Khamis, 11 Julai 2019

Cabaran kali ini..

assalamualaikum semua,  lamanya tak tulis kat blog ni.. sibuk sikit 2 minggu ni.. mana nak uruskan kerja.. mana nak uruskan persiapan sikit-sikit termasuk sibuk berulang ke klinik je kerjanya.. dah diuji cabaran kali ini kenalah hadap walaupun tak berapa kuat sebenarnya.. tapi bila Allah dah bagi rezeki tu.. kita terima dan fahamkan jelah hikmah di sebaliknya.. 

Cabaran kali ini.. 


mungkin ada orang dah mula bosan bila aku terpaksa menghilang setiap 2 minggu untuk ke klinik.. apa nak buat.. rutin kali ni berbeza sikit.. kalau dulu waktu Adik Hadi kadar gula dalam darah cuma dikesan sewaktu kandungan menghampiri 35 minggu.. jadi cuma sempat dijadualkan untuk hadiri sesi kaunseling bersama pakar permakanan je la.. mana tau tetiba pulak kedudukan bayi waktu tu tak berapa molek.. jadi dijadualkan untuk pembedahan..

Senarai semak kriteria untuk ujian MGTT


tapi eh tetiba datang serah diri masuk wad nak terbersalin terus waktu 38 minggu tu betul-betul sehari sebelum tarikh pembedahan.. alhamdulillah dipermudahkan urusan waktu tu.. lahir pun senang je..

lebihnya sikit je kan.. frust betul


tapi kali ni agak berbeza.. sangkut pulak waktu ujian pertama untuk uji gula dalam darah dan disahkan mengalami GDM atau nama sebenarnya Gestational Diabetes Mellitus dari awal lagi.. walaupun hakikatnya bacaan tu taklah tinggi sangat pun.. tapi bak kata doktor la.. sekali dah lebih tu kira ada la maknanya.. hmm.. jadi kita belajarlah untuk redha.. 

dijadualkan untuk sesi kaunseling dan dinasihatkan untuk 'diet control' tapi eh.. tetap jugak dia nak melebihi paras yang dibenarkan.. dan akhirnya doktor cadangkan untuk makan ubat bagi mengatasi diri yang berdegil untuk 'diet control'..  apa nak buat kan.. bermulalah rutin kena makan ubat untuk control diabetes ni.. 

doakan jelah aku kuat ya.. banyak dugaan pulak memgandung di usia warga emas ni.. semoga Allah permudahkan segala urusan sampai selamat bersalin nanti hendaknya.. amin.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

moga dipermudahkan ye.
yg penting, emosi kena stabil :)
in shaa Allah.

Warisan Petani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga terkawal BSPnya

Hernee Nazir berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah kak ita.. kita geng GDM.. pregnant yg lepas ni pn GDM melekat hahaha.. lepas habis pantang minum air gula lagi.. sangkut lagi.. nasib baik bukan level diabetes.. doc suruh jaga makan je.. semoga dipermudahkan urusan akak n baby..

Fieza Sani berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah k.ita...moga dipermudahkan baby & ibu sehingga selamat bersalin nnti...