Ahad, 28 April 2019

Nasi Ayam RM2.90 je?

assalamualaikum semua,  lamanya tak menulis.. mood menulis pun dah tercampak mana ntah.. bukanlah tak menulis langsung.. ada je tulis tapi elok je tersimpan dalam draf je tu haa.. bila nak edit je macam ada yang kurang.. ntah apa dia ntah.. tapi kali ni semangat jugak nak menulis balik sebab nak kongsikan pasal kedai nasi ayam murah kat Kuantan masa kami balik baru ni.. mesti ada yang tak percaya betul ke nasi ayam RM2.90 je? haa.. meh aku cerita meh..

Nasi Ayam RM2.90 je? 


kebetulan waktu kami balik aritu adalah anak yang menyebut nak main ping-pong tapi bila tengok raket yang pernah beli dulu dah rosak pun.. jadi dimintaknya la untuk beli baru.. kami pun asalnya nak cari kat kedai yang murah je la kat sekitar Kuantan tu.. jadi kami cadang nak cari kat kedai Eco Shop.. ala.. kedai RM2 yang popular tu.. eh ke korang tak tau?  kalau korang tak tau memang sahlah kami je la kaki shopping kat situ.. haha

tapi bila sampai je kat kedai Eco Shop tu.. tanya dengan pembantu jualan dia kata dah habis.. kecewa la jugak masing-masing.. disebabkan nak menghilangkan rasa kecewa tu kami pun jalan la ke deretan kedai yang ada di hadapan kedai Eco Shop tu.. eh lupa bagitau ini kedai yang dekat Jalan Gambang tau.. depan sikit tu ada Pasaraya Eng Hong.. 

bila dah berjalan tu mulalah jadi lapar pulak kan.. kebetulan pulak ternampak kedai makan kat deret kedai kat situ.. ada satu kedai ni menarik la pulak pasal dia ada tulis dia jual nasi ayam dengan harga cuma RM2.90.. korang mesti cakap biar betul RM2.90 je kan? Kedai makan ni namanya Restoran Bummbu Nasi Ayam..  ketahuilah bahawa kami pun memula rasa macam tu jugak lepas tu baru la yakin.. 



Nasi Ayam RM2.90 je? 

Tengoklah abg ngah menjeling tu haa.. lambat nau ummi ambik gambar.  haha

gambar ni abg long yang ambik.. nampak aku tak ready tu? 

suasana dalam kedai.. 


dan kami pun cubalah order makan kat situ.. alhamdulillah sedap jugak wei.. berbaloi la dengan harga dia..sebenarnya dia ada la jugak beberapa pilihan untuk orang yang nak nasi lebih banyak atau pakej lebih besar ke.. tapi untuk kami yang set RM2.90 ni sedang elok la.. kenyang la seorang satu set tu.. sedang elok je la.. yang pakej special untuk lebih ayam dan nasi tu harganya RM5.50 dan yang ayam hainan RM6.00..

suasana kedai pun selesa dengan kerusi meja dari kayu pellet.. cantik dan sedap mata memandang..  air yang dijual pun murah-murah je.. jadi kalau datang Kuantan jangan lupa singgah makan nasi ayam kat kedai ni ya..

Ceritaita

Cerita menarik lain

23 Luahan Ikhlas:

Amie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terkejut juga baca harga nasi ayam RM2.90 sahaja. Bila tengok gambar, okeylah tu dengan harganya, diet yang seimbang tu.

Mimie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Eh memang murah sangat dah tu kak. Kira oklah dengan harga macam tuh kan dengan set macam tuh

Warisan Petani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murahnya.
Boleh mintak 2 pinggan ni.

