Rabu, 3 Julai 2019

Diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya

assalamualaikum semua, benarlah selalunya kita ni selalu mampu merancang je tapi Yang Maha Kuasa jugak yang akan menentukan apa yang terjadi di masa akan datang.. setelah kami merancang nak balik kampung aritu, manalah sangka kami diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya pulak kat rumah saudara kami di Klang.. siapa sangka kan?

Diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya


kami kena dugaan kereta rosak ni pada hari Jumaat.. rezeki Allah aturkan tu cantik jugak.. walaupun terpaksa jugak bersusah payah.. kereta kami rosak di kawasan Cheras.. bila telefon insuran Ambank kami dia kata boleh hantar perkhidmatan tarik kereta sehingga 25km terdekat je.. tapi shah dah buat keputusan nak mintak tarik sampai ke bengkel sepupu dia di Klang.. salah satu sebabnya ialah shah nak baiki sendiri apa yang rosak tu.. jadi cuma cari alat ganti dan dapatlah jimat sikit dari segi upah..

Diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya

jadi mereka pun tunggulah trak tunda sampai ke petang hari.. siap orang tu salah jalan lagi.. huhu.. dugaan betul.. asalnya aku pulak shah kata dah dapat aturkan pinjam kereta orang untuk ambik aku yang masih di Putrajaya waktu tu.. tapi dah hujung-hujung baru tau ada beberapa masalah yang tak dapat nak elak.. kereta tak dapat pulak! jadi tetiba aku kena buat keputusan untuk naik perkhidmatan awam yang ada untuk ke Klang..


Laluan Komuter yang aku kena lalu

sunyinya stesen di waktu malam kan..


inilah bermulanya cabaran.. waktu tu dah pukul 7 lebih di Putrajaya.. keadaan dah agak sunyi.. ramai yang dah pulang meninggalkan tempat kerja untuk ke rumah masing-masing.. kalau awal sikit mungkin aku boleh la tumpang memana kawan yang ada untuk ke komuter terdekat.. aku lepaskan solat Maghrib dulu di surau.. dan kemudian baru mula plan apa nak buat.. masa tu aku dah cari jugak.. komuter terdekat sama ada Bangi atau Serdang je la.. aku buat keputusan untuk ke Serdang.. aku terus bukak aplikasi Grab dan tempah kereta untuk ke Stesen Komuter Serdang.. 


alhamdulillah rezeki waktu tu.. ada kereta kebetulan lalu dan perlu tunggu dalam 10 ke 15 minit macam tu.. bila dah sampai, aku pun naik.. sempat la berbual dengan driver Grab tu walaupun hati tengah susah juga memikirkan sempat ke tidak nak kejar komuter terakhir ke Perlabuhan Klang.. dari dirver tu rupanya baru tau dia dalam perjalanan balik ke rumah dia.. mujur dia lalu.. nak dapat Grab waktu dan masa tu susah rupanya.. siap dia pesan lainkali suruh bayar dengan tunai je bila di hujung minggu.. jangan guna Grab wallet.. ok akan aku ingat lainkali..

bila dah sampai Stesen Komuter Serdang ni kelam kabut aku pergi top up kad Komuter yang memang aku dah ada.. check baki pun memang tinggal tak banyak.. terus melintas jambatan untuk tunggu komuter kat landasan sebelah.. aku perlu sampai ke Stesen KL Sentral untuk tukar komuter pulak nanti.. dalam lebih kurang 15 minit menunggu akhirnya komuter sampai.. dalam perjalanan ni pun berdoa je harap dipermudahkan perjalanan ni.. masa ni terus lupa makan dan  minum.. fokus nak sampai destinasi je..

shah pulak dalam pada tu kata dah cuba carikan kereta.. nak ambik aku kat KL Sentral.. aku kata jauh jugak tu.. takpe aku usaha dulu terus ke Perlabuhan Klang kalau boleh.. dan sampai je di KL Sentral dalam pukul 8.55 malam.. lega bila tengok jadual perjalanan Komuter ke Klang akan bergerak pukul 9.20 malam.. barulah terasa lapar dan dahaga waktu ni.. anak dalam perut ni usah kata la.. tak berhenti dia bergerak.. lapar agaknya.. jadi aku sempat la curi masa bukak bekal di stesen ni.. ada nasi ayam dari seminar yang aku hadiri pagi tu.. alhamdulillah.. dapatlah alas perut.. mujur nasinya masih elok.. siap je aku suap lebih kurang dan tutup bekal elok je komuter sampai.. awal dari jangkaan.. dalam jam 9.11 malam macam tu.. 

nasi ayam peneman

mujur ada koc ni kan.. kalau tak susah jugak nak dapat duduk


aku terus naik dan teruskan perjalanan ke stesen Kampung Raja Uda, Klang.. alhamdulillah.. aku turun dari komuter dalam jam 11.35 malam.. satu perjalanan yang panjang hari ni.. letihnya sampai hari ni tak hilang.. huhu.. malam tu kami bermalam di rumah sepupu shah dan keesokkannya pulak tunggu shah baiki kereta sampai ke petang hari.. kami bergerak balik ke Johor selepas tu dan tiba dalam jam 2 pagi.. balik semula ke Kuala Lumpur pada hari Ahad jam 3 pagi Isnin sampai depan rumah.. walaupun penat tapi rasa puashati juga.. syukur perjalanan pergi dan balik selamat walau terpaksa tempuhi dugaan kecil.. terima kasih jugak buat kawan-kawan yang mendoakan ya..

lenggang nak sampaikan ke Klang

stesen Kampung Raja Uda pun sunyi..
bermalam dan beraya di rumah kampung yang sejuk ni..


Ceritaita


Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ujian hari raya ya Ita.. Alhamdullilah selesai semua dan dapat juga balik jenguk orang tua kan..

Blog AzlindaAlin Bicara Mummy berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pengalaman kan kak, alhamdulillah selamat semuanya

Cik Nor berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sabar itu indah..

Ksjb berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang dugaan kereta rosak ni. Hanya Allah je yang tahu cabaran orang yang kereta rosak dalam perjalanan jauh ni.

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dugaan.
lama dah aida x naik komuter.
dulu kala selalu naik ke klang.
rumah lama kakak di situ.