Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

mi dah sakit pulak....

salam semua, tadi aku dikejutkan sekali lagi.... shah call kejap tadi kata akak dia ada call.... dia kata mi dah start tak nak makan minum.... mi atau ummi ni sebenarnya atuk pada shah... mak pada mak mertua aku... dulu sebelum mak pindah rumah baru dan bekerja dia yang jaga mi ni... sekarang mi dijaga oleh bapa saudara shah pulak.... tadi mak dah tak pergi kerja dan diorang semua dah standby kat rumah takut jadi apa2.... mi ni dah berumur lebih dari 80 tahun dah... dah tak berapa sihat sejak kebelakangan ni... dia dah tak kenal orang... tak nampak...tak berapa dengar... dan tak berapa ingat... dia selalu ingat benda yang dah lama2... masa cucu2 dia masih kecik2... dulu aku memula tunang dengan shah dia masih sihat lagi...masa tu arwah lek (suami mi) pun ada lagi... dia boleh solat..puasa... lepas tu bila arwah lek dah takde dia makin tak sihat... kadang2 meracau pelik2 tengah2 malam... solat pun dah tonggang langang... kiblat ikut suka... al fatihah pun dah tak betul... lepas tu

pertama dalam sejarah

salam semua, selamat pagi.... rasa segar pagi ni.... walaupun malam tadi 3 kali turun naik katil.... haaa... jangan salah faham lak... fikir biru la tu.... aku tidur atas katil dengan shah.... anak2 tidur kat bawah... takut tergolek... memalam pulak si kecik tu masih menyusu direct kan... jadi bila dia menangis kena la turun bawah pulak.... dah jadi rutin harian pulak dah sejak berpindah rumah ni.... dulu kat rumah lama kami memang berlambak je semua tidur kat bawah.... rumah baru kena semangat dan cara baru pulak la kan.... pepagi ni sempat aku tanak bubur nasi untuk bawak bekal adik kat sekolah... sejak 2 menjak ni dia dah demand nak makan bubur pulak... sebelum ni tak mau kalau disuap pun... dah jemu makan nasi agaknya... sejak gigi dia nak tumbuh lagi 2 batang belah atas tu yang jadi camtu... hari isnin aku buat lauk sardin simple2 cuma tambah asam untuk banyakkan kuah je...lepas tu letak kuah tu atas bubur... gaul2... terus suap kat mulut budak berdua tu... berselera diorang m

muncul semula

salam semua, aha.... aku dah balik... sebenarnya hari ahad lagi aku dah balik tapi semalam cuti lagi luruskan lengan2 yang dah kejang dan lutut2 yang dah longgar kan..... alhamdulillah kenduri berjalan dengan lancar dan baik dan selamat..... bukan kenduri je selamat... makanan pun sama selamat... alhamdulillah  tak banyak yang membazir.... kalau nak kata tak membazir tu membohong la sangat kan... kalau dah nama buat kenduri kendara ni mesti ada yang membazir..... tapi bagus la yang dibuang pun masih tak melampaui batas.... mungkin sebab kali ni abah buat masakan kampung je kot jadinya semua lebihan pun dengan senang hati diterima oleh jiran tetangga... senang diorang nak panas-panaskan buat lauk esok lusa kan.... menu masa hari rewang tu kami buat keladi masak asam rebus dan kacang goreng + hati + pedal dan sambal belacan... hari kenduri pulak lauk ayam goreng, daging masak kurma, masak lemak nangka dengan kaki ayam, asam pedas keladi, sayur goreng jawa, ulam tenggek burung, ik

tinggal sekejap ye...

salam semua, malam ni aku nak balik kampung.... sabtu ni ada kenduri kan.... jadi aku nak tinggal pesan ni.... aku mungkin tak online kalau kat kampung... sibuk dengan kenduri.... nanti kang kalau aku bukak laptop semua sedara kata aku berlagak pulak kang.... hehe.... ceh alasan baik tu..... sebenarnya kat rumah mak aku sana payah noooo line tenet ni nak ok... paling ok pun bukak facebook je... lelain... haram.... kalau blog... header tu je keluar... nyampah nak tunggu.... sempat abis bateri kalau menunggu.... al maklum la mak aku duduk kat bawah gunung belumut.... ala2 cerita orang tua di kaki gunung tu ... bezanya aku takde la jerit2 suruh abah aku kerja kuat macam anak dalam cerita tu.... lagi pun abah aku tak lah menebang balak macam orang tua dalam cerita tu jugak.... meh la datang kampung aku.... boleh gi mandi gunung sekali tau... setau aku free je lagi skrg ni.... hehe... mana nak dapat tempat masuk free kan.... boleh bawak anak beranak famili ramai2... makan... korang sing

ada tragedi tau...

salam semua, korang dah baca dah entry aku semalam.... ala yang ada gambar bebanyak tu.... nyampah kan tengok..hehe... saje je bagi korang rasa kemeriahannya.... biar sampai biru mata hitamku... hahaha.... kalau yang belum baca leh gi SINI . ... sebenarnya aku nak cerita... ada tragedi sebelum mengambil gambar reramai tu.... memula... tragedi oktober... takde la tu saje bagi gimik... sebenarnya tragedi anak bujang sulung aku tu haa... dia pakat merajuk pulak pasal kamera kecik dia tak bawak... sebenarnya adik ipar aku pinjam tapi kami malas nak bagitau dia... dia merajuk pasal semua orang ada kamera... tu yang dia tak wujud masa gambar reramai tu.... tragedi kedua pulak.... hampir2 berlaku pelamin angan adikku musnah tau..... korang nak tau apsal? nampak tak kat gambar tu aku duduk celah2 abah dengan alang aku.... memula andak aku duduk kat tempat aku berdiri tu.... pastu aku dengan konpidennya jalan kat tepi tu nak ke belakang nak menyelit sebelah dia.... sekali kau... aku ter

perkembangan adik...

salam semua, korang jangan terkejut tau aku buat marathon pulak hari ni.... saje je lepas geram... bape hari ni tak dapat menghadap blog ni.... hari khamis aku busy sikit.... jumaat pulak ada lawatan Puspanita gi Kuala Gandah.... sehari tak masuk opis.... eh... korang kalau nak gi kuala gandah tu boleh la pergi sekarang ni dah cantik tempat dia... berubah benar dengan 2 tahun lepas.... lagi satu pergi la sebelum diorang letak harga tiket... yang aku dengar2 macam mahal je tu... kitaorang pun macam nak gi bulan depan je... sebelum dia letak harga kan... hehe... dasar kedekut betul... aku dah lama tak cerita pasal adik najmi kan? dah lupa daratan dah ummi dia sejak 2 menjak ni.... lagi la bila excited nak masuk rumah lagi semua lupa... hehe... sorry la ye.... adik kami ada bawak untuk check up kat hospital macam biasa setiap 3 bulan.... kalau sesiapa yang dah lupa boleh baca cerita adik yang lepas2... adik ada masalah kekurangan darah yang kami masih tak tau punca dia.... buat masa

pindah rumah dah...

salam semua, aku nak buat pengumuman ni... penting tau... mulai sekarang ni kami dah pindah alamat rumah... secara rasminya kami sudah berkampung di Bandar Putra.... bagi kawan-kawan yang sudi nak datang... nak jengah... sila-sila la ye.... tapi calling2 dulu ye... takut la datang tak serupa rumah nanti kan..... dah 2 malam kami tidur kat situ.... anak2 alhamdulillah... tidur ngigau sikit2 je... maklum la rumah baru... yang paling suka abg long la... menjerit2 happy dia dalam rumah.... buat masa ni kami layan radio dan vcd je sebab astro shah pasang tu tak mau jugak bagi sikit pun signal dia.... saje je nak duit la tu.... nampaknya terpaksa la kami membayar jugak pada orang tolong pasang.... sunyi dah bape hari ni..... abg long dah tak nak balik rumah sewa kami lagi... dia kata tak nak duduk rumah kecik.... abg long nak duduk rumah besar aje.... tidur pun dia tak bagi aku tidur sekali kat toto dengan dia dan najmi... dia suruh aku naik atas katil dia kata aku tidur kat toto nanti