Qaseh Dalia berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murahnya nasi ayam , kat sini mana nak dapat , nasi bajet pun dah 5 hinggit hehe

Sizzling Suzai berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Woww rm2.50! mmg xdpt dh la zmn skg nk kena o jengah ni even dh tmbah nasi dgn ayam pu baru rm5.50 murah tu! btw slm perkenalan dr sy :)

el berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mau tak terkejut nasi ayam RM2.90..bila tengok portion nasi ayam tu baru tau..ada size kecil dan besar..hihi..mcm baru2 ni kami makan ciken chop RM5..bila mai dia datang dgn portion ayam yang kecil..tp oklah janji sedap

CXopportunities berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kenapa murah sangat? Sedap tak? Hihi. Menarik ni dengan harga murah. Puas hati juga ni kan? Boleh bawa famili ni. Memang tak pelik kalau dia habis awal. Heheh siapa yang taknak benda murah dan berbaloi . Nanti boleh try ni

khai artzfar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rasanya untuk budak2 sesuai al kot dengan potion camtu,kalau macam khai ni confirm2 nak lebih ! haha eh tapi untuk diet pun baguslahhhh kenapa lah takda kat shah alam

Hayati Ghazali berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya paling suka shopping kat kedai 2 ringgit tu...selalu terover budget sebab geram je semua barang murah yang amat...

cindyrina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murah and the portion just nice for me. Owner ni pandai buat bisness. At least semua orang merasa makan nasi ayam.At least tak de la membazir sangat.

Hizami Li berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah! nasi ayam RM2.90? biar betik? betik biar? haha! potion dia sesuai dengan harga yang ditawarkan. cukup untuk isi perut. alhamdulillah. payah nak cari harga macam ni sekarang ni.

Mama Kembar Tiga berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murah sungguh tu!

Syamimi Saad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murah harga dia.
Kalau kat tempat lain rasanya susah nak jumpa kan..
Tapi okay la sebenarnya pun.
Sebab kalau family yang anak anak ramai ke, tapi kecik kecik lagi,
Mungkin boleh ambil set macam tu kan.
Makan pun tak membazir.

Fadzi Razak berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Gambar awal tu tengok macam portion dia kecik je. Tapi lepas gaul gaul tu nampak banyak pulak nasi nye.

Nina Mirza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah.... Murah murah! Walaupun Rm2.90 berpadanan dengan portionnya. Ok laaa... Untuk anak-anak gini pun dah cukup dan untuk kita why not?
Bukannya hidup untuk makan... Semoga kedai ni terus sukses!

Kayathre berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murahnya. Kuantitinya pun cukup untuk orang yang makan sikit macam saya. Tak adalah bazir nanti.

Zharif Azis berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

masa baca tajuk tu rasa terkejut jugak. yelahh, zaman sekarang nie, mana dapat nasi ayam 2.90 kan. okaylah tu harga sebegitu dengan portion begitu. berbaloi lah. bagus untuk mereka yg sedang diet

AyuArjuna BiGoshh berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murah giler nasi ayam ni. Sedang elok portionnya. Kalau org yg keluarga ramai bolehlah datang makan kat sini. Moga murah rezeki lagi tauke kedai ni

Slumber Lady berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Berpadanan dengan harga. Ada sayur bagus dah. Tapi memang jarang nak jumpa yang jimat dan sedap.

Thirteen berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnyaaaaa kat Kuantan ada nasi ayam 2.90 dah lah portion sangat not bad. Masih boleh kenyang tuuuuuu. Hmmm KL xnak buat ke. Hehe. Kalau up sikit jadi 5.90 kat KL pun masih boleh layan kan.

Cik Min berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murahnya kak..macam tak caya yang masih ada harga rm2.90 hahhaha nanti nak gi la

penaberkala berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Serious lah harga murah macam tu? Nampak sedak dan mengancam jugak. Nasi ayam ni antara makanan favorite saya.kalah jumpa harga murah macam ni plus sedap pulak tu, memang makan hari hari pun tak apa

Hanny Abdullh berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ehhh murah sangat dah tu..ok lah tu. Masih ada lg ya org yg jual semurah ni, bestnya. Kalau dekat situ memang sis dah terjah dah ni.