Khamis, 27 Jun 2019

Menikmati buah durian isi kuning, sedap dan murah!

assalamualaikum semua,  sekarang ni tengah sibuk musim buah durian kat sana sini kan.. sampaikan aku terliur jugak bila kawan-kawan kongsikan gambar menikmati buah durian isi kuning, sedap dan murah di facebook.. mana boleh tahan kan.. kita asyik tengok je.. pulak tu kali ni musim durian agak menjadi di banyak tempat.. di Johor pun dari mula raya aritu dah sibuk.. cuma kami je masih belum dapat merasa makan durian ni waktu tu..


Menikmati buah durian isi kuning, sedap dan murah!


sebabnya waktu tu kebanyakkan harga masih dalam harga biasa lagi.. bajet pun banyak dihabiskan untuk raya jadi nak keluarkan bajet untuk beli raja buah ni agak payah sikit la jugak.. sibuklah hantu durian kat rumah ni berzikir nak makan durian je kerjanya.. siapa lagi kalau bukan kakak Husna.. dia kalau jumpa durian memang selalunya tak cukup la sebiji tu untuk dia sorang.. jadi kalau harga durian agak tak masuk akal lagi,  janganlah dilawa anak dara ni..

kebetulan pulak aritu Tuan Amir Denaihati ada buat contest gambar raya dan aku antara salah seorang pemenang.. dan lebih dari kebetulan bila aku kena kursus di Setia Alam dalam minggu ni.. jadi sempatlah kami meninjau harga durian di sekitar Klang.. rezeki kami jugak.. adalah durian yang dijual longgok macam 2 biji untuk RM10, 3 biji RM 10 dan 2 biji RM15.. ada jugak yang dijual kilo.. macam D88 tu RM15 sekilo..


ada banyak pilihan kat gerai ni.. kami ambik yang murah-murah je bawah tu..


kami cuma tertumpu kat durian yang murah-murah je la.. maklumlah kalau nak beli yang timbang kilo tu mau dapat makan nanti dua tiga ulas je kan.. tambah zikir lagi anak dara tu.. lagi parah pulak..


tengoklah bersungguh-sungguh dia makan.. mana la sampai hati nak tolak permintaan dia

bila sedar orang ambik gambar


awalnya kami ambik yang harga RM15 untuk 2 biji.. alhamdulillah dapat buah yang elok dan banyak jugak ulasnya.. tapi bila tengok muka kakak Husna tak sampai hati pulak bila dia mintak lagi.. maka kami tambah pulak yang 3 biji RM10.. buahnya elok jugak.. baru lah puas anak dara tu makan sambil jilat jari.. suka pulak tengok.. lupa nak bagitau kali ni cuma kami bertiga je yang makan.. aku,  kakak Husna dengan adik Hadi je yang makan.. yang lain pakat tengok je.. orang taknak kita tak yah sibuk la kan.. kita makan je.. biasalah setiap orang ada kegemaran sendiri kan..


yang depan adik Hadi tu la yang RM10 untuk 3 biji.. baby durian je

isinya kuning dan tebal

tengoklah senyuman gembira kami.. haha

lagi muka gembira penggemar durian


yang penting siap ada permintaan nak makan lagi dari kakak Husna.. peminat memang takkan pernah jemu la kan.. sama la aku kecik-kecik dulu.. siap demam-demam pasal makan durian.. kenangan betul.. rupanya ada jugak anak yang mengikut.. nantilah ya kakak.. kita sambung makan kat Johor.. dengarnya ada orang jual lagi murah.. korang penggemar durian jugak ke?

Ceritaita

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

ray berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

di mana mana jumpe durian skrg

anamizu berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hai kak ita. wahhhh baby durian pun kalau isinya kuning tebal macam tu memang puas hati betul kak hehe


salam kenal,
blog anamizu :)