Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..

Imej
assalamualaikum semua, kejap je dah petang... jom muhasabah petang jumaat... p/s hati tengah marah...mari dengar zikir....

anak hilang.... kemudian salahkan anak...

assalamualaikum semua, salam pagi jumaat... hari ni aku rasa senang je hati.... nak tau nape... malam kang ada dinner best... maknanya tak payah masak.. hahaha... ketawa besar kau ita.... pasal tajuk kat atas tu aku nak cerita pasal kehilangan anak... pernah berlaku ke dekat korang? kalau aku pernah sekali dulu... serik gila! masa tu kami kat pasar malam... eh aku dah cerita belum ek kat korang... ala buat-buat macam tak pernah cerita je la ye.. hehe... kat pasar malam kau tau je la... orang perempuan kan memang pantang ada orang jual tudung... kain-kain semua tu... jadi bila sampai kat gerai tudung aku pun ingat nak belek-belek la tudung tu kejap kan... eleh...bukan nak beli pun... kita tengok je la... (ayat abg long kalau nak tengok orang jual mainan) masa tu husna ayah dia kelek... dan abg ngah dan abg long berlari-lari kat ayah dia... tapi yang shah pun sama nak membelek seluar pulak kat gerai sebelah... sebelah je pun.. tetiba shah datang dekat aku tanya .."mana

kuih kole kacang

Imej
assalamualaikum semua, ini bukan entry yang dijanjikan untuk hot mama tu... tapi ini entry saje nak bagi korang semua hot petang-petang hari yang memang panas di Kuantan ni... hahaha.... meh bagi korang tengok gambar dulu.... kuih kole kacang   dah puas layan gambar.... baru ada cerita... ceritanya aku teringin nak makan kuih kole kacang ni atau di setengah kawasan dipanggil kuih tahi minyak... betul? ini bukan teringin yang tu ye... tapi memang teringin nak makan je... bukan apa-apa pun.... hish korang ni... dah pikir lain la tu... aku Clear ok... clear... tapi kalau ada pun apa salahnya kan....hehe... bila dah teringin tu mula la menjajau mencari kuih ni orang jual... malang nasibku tak berjumpa dengan makcik biasa yang jual kuih ni yang sedap... yang tak sedap aku tak tau... last-last aku buat keputusan nak google je la... sure jumpa resepi dan try buat.... dan akhirnya... aku jumpa resepi sedap tu di myresepi.com kuih kole kacang yang dah dipotong   Rese

Siapa lebih hot? ibu bekerjaya atau surirumah sepenuh masa?

Imej
assalamualaikum semua, dah sarapan.... kalau belum sarapan dulu ye... skip sarapan akan jadikan kita lebih gemuk ye...amaran di situ...aku dah...sarapan macam yang kat bawah ni... marveles... hihi.. bubur oat dengan buah-buahan... diet ko!   tengok tajuk hari ni? haaaa... cuba jawab siapa lebih hot? (aku tanya korang ni sambil angkat kening tau) sebenarnya cerita dia minggu lepas la... aku bawak anak-anak gi klinik.... dah semua kena selsema... selalunya aku biar je...malas nak bergantung dengan ubat sangat bebudak kecik ni....aku bagi ubatan macam madu direndam dengan cengkih... pastu bagi je diorang minum air masak banyak-banyak... disamping rendam kain hingus diorang tu dengan klorox... haaa..selesai masalah... in shaa Allah dalam seminggu baik... tapi kali ni selsema husna dah melarat-larat ke batuk yang teruk... kesian la pulak... jadi kami ke klinik sekali lagi.... dapat ubat semua... bagi... still macam tu jugak... last-last aku sapukan dia balm dan sarungkan sto

Wordless Wednesday # 20

Imej
assalamualaikum semua, kuih superb sedap! p/s buat sabtu lepas....layan...