gambar majlis pernikahan dan persandingan Uda

Imej
salam semua, lama kan aku tak update... mesti korang dah rindu kan? hehe....... perasan lak.... sebenarnya baru ni aku baru je download avast antivirus free kat tenet ni...pastu tetiba lak takleh nak bukak mozilla... pelik gak aku... rupa-rupanya sekali dia block daaa.... ni aku pun baru je tau cara macamana nak buat.... aku disable avast tu sekejap... boleh la surf tenet jap... huh... payah betul.... eh..eh... lari tajuk lak... dah macam luahan perasan pulak.... ni sebenarnya aku nak tepek gambar uda masa nikah dan kahwin hari tu... ehsan dari along aku... good shot bro... nak part time photographer ke? leh direct kat aku.. nanti dia bagi komisen sikit.... hehe.... sebenarnya aku tak daya nak copy kat sini.... klik kat link facebook je la ye..... klik sini... GAMBAR UDA. ..  kat sini aku letak yg selected je... boleh gitu?

panda kalahkan 2 merak... biar betul....

salam semua... wah... 2 hari yang sangat busy... wei semalam aku ada janji nak letak entry petang kan.... huhu... sesory yek.... aku x sempat nak buat la.... ada kes berlambak2 la.... hari ni pun ada lagi...  jap lagi aku nak gi keluar jap cari langsir untuk rumah lak.... korang pelik ke tengok tajuk kat atas tu? jangan pelik lak.... aku kena demam kungfu panda 2 ni.... memana je ingat panda kiut tu.... hehe... semalam dengan hari ni lak kebetulan kes yang datang pulak burung merak ko... semalam warna putih... hari ni yang cantik warna-warni pulak..... korang nak tau apa aku cakap dengan staff aku... ? aku kata belum buat postmortem lagi aku dah tau nape merak tu mati.... semua blur je tengok muka aku... sah diorang tak tengok cite panda tu lagi kan? aku cite kat shah pulak sesenang je dia jawab.... dah tau dah... kena hempap dengan kapal dia kan... hahaha..... korang faham tak? ke blur gak macam staff aku ni? hehe... moralnya jangan percaya bulat2 apa orang cakap tau.....

lamanya....

salam semua, lamanya tak bersiaran..... rindu dengan korang semua la.... sorry ye busy sikit dua tiga menjak ni.... khamis lepas baru balik dari puspanitapuri putrajaya... ada forum bersama SAMM.... waaa..... nanti-nanti la ye aku update lagi.... ni petang kang nak buat kes kejap...meh kita rehat dulu jom...

welcome back!

salam semua, kejap je dah hari rabu ye? pejam celik pejam celik dah berganti hati... berganti minggu... berganti bulan... lama dah tak update blog ni... baru ni kan aku ada cakap kat korang semua yang aku balik kampung kan.... hujung minggu yang agak meletihkan.... memang sebenarnya bulan ni bulan yang meletihkan... bulan ni la kami sebok nak uruskan rumah dan pemindahan barang2 rumah.... bulan ni sebok jugak beli semua persiapan untuk rumah baru kami.... bulan ni juga sama sibuk untuk persiapan pernikahan dan majlis menyambut menantu kat rumah mak abah kami di johor... letih sangat2 setiap minggu ada program dah plan... bukan setakat setiap minggu tapi setiap hari la....tapi apa nak buat kan hidup mesti diteruskan.... dan perancangan yang dah dirancang pun kena sama berjalan seperti yang dirancang.... cerita pasal nikah... alhamdulillah adik aku, uda yang selama ni kami kenal sebagai orang yang pendiam dan susah nak bergaul akhirnya sah menjadi suami orang dengan satu lafaz akad n

duit melayang2...

