assalamualaikum semua,
lamanya tak menulis... rindu dengan blog tapi apakan daya keadaan agak tak mengizinkan untuk menulis... kali ni nak kongsikan tentang resepi mudah yang aku dapat dari blogger terkenal... Pinky Momma... rugi klau korang tak cuba... meh terus baca ye...
kelas betul bila baca tajuk ek... ? tetiba pulak terbayang seorng orang melayu yang lupa diri... hehehe... maaf la ye... dah namanya pun orang Malaysia yang pelbagai kaum... jadi haruslah kita cuba resipi pelbagai kaum yang mudah dan cepat seperti Fried Dumplings ni... memang senang sangat-sangat la... abg long pun boleh tolong buat...
sebenarnya resipi ni dah lama dah aku buat.... awal-awal bulan puasa aritu lagi dah... tapi disebabkan banyak masalah aku tak dapat nak kongsikan apa-apa dengan korang... jadi sebelum aku bercuti panjang ni... aku tinggalkan korang dengan resipi yang sangat mudah ni...
![]() |
Fried Dumplings |
Bahan-bahan
Udang - ikut la berapa banyak korang nak letak
Aku letak isi ketam jugak
Lada sulah - ikut suka jugak
Lada Hitam - pun ikut suka
Garam -secukup rasa
Tepung gandum - agak-agak... (Diya tak letak tapi aku derhaka dan letak tapi tak menjejaskan rasa kot... kot la... hahaha)
Kulit wantan @ kulit dumpling
Air secukupnya
Cara-cara
1. udang tu dicincang lumat.
2. Pastu gaul semua bahan bagi sebati
3. Letakkan tepung kemudian sekali
4. pastu sediakan kulit wantan atau dumpling untuk balut (tak kisah mana-mana sebab rasa dia sama je)
cara aku bungkus macam gambar kat bawah ni ye.... meh follow... (kredit kepada photographer cilik : abg long)
![]() |
isikan inti yang telah disiapkan tadi |
![]() |
basahkan keliling dia dengan air |
![]() |
kemudian korang cantumkan ikut bahagian yang dah dibasahkan air tadi |
![]() |
tarra.... dah siap dan dah boleh goreng... |
pastu dan siap semua korang gorengkan dia dengan api yang perlahan je tau... pastikan dia masak rata.... jangan sesekali guna api kuat ok...dan bila dah masak boleh hidang dengan sos.... cubalah... gerenti mengulang tau... sedap gila... sekelip mata je anak-anak abiskan...
ni gambar dalam dia
![]() |
ni yang memula buat dan garing |
![]() |
ini yang buat kat rumah mak |
disebabkan anak-anak suka dan sedap maka aku ulang buat kat rumah mak kat kampung... ni gambarnya... masa ni aku gunakan yang bulat tu... agak comel... dan disebabkan aku tak sabar menggoreng maka dia tak rangup dan liat sikit... maka korang kena la bersabar dan goreng lama sikit ok...
untuk kulit dia tu korang boleh gunakan yang ni ye.... ada 2 pilihan... nak guna kulit popia macam diya buat pun boleh....
![]() |
contoh kulit wantan dan dumpling |
p/s aku balik kg malam ni dan kemungkinan balik terus sampai raya... apapun masih harapkan doa korang untuk abah walau aku masih belum boleh untuk share dengan korang pasal abah... (nanti abah marah aku share dalam blog dan fb :'( ).......