tips memilih pembantu rumah

Imej
assalamualaikum semua, tengah buat apa tu? bersenang lenang di hujung minggu? aku? hihi tak yah cite la...tengah cuti kan... adik husna tengah tidur ni...abg long dan abg ngah tengah main belon..boleh pulak diorang terjumpa belon dalam bilik mainan diorang kat atas tadi...nampak noo lama tak berkemas kan..heeee... lama woo tak kemas...asal kemas je sepah balik...last-last aku kata dengan shah nak beli laci macam kat bawah ni lepas tu asingkan mainan...tapi zaman bila nak beli ntah... cerita pasal kemas mengemas ni...alangkah bestnya kalau ada pembantu rumah kat rumah yang boleh settlekan benda macam ni kan? tapi...untuk ambik pembantu tu aku rasa bukan aku la kot...aku sangat tak percaya... mesti korang kata nape tak nak ada pembantu tapi sibuk nak kongsi tips nak pilih pembantu rumah kan? haaa..pelik aku boleh tau? aku ada mangkuk ajaib kat rumah ni yang boleh baca hati korang tau...mangkuk tandas...haha...ajaib kan? ajaib apa...semua masuk bila flush hilang terus...heeee.

seksi sangat!

assalamualaikum semua, korang sihat petang jumaat ni? ke dah nak balik dari kerja? aku balik kejap tengahari tadi... lega dapat lelapkan mata sekejap... betul tau sekejap je... 15 minit je pun...sementara aku pam susu dan bersandar kat kerusi depan tv tadi....sedar-sedar je hp dah berbunyi menandakan waktu mengepam dah abis... tapi aku nak cerita pasal masa mengepam ni seksi tau.... bukan cerita tu... tapi seksi ni pasal cerita lain la... korang perasan tak kat tv sekarang ni makin rancak iklan? sekejap je layan cerita atau drama...dah iklan... bak kata abah aku la.. "kesian mak kau, baru je nak nangis-nangis sebab cerita tu sedih tapi dah iklan.... sampai abis iklan, cerita tu sambung balik dah tak rasa sedih dah pun" ..... hihihi... sabar je la kan?... yang iklan berlambak tu aku tak berapa nak heran sangat la kan.... dah itu cara stesen tv tu carik makan... kena la ada yang sponsor... tapi ada satu yang aku agakkkkk tak berkenann nooo tengok tau.... sekarang ni a

SEGMEN BLOGLIST 2 BULAN PAPA BLOGGER

Imej
assalamualaikum semua, p/s lama tak join segmen... rindu.. hihi...nak join gak? klik kat banner tu...

tiba masa untuk potong!

Imej
assalamualaikum semua, betul hari ni genap 5 hari aku jadi zombie... semalam adik husna dah sihat sikit tapi dia buat hal pulak tak nak tidur... bangun tetengah malam... menyusu pastu tetiba je berdiri... ceh dia buat macam hari siang pulak dah... kalau selalu waktu bukan masa tidur tu dia akan menyusu kat aku sambil menonggeng-nonggeng... sungguh kurang sopan ini anak dara kan? heeee.... tapi bila dia buat masa siang atau masa santai-santai aku tu ok lagi la... ini dah tengah-tengah malam pulak tu... aduhai anak... esok ummi kena kerja la sayang... boleh pulak dia main gelak-gelak... guling-guling... gigit-gigit...hmmmm... sabor je la... nak je aku biarkan dia dan aku tidur je kan... tapi bila terfikir pulak apa akan jadi bila dia memain sendiri.... panjat sana panjat sini... jatuh pulak tu tanpa aku sedar nanti.... hish... Nauzubillahiminzalik... mintak dijauhkan...  jadi secara tak langsung aku sengkang jugak mata ni sambil layan dia gelak-gelak tu... dan hasilnya.... aku dudu

Halal ke?