salam semua, lambat nak update hari ni.... pagi yang sangat sibuk... lepas program baca yassin tadi ada pulak ceramah dari Ustaz Abdullah... ustaz ni cerita pasal benteng diri dari pengaruh syaitan... lebih kurang camtu la tajuk dia... kandungan dia lebih pada perubatan islam.... banyak yang ustaz ni kongsikan dalam ceramah dia... terutama petua untuk mengawal penyakit darah tinggi dan kencing manis... senang je petua dia... satu sudu cuka nipah dan satu sudu madu asli campur dalam secawan air... minum setiap pagi.... mesti korang risau mana nak cari cuka nipah ni kan.... aku pun dah risau gak memula.... ye la memikir yang ada kat mana2 sekarang ni pun cuma cuka tiruan je pun... mana leh buat ubat... tambah sakit lagi ada... last2 ustaz tu cakap diorang ada bawak stok cuka dan madu sekali... bersyukur aku dengan.... dan seterusnya pagi yang sibuk bersambung dengan sesi membeli barangan yang dikeluarkan oleh MORAPIS EDAR ni.... habis semua aku borong.... wah... bukan untuk aku sem

ayah marah nanti...

salam semua, korang dah makan tengahari atau dah minum petang? aku? belum habis dari tadi.... shah belikan roti canai telur tapi makan separuh dah tak selera dah camne.... ni haa... ada kat sebelah dah aku banjirkan dengan kuah kari lak tu... kejap2 lagi la abiskan... aci camtu? ni cerita semalam lagi... masa aku tengah sibuk melayan wife kawan shah berborak semalam... abg long datang dekat aku... ummi... saya berak la... aku pun dengan selamba suruh dia gi naik atas mintak tolong ayah dia basuhkan dengan alasan sapa nak jaga adik najmi kan... hehe... mak pemalas ni... abg long dengan takut berjalan sampai kat tangga tapi bila sampai je kat tangga dia pun berhenti... dia kata: ummi.... nanti ayah marah nanti... korang nak tau masa dia cakap ayat ni... mata dia siap jegil2 (korang tau ke apa jegil ni? org johor ckp ni... biasa org panggil beliakkan mata) lagi kat aku tau... ye la nak lakonkan ayah dia marahkan... tapi aku buat tak tau je... dan berkata: ala.... abg long tany

Update rumah part 5

salam semua, haaa... ni cerita hari ni..... malam semalam kami nak pergi basuh rumah....  nak dijadikan cerita shah bercerita kat opis dia... tetiba pulak ada 2 orang kawan opis dia nak join.... shah pun bagi la tau petang semalam.... aku macam biasa bila ada orang nak datang rumah mula la kelam kabut fikir nak hidang makanan apa.... biasalah kan orang perempuan.... memula fikir nak beli je mee kuning dan bahan sikit2 aku masak mee goreng je... tapi tak jadi sebab bila aku baru je fikir belum pun cakap apa2 dengan shah aku dah mula rasa loya macam nak muntah dah... jadi kensel... pening kepala kami nak jamu apa kat orang dan last2 kami terus call Pizza Heart Corner kat Jalan Beserah... order pizza je la... kami ambik 3 keping pizza... tuna, super heart dan spicy chicken...diorang bagi kami free 1 air botol besar... ok la tu... sementara nak tunggu order pizza tu kami gi singgah kat ECM jap pergi beli donut Big Apple pasal dah janji lama dengan abg long.... dia nak yang berry2 j

Update rumah part 4

Imej
salam semua, cerita ni aku karang semalam lagi dah tapi tak sempat publish... sekali bos datang daa....jadi korang buat2 baca macam cerita semalam petang ok... aku malas nak ubah apa2 dah.... hari ni tengahari aku gi kejap kat pejabat pos ... bawak keluar duit lagi.... waaa... tak sanggup rasa tengok duit keluar macam air ni.... bagi yang dah baca ni sila jangan rompak rumah aku ye sebab duit tu aku dah selamat guna buat bayar apa2 lagi yang patut.... semalam tengahari kami sempat gi beli hood dan gi tempah pintu.... hari ni dia kata nak datang nak ukur... jadi kami standby kat rumah tengahari tadi sambil kemas kotak2 dan plastik2 yang bersepah kat rumah selepas rumah selamat siap pasang lampu dan kipas semalam petang.... upah dia semuanya RM830 tapi sebab kawan2 dia bagi RM800 je... ok la tu malas nak berkira sangat janji semua dah beres.... malam ni aku nak buat operasi basuh rumah dengan shah dan geng kecik berdua tu... ntah rupa macamana tah nanti agaknya... gambar ruma

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus