assalamualaikum semua,
ruginya lama tak menulis...
hari ni cuma sempat letak gambar bakal model je ni...hahaha...ni ummi yang perasan lebih ok...
p/s berdebar je hari ni...nak dapat apa2 kah?..
bila nak menaip entry aku tulis assalamualaikum semua tu terus terngiang lagu assalamualaikum dunia..hehe.. nampak tak di situ? pengaruh benda lagha... huhu...
ok kita sambung kisah abg long....
selepas balik dari klinik abg long nampak sihat macam biasa..jadi kami buat keputusan abg long akan bersekolah semula pada hari isnin 2/2/2015...tapi apakan daya memang ditakdirkan kita ni manusia hanya mampu merancang dan kuasa Yang Maha Esa mengatasi segalanya...
abg long mula mengadu sakit telinga pada hari ahad malam isnin 1/2/2015..katanya rasa macam ada benda mengigit dalam telinganya... aku mula terfikir ada kutu ke yang masuk atau serangga lain sebab sebelum tu kami bawak anak-anak balik ke rumah mertua sekejap..disebabkan tu aku titiskan minyak zaitun dalam telinga abg long untuk redakan sakit tu... dan alhamdulillah malam tu dia boleh tidur dan tak mengadu sakit lagi...
tapi pada pagi isnin 2/2/2015 tu abg long bangun dengan menangis masa nak bersiap ke sekolah... sangka kami mungkin cuma alasan abg long je sebab dah sedap bercuti seminggu dari sekolah..dan kami hantar jugak dia ke sekolah agama pada pagi isnin tu.. tapi hati ibu bapa mana la yang senang bila meninggalkan anak dalam keadaan menangis kesakitan..
kami ambil dia dari sekolah pukul 10.30 pagi untuk kami bawak ke klinik selepas tu.. kami rujuk ke klinik Al Amin tapi tak dapat mendaftar kerana penuh orang yang mendaftar pada pagi tu...kaunter pendaftaran pun dah tutup pada jam 11.15 pagi.. kami berkejar ke klinik swasta yang lain untuk abg long kerana tak tahan mendengar dia menangis kesakitan..
akhirnya kami dapat satu klinik swasta yang tentunya akan kami elak untuk singgah di lainkali... sebabnya? abg long diperiksa oleh doktor...dan doktor tu mengesahkan ada kutu dalam telinga abg long... huhu... ubat titis telinga diberi bersama cuti 3 hari... hari rabu 4/3/2015 keadaan abg long masih macam tu jugak disertai dengan demam panas maka kami buat keputusan untuk terus ke klinik kesihatan bandar kuantan sekali lagi.. dan akhirnya doktor mengesahkan yang abg long mengalami jangkitan dalam telinga atau dikenali sebagai Otitis Media...kami diminta untuk ke hospital dengan segera...
bersambung....
p/s maaf la ye cerita terpaksa bersambung2...letih menulis kalau nak abiskan semua kronologi ni..pada yang sudi singgah baca dan komen tu terima kasih ye... nanti bebila free aku jawab ok...
sambungan dari
Dugaan Besar Buat Kami
Dugaan Besar Buat Kami Part 2
bersambung di
Dugaan Besar Buat Kami Part 4
aku terkecuali ok..dah tidur dan bangun semula untuk tunaikan semua kewajipan..
semalam ptg dapat berita yang sangat mengembirakan hati..alhamdulillah.. Allah gandakan nikmat kami setelah dugaan yang kami terima..
*nikmat yang mana yang hendak kami dustakan Ya Allah.....
assalamualaikum semua,
lamanya tak menulis...terima kasih pada pembaca yang masih sudi singgah walaupun tuan rumah dah hanyut entah ke mana..
2015 memberi kami banyak kenangan dan pengertian tentang hidup...memang banyak..sangat-sangat banyak..
tak tau nak mulakan dari mana...
dari awal tahun rutin kami sekeluarga bermula seperti biasa..abg long dah mula persekolahan dengan menaiki tahun 2.. tahun ni sedikit berbeza buat abg long..dia berpindah ke transit baru yang diharap dapat beri perkhidmatan lebih baik dari yang sebelumnya..
abg ngah dan kakak husna juga dah berpindah ke sekolah baru..PASTI ILMI..dan seterusnya berkongsi transit yang sama dengan abg long..hanya adik hadi yang masih setia diletakkan dalam jagaan pengasuh lama abg ngah dan kakak yang buat setakat ni beri khidmat yang sangat bagus..alhamdulillah..
dugaan kami bermula dari hujung tahun 2014.. cuaca yang tiba-tiba menjadi terlalu sejuk di Kuantan ni..alhamdulillah merasa la musim sejuk cuma tak bersalji saja..
anak-anak mula diserang selsema dan batuk..dan abg long jugak tak terkecuali..sehingga 7/1 abg long makin tak sihat dah terpaksa diberi cuti oleh doktor pada 8/1...tapi selepas tu abg long bersekolah lagi seperti biasa sehingga dia demam panas semula seminggu kemudian berserta tonsillitis...
bersambung....
p/s syukur dikurniakan anak2 yang menjadikan hidupku semakin sibuk sehingga tak terupdate blog dah..kekeke..
updated on 4/3/2015