Imej
assalamualaikum semua, dah nak balik ke? meh la baca satu lagi ni... nak taip tapi pelik nape font tulisan ni jadi lain dan pelik... rupa-rupanya lupa nak tukar HTML tu balik lepas buat segmen cik kumbang tadi.. hihi... ok sambung... anak-anak seumpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya..   semalam tengah layan wassap dengan kekawan sekolah lama... tetiba keluar cerita pasal kimchi... aku pun terkeluar soalan halal ke benda diorang guna untuk buat kimchi tu? ada yang tak tau kimchi tu apa ke? haa... ini untuk yang tak tau macam aku...hihi... Kimchi  (Hangul:  김치 , gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah. Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai  chim-chae  (Hangul: 침채

Segmen : Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang

Imej
 Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang Salam semua, Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah ,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan? KENAPA KORANG PERLU JOIN? SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!! SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik  2. LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik 3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist

Keputusan SPM 2012

Imej
assalamualaikum semua, masuk hari ni dah 4 hari aku gi keja macam rupa separuh zombie... nasib je tak duduk kat kampung pisang.. kalau tak mesti dah berjangkit dah ni... anak-anak semua masih selsema dan payah nak tidur.. semalam je adik husna bangun sejam sekali... sabarkan hati dan doa bebanyak untuk anak-anak supaya cepat sembuh... kadang-kadang rasa malu nak berdoa... teringat cerita Nabi Ayub a.s. yang diuji dengan penyakit yang akhirnya membuat dia kehilangan semua yang disayangi.. tapi dia tak pernah sekali pun meminta supaya disembuhkan penyakitnya kerana sangat malu dengan Allah s.w.t. ... mengingatkan cerita ini terasa malu sangat nak berdoa mintak disembuhkan penyakit sedangkan amalan yang dikerjakan tak seberapa dibandingkan dengan Nabi Ayub a.s...... semoga Allah ampunkan dosaku dan semua umat islam di dunia ini...amin... pagi tadi terdengar di THR.fm pasal keputusan SPM 2012 yang keluar pagi ni jam 10 pagi... 21 Mac 2013..sambil tu diorang borak-borak pasal kenangan

Wordless Wednesday # 19

Imej
assalamualaikum semua, Donut   p/s aku hutang entry dengan korang lagi ni ...esok2 la cerita ye..

Karipap basi!

Imej
assalamualaikum semua, hari makin panas di kuantan ni... tempat korang macamana? aku sekarang ni tengah marathon minum air masak bebanyak.... dan pergi ke tandas berulang kali.... adoiaii... letih...  kejap-kejap minum air... kejap-kejap kang terasa nak buang pulak... berapa kali dah ngulang ni... tapi masih bersyukur dengan Allah sebab boleh membuang air dengan normal lagi... kenapa kena marathon minum air bebanyak? sebab tekak ni dah mula rasa kering dan perit.... rasa macam nak batuk + selsema + demam je tau... harapnya jangan lah demam... sebab 3 budak comel kat rumah tu dah pun demam dan kalau ummi dia pun demam sekali? habislah... tentu shah akan jadi jururawat segera pulak nanti... (walaupun dah jadi separa jururawat sekarang ni kan bang ;) ) sebenarnya tajuk tu bukan merujuk pada karipap yang aku beli atau sesiapa yang makan pun... tapi merujuk pada entry aku buat karipap minggu lepas tu haaa.... sebab dah lama sangat duduk kat draf dia dah jadi karipap basi! hahaha.....

Madu untuk bayi?

assalamualaikum semua, hari ni aku terbaca email yang menarik... post terkini dari Dr. Zubaidi... seorang pengamal perubatan yang aku start ikut penulisannya mulai tahun lepas... itu pun setelah terbaca satu artikelnya mengenai masalah sembelit bagi anak kecil.. penulisannya amat menarik dan dapat memberi presepsi yang perubatan itu sangat mudah... hari ni ada satu artikel yang sangat menarik... Madu untuk bayi? sebenarnya aku sendiri pernah rasa was-was nak bagi anak-anak minum madu... bukan tak percaya pada makanan Nabi S.A.W. cuma tak percaya cara pembuatannya di zaman sekarang ni... selalunya aku akan bagi bila dah dicampurkan dengan air... dan dalam artikel doktor zubaidi ni ada menyebut tentang perkara ni... nak baca lanjut boleh klik kat sini.. Madu Untuk Bayi? p/s hari ni dan esok ada kursus.... mata mengantuk.. anak-anak masih tak sihat... mungkin boleh cuba dengan madu juga...

membeli dari ZALORA.com.my?

Imej
assalamualaikum semua, pagi yang cerah...serta hati yang tenang...korang semua sihat? alhamdulillah kami selamat sampai dari kampung jam 1.11 pagi...lega...walaupun sampai agak lambat...tapi minda kami dah direfresh setiap kali balik kampung jumpa mak dan abah..alhamdulillah.. Ya Allah..Kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami dan limpahkanlah rahmatmu ke atas kedua mereka dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil..amin.. tapi ada dugaan jugak..sampai dah la lambat kan.. gitu..gini dalam pukul 2 baru boleh tidur.. tapi baru je nak tutup mata...sekali husna menangis...dugaan..susukan dia...senyap semula.. sekali lagi nak tutup mata...abg ngah pulak menangis...waaa...yang ni payah nak pujuk..buat susu...senyap kejap... kejap lagi dalam pukul 3 dia menangis lagi...waa...kali ni memang dia nangis sungguh-sungguh...pelik jugak..dah baring sebelah aku dan aku peluk dia..senyap dan tertidur semula.. baru nak lelap mata lagi... tetib

saya dapat beg baru!

Imej
assalamualaikum semua, banyak hutang entry kat blog ni... belum sempat menulis lagi ni... entry donut dan roti... entry karipap... entry membeli dari Zalora... eh? ada jugak kan? hihi.... perempuan... apa pun nak bagitau kat korang kami nak balik kampung johor malam ni... tetiba je kan...? memula plan nak balik hujung bulan... tapi tetiba je diorang anjak tarikh hari keluarga kat sini... adoiiiaiii... so kena balik awal sikit la... minggu depan shah dah kena keja hujung minggu jadi memang tentu tak boleh balik la...doakan kami selamat pergi dan balik ye.... nak cerita pasal malam tadi sebenarnya.... plan asal nak beli susu je kat Eng Hong Taman Tas tu... tetiba pulak anak-anak ni nampak beg kat kedai sebelah tu... alahai... mula la memacam komen kedengaran... beg saya dah koyak la.... saya nak beg baru la.... pastu siap ada suara latar belakang pulak tu... halus je suara dia... berbunyi...."aya nak beg ayu gak..." ... harap maaf ye.. dia bukan nak beg ayu tapi beg baru

E-Filing LHDN... dah buat ke belum?

Imej
assalamualaikum semua, kejap je masa... sesedar dah bulan mac je dah pun.... sebut je bulan Mac ni mula la terfikir pasal cukai pendapatan.... errr korang dah isi ke belum? E-Filing LHDN... dah buat ke belum?                                                                       aku belum lagi pasal baru terfikir semalam je pun.... ingat nak buat jugak lepas-lepas ni... tapi nanti dulu la... banyak kerja nak kena settle dulu ni... jangan buat last minit sudah la... sebab selalunya kalau dah hujung-hujung tu selalu line meragam... buat korang yang dah buat... sila tunggu cek pemulangan jika ada ye... bagi yang belum sila-sila la mengunjungi laman web LHDN ye... boleh jugak klik e-filing di bawah ni... e - filing 2012 tarikh akhir hantar borang 30 April 2013 ni tau.... p/s agak2 byk tak dapat pemulangan tahun ni ye?

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus