. 

Tapi antara yang tak dapat dilupakan waktu hari mengambil keputusan peperiksaan SPM.. memang takkan lupa sampai bila-bila.. 

Aku tinggal di Kluang,  dan bersekolah di Muar pada waktu tu.. cuma ada satu je pengangkutan yang menghubungkan daerah ini yang mampu dinaiki oleh semua orang pada masa tu.. tak terkecuali aku jugak.. walaupun keputusan akan diumumkan hanya selepas jam 10 pagi seperti kebiasaannya tapi aku terpaksa keluar awal untuk menaiki bas awam.. bas yang cuma ada setiap 2 jam sekali keluar dari perkampungan kami.. dan akan menaiki bas berhenti-henti di setiap perhentian dan akan berganti bas di setiap daerah.. hinggalah sampai ke destinasi.. biasanya akan ambik masa tak kurang dari 3 ke 5 jam walau jarak perjalanan tak sampai pun 150 km..  azabnya zaman dulu kan 😅

Sampai di pagar sekolah dah agak lewat jugak.. waktu tu rasanya macam dah jejak pukul 11 lebih pagi.. kebanyakkan kawan-kawan dah selamat balik dengan keputusan masing-masing.. ada jugak dengar bermacam cerita dari  kawan-kawan yang terserempak di dalam kawasan sekolah waktu tu.. pasal pelajar yang cemerlang siapa dan sebagainya.. 

Tapi waktu tu.. aku rasa aku cuma berada dalam duniaku sendiri.. aku seolah-olah tak sedar apa yang berlaku di sekitar.. fokus aku cuma satu KEPUTUSAN SPM!

Sambil dalam hati berkata apalah yang bakal aku dapat.. pejabat sekolah kami berada di tingkat satu.. jadi untuk ke pejabat kami kena melalui tangga tengah untuk ke tingkat satu.. waktu melalui astaka (tempat rehat) yang berdekatan dengan tangga aku dah rasa sesuatu tak kena.. darah gemuruh yang selamanya ada dalam diri dah tak dapat disembunyikan lagi.. menyerbu keluar tanpa dapat ditahan.. perlahan-lahan aku seakan hilang arah.. kaki melangkah semakin perlahan dan berat.. debaran di hati usahlah dicakap lagi.. rasa nak meletup dada waktu tu.. sampai ke tangga.. kaki makin menggigil dan pada mata tangga kelima kakiku sudah tak mampu digerakkan lagi.. Allah.. rasa nak berkesot naik tangga waktu tu 😅

Dalam keadaan separuh sedar tu aku terasa ada tangan memimpin aku naik anak tangga satu persatu.. sambil diiringi suara memujuk.. 

" Mari saya tolong awak.. jangan risau.. result awak ok"

Aku tau itu suara cikgu tapi minda di bawah sedar aku tak dapat mengecam suara siapa.. dahsyat betul penangan result SPM!  😆

Akhirnya dengan bantuan cikgu yang tak dapat dikenali, aku berjaya menapak sehingga ke pejabat dan menerima keputusan SPM 1996 dengan jayanya.. walaupun bukan berjaya dengan cemerlang tapi cukuplah menghilangkan darah gemuruh yang menyerbu secara tiba-tiba.. terasa terus aura panas dalam badan selepas sejuk mencengkam sampai tak boleh bergerak tadinya.. Alhamdulillah..

Itu cerita lebih 20 tahun dulu.. bila diceritakan semula pun aku boleh terasa waktu kaki gigil melangkah tu.. jadi aku sangat faham apa yang calon SPM hari ni rasa.. apapun rasa itu.. teruskan melangkah walau ada ketika terpaksa dipapah orang lain untuk terus bergerak.. 

Jadi diri sendiri.. apa yang diterima adalah apa yang kita usahakan.. tiada kejayaan tanpa usaha.. dan usahalah selagi berdaya..

Tetiba terdengar lagu ni tadi...

🎶 Don't you ever wish you are someone else

You are meant to be the way you are exactly 

Don't you ever say you don't like the way you are

When you learn to love yourself you are better off by far

Believe in yourself reach down inside

The love you find will set you free

Believe in yourself you will come alive

Have faith in what you do you will make it through 🎶

Ceritaita
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Abam Kie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dapat pangkat berapa tu?