Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

dah rupa Zombie Kampung Pisang ok...

Imej
assalamualaikum semua, hari ni aku gi keja dah rupa zombie kampung pisang tau.... nape aku kata gitu? malam tadi dengan bersemangatnya aku mengemas kain baju... basuh semua yang ada... sebab esok kami akan tinggalkan rumah untuk jangkamasa yang agak lama... dari hari Rabu sampai Ahad ni ke Pulau Pinang..dan Ahad hingga Selasa di Johor Bahru... inshaaAllah.. itu perjalanan yang telah dirancangkan semoga perjalanan kami selamat hendaknya.... tapi menjelang perjalanan kami esok... kami diuji dengan sedikit kesusahan... Shah luka kena parang pagi Ahad lepas! panik tau tengok darah tak berhenti... lepas tu adik ipar dia hantar ke klinik untuk jahit luka tu...kena 7 jahitan... (dan cukup buat aku menung siapa yang nak drive ke Penang esok pagi? huwaaaaa..... ) ini pun dah tetiba tukar rutin aku lak kena drive ke sana sini...bertabahlah ita..... ini haaa lukanya... mujur kat kaki kiri.. dan bengkaknya dah mula surut sikit...semoga abang cepat sihat ye bang...lumpuh rasa separuh

antara Piala Thomas dan Popstar...

assalamualaikum semua, macam-macam reaksi tentang keputusan perlawanan akhir Piala Thomas malam semalam... aku no komen sebab tak tengok perlawanan secara langsung pun... bukan taknak sokong tapi tak dapat peluang pun... baru nak alih dah ada yang bunyi... "ayah..." (tak payah)... "popstar" (sambil tangan tunjuk langit ok... sabor je la... siapa lagi kalau bukan si puteri kecik kami, husna....dan umminya terpaksa pasrah... tapi tak lama pun... lepas tu dia buat lak kerja cabut keyboard laptop satu-satu... sudahnya ummi denda semua tak payah tengok tv... dan rumah sunyi malam tadi... alih-alih tau pagi ni kensel cuti sebab Malaysia kalah... jom keja...haha... p/s bila ummi marah semua menikus...kesian anak-anak....maaf ye nak...

Bila tempe menjadi snek...

Imej
assalamualaikum semua, ini la yang akan jadi bila hantu tempe...sabo je la kan...? p/s teringin tempe zaman dulu2 yang dibungkus daun...wangi baunya...

Cheese Tart Blueberry dan Cheese Tart Strawberry.. sedapnya...

Imej
assalamualaikum semua, hari ni tetiba je rasa macam nak cerita aktiviti yang kami buat entah minggu bila.... masa tu kawan-kawan di whatsapps sibuk bercerita tentang tart... maka disebabkan terliur aku pun cari la sesiapa yang ada buat tart shell di sekitar kuantan ni... dan akhirnya terjumpa la sorang... memang best la bila dapat yang senang dan ready made kan? dengan bersemangatnya kami pergi cari rumah baker ni lepas ambik abg long balik sekolah... sampai rumah lagi bersemangat aku rasa nak buat... tapi aku tangguhkan dulu buat projek hujung minggu... haaa.. kebetulan pulak masa tu ada cuti hari pekerja... see?? punya la lama nak update cerita... cerita dah basi dah pun... setelah dapat kulit tart yang diidamkan tu aku apa lagi...mengodeh cheese filling yang nak letak kat dalam dia tu...sekali... hahaha.... terlupa letak gula la pulak... aku guna jugak... malas dah nak keluarkan dari piping bag tu.... kira pasrah je la rasa apapun nanti... tapi aku godeh siikit la d

Wordless Wednesday # 57

Imej
assalamualaikum semua, langkah ke arah menjadi suami dan isteri mithali  p/s baru balik dari hadiri majlis konvo POLISAS... sukanya tengok muka ibu bapa yang datang entah dari ceruk mana tapi nampak gembira dengan kejayaan anak masing-masing... Tahniah anda telah berjaya menjadikan anak anda berjaya... langkah aku yang masih panjang...

Baucer Diskaun 15% Pembelian Tudung Khas Kepada Semua Pembaca Cerita Ita

Imej
assalamualaikum semua, lamanya tak jengah sini... dah lebih seminggu tak ada update dari Cerita Ita... bulan ni dan bulan depan merupakan bulan yang agak sibuk keluar kawasan sebenarnya... ini semua kerana semua orang berebut nak cari tarikh sesuai untuk kursus dan apa-apa aktiviti supaya tak bertembung dengan bulan puasa.. haaa... sebut  pasal bulan puasa..kiranya tak lama lagi nak raya dah kan? korang dah beli tudung untuk raya nanti? kebanyakan orang sibuk dah membeli baju raya atau menempah baju raya dah sekarang ni... dan buat yang tengah cari tudung untuk raya pulak pun dah sama sibuk... aku ada satu baucer best nak kongsikan buat semua pembaca blog Cerita Ita... ada baucer diskaun 15 % dengan setiap pembelian kat satu butik tudung online ni...  nak tau apa butiknya.... meh kita tengok dulu koleksi yang butik ni tawarkan...   tudung2u.com.my  bagi yang minat bershawl-shawl… banyak pilihannya…antaranya… Shawl  cantik kan corak di

Black Forest Cupcake vs White Forest Cupcake

Imej
assalamualaikum semua, kelmarin aku ada tunjuk gambar cupcakes yang menawan tekak kan? hehehe...sila puji diri sendiri.. tapi memang serius sedap gila.. aku dapat resepi dari blogger kak Azlita Aziz dalam buku yang aku pernah beli sebelum ni .. buku Siri Blogger Masakan Kek..berbaloi-baloi la beli...memang menjadi kek dan sedap rasanya... cupcake ni aku dah buat 2 kali masuk kali ni..tapi sebelum ni aku buat yang si hitam tu je..ye la dah namanya black forest cupcake kan?.. sekali anak bujang yang sorang tu tetiba je pulak kata saya tak suka yang coklat...abg ngah la sapa lagi...aku nak godeh lagi dah malas..jadi aku buat la kali ni dua versi.. jadi la black dan white forest...aci je kan derhaka resepi dan sesuka tukar nama...hahaha...kak ita jangan marah ye.. ok layan gambar dulu... black forest dan white forest cupcakes black forest dan white forest cupcakes  pastu resepi pulak... Black forest @ white forest Cupcakes Bahan-baha

Wordless Wednesday # 56

Imej
assalamualaikum semua, pahang bercuti hari ni... maka hidangan untuk hari cuti ni...tarraaa... p/s nama je cuti..tapi petang ni dah gerak ke cheras untuk taklimat esok..hmmm..

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus