Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Singgah Makan Lauk RM2 di Gerai Kak Som!

Imej
Lauk RM2 viral di Kuantan assalamualaikum semua, semalam along aku tag aku kat satu artikel pasal kedai makan lauk murah berharga 2 ringgit kat Kuantan , hebat betul sebab sampai keluar dekat suratkhabar Sinar Harian tu.. jadi disebabkan dah terkenal gitu aku pun nak cuba la jugak.. kalau orang sebut pasal makan sedap laju je kan aku ni...hahaha.. sila bertabah lah.. teruja kan baca ni? dan kami pun secara rasminya membuat lawatan sambil makan ke Gerai Kak Som yang berada di Tanjung Api.. kalau nak tau agak mencabar cerita aku nak cari kedai makan Kak Som ni.. memula aku dengan shah dengan gamblenya kami meninjau secara rambang je kat kedai makan di sekitar Tanjung Api.. konon-konon niatnya nak tengok signboard la yang bertulis Gerai Kak Som seperti yang tertulis di suratkhabar tu.. jadi kami berhenti dan tengok setiap kedai makan yang ada sepanjang Tanjung Api tu.. siap sampai tersesat kat kedai makan kat Pantai Selamat lagi.. hahaha.. lepas tu dah abis da

Riangnya hidup kanak-kanak!

Imej
assalamualaikum semua, semalam kami sempat la bawak budak berdua yang ada kat rumah ni haa ke Giant Kuantan.. eh aku belum cerita lagi kan yang anak bujang aku yang lagi dua, abg long dan abg ngah tu dah selamat kami tinggalkan kat kampung.. happy je anak buah aku kan, wafiq nama dia.. belakang tu abg ngah.. hai abg ngah.. ummi rindu.. diorang la yang beria-ia sangat nak tinggal.. kena pulak atuk wan dan atuk abah pun suka sangat kalau diorang nak tinggal buat peneman riuh-riuh kat rumah atuk tu.. ntah-ntah jadi kawan gaduh agaknya.. hahaha.. sebenarnya kami balik sekejap hujung minggu lepas untuk jenguk mak dan abah.. tu yang tetiba datangnya idea anak-anak ni nak tinggal rumah atuk sementara cuti sekolah.. dan jadinya malam ni aku dengan shah kenalah bergerak ke kampung untuk ambik anak-anak dan bawak balik sini sebelum sekolah bermula minggu depan.. pulak tu hari ahad aku kena pergi Putrajaya untuk wakil bos untuk meeting.. fuh.. dah terbayang keletihannya.. apa

Lexis Hibiscus Port Dickson Resort Paling Awesome

Imej
assalamualaikum semua, Lexis Hibiscus Port Dickson Resort Paling Awesome Hai semua! Negeri Sembilan sememangnya kaya dengan warisan budaya Minangkabau dan ini boleh dilihat menerusi seni bina bangunan dan rumah di negeri itu yang melirik ke sebelah atas seperti tanduk kerbau. Terdapat banyak tarikan yang boleh anda kunjungi di negeri ini antaranya Muzium Negeri, Kompleks Kraftangan dan banyak lagi.  selamat datang ke Negeri Sembilan ~ kredit gambar Portal Rasmi Negeri Sembilan Bagi kaki shopping, jangan lupa berkunjung ke kompleks membeli-belah seperti Seremban Parade,   Palm Mall, Terminal 1 dan banyak lagi. Jika anda ke sini, tidak lengkap rasanya tidak berkunjung ke sebuah pusat peranginan terkenal yang terletak di pinggir pantai iaitu Bandar Port Dickson.  Port Dickson ~ sumber Portal Rasmi Negeri Sembilan Bandar ini pastinya tidak asing lagi kerana ianya amat popular bagi mereka yang ingin merasai pengalaman melakukan pelbagai aktiviti air. Bila anda ke te

Adik hadi dan sakit telinga lagi

Imej
assalamualaikum semua, aku belum sempat cerita lagi hasil temujanji adik hadi kat HTAA baru ni.. semua kisah pasal anak-anak kalau boleh nak aku tuliskan dalam blog ni supaya jadi kenangan buat kami satu hari nanti.. banyak sebenarnya rentetan sakit telinga adik hadi dan rawatan yang diberikan doktor.. semuanya ada tertulis di TELINGA 1 , TELINGA 2 , TELINGA 3 , TELINGA 4 dan TELINGA 5 . budak yang sakit telinga sekian kalinya pada hari selasa lepas aku ada bawak adik hadi untuk temujanji rutin dia ke Klinik Pakar Telinga, Mulut dan Tekak atau lebih dikenali sebagai ORL kalau di HTAA ni.. macam biasa la seawal jam 8 pagi kami dah tercegat kat Klinik Pakar ORL ni lagi.. sebelum tu lagi