Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

kami dah boleh keluar..

Imej
assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni genap 6 hari kami di hospital ni...dan sekarang ni syukur dah boleh keluar..leganya rasa.. dah selamat tanggal semua yang melekat kat badan adik..dan dah siap ujian telinga bagai..barang pun dah siap kemas ni.. tinggal tunggu panggil nama untuk settle bil je..harapnya boleh dapat cepat.. baju kat bawah ni dah sedia untuk tuan dia pakai..lama benor duduk hospital..baju pun ada yang tak sempat rasmi lagi ni.. p/s petang ni kalau takde aral kami terus balik ke johor dan duduk sana sampai abis cuti sekolah..dan adik akan ada susulan pada 23/9/2014 selasa akan datang..

Masih di sini..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari ke 5 adik kena masuk hospital semula.. adik kena jaundice dan demam pada hari ahad aritu..jadi adik dah kena puasa dan disebabkan takde katil kosong hari ahad maka aku kena balik malam tu dan tinggalkan adik di wad kanak-kanak SCN.. dan malam tu aku mula tak boleh nak tido..walaupun tau adik memang tak boleh menyusu tapi hati seorang ibu..tentu terasa bila anak yang dikandung 9 bulan takde di sisi.. dan esoknya hari isnin aku dah awal-awal datang ke wad untuk booking katil dan tengok perkembangan adik..alhamdulillah dapat katil jam 6 petang tu akhirnya setelah menunggu hampir satu hari.. adik datang dengan masalah demam 38°C dan jaundice setinggi 409 mmol/L..cukup tinggi dan menakutkan bila tengok badan adik yang kuning sampai ke peha.. tapi alhamdulillah bacaan makin kurang pada malamnya jadi 350 mmol/L dan terus berkurang menjadi 335 mmol/L pada pagi esoknya ..dan terus berkurang pada pagi selasa kepada 282 mmol/L dan semalam pada 2

Wordless Wednesday # 68

Imej
assalamualaikum semua, p/s adik dah ada nama...dah siap daftar pun..semoga permulaan yg baik utk hidup adik..amin..

Selamat Hari Lahir buat suami tersayang..

assalamualaikum semua, ucapan hari lahir ni patut dibuat semalam sebenarnya tapi dalam kekalutan kami di hospital dan telefon yang kehabisan bateri maka entry ucapan ni terpaksa dibuat pada hari ni.. selamat ulang tahun ke 32 buat yang berbahagia abang..semoga abang dipanjangkan umur, ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dari Allah..amin.. p/s ita dah bg hadiah baby aci kan bang? ;)

Kelahiran yang dinanti...

assalamualaikum semua, bersiaran dari HTAA hari ni...syukur ditemani line digi yang terbaik...oh lupa nak cite aku dah tukar line telefon lepas bosan dengan servis maxis dan celcom yang makin hari makin teruk..pasal yang tu aku cerita kemudian ok.. kali ni nak bercerita pasal kelahiran seorang lagi permata hati kami pada 3 September 2014 tepat jam 1.28 petang... apa yang berlaku memang kuasa Allah..kita manusia memang hanya merancang je kan.. anak lelaki kami ini selamat dilahirkan pada usia 38 minggu dan dilahirkan secara normal dengan berat 2.44kg... cerita lanjut nanti akan aku ceritakan lagi..memang menakjubkan..pada aku la... terima kasih pada semua yang sudi mendoakan.. p/s sekarang ni adik masih lagi perlu dipantau keadaan gula dalam darah untuk lagi sehari lagi..semoga semuanya ok..

Wordless Wednesday # 67

Imej
assalamualaikum semua, Surat arahan kemasukan wad p/s doakan kami selamat ye...

Antara bersalin normal dan pembedahan...

Imej
assalamualaikum semua, ada tugasan lebih berat menanti aku esok...doakan ye... yang aku nak ceritakan adalah peristiwa yang berlaku minggu lepas...baru je... disebabkan keputusan OGTT aku sangkut pada bacaan 5.8 yang melebihi normal iaitu 5.6 maka aku dikategorikan sebagai ibu mengandung yang menghidap diabetes atau lebih dikenali sebagai  gestational diabetes mellitus (GDM). maka disebabkan itu jugak aku kena menjalani ujian BSP untuk tau kadar glukos dalam darah sebanyak 4 kali ujian sehari... dan aku dapat arahan untuk buat ujian tu hari Isnin lepas 26 Ogos 2014.. 27 Ogos ujian dijalankan... dan alhamdulillah.. keempat-empat ujian tak melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 5.6.. tapi aku tetap dirujuk kepada doktor untuk sesi kaunseling lanjut pada 27 Ogos 2014.. yang mana doktor menjalankan ujian scan wajib pada umur kandungan 37 minggu... sesuatu yang tak terjangka terjadi pada hari tu...doktor ambik masa jugak untuk scan dan mendapati anak dalam kandungan ni

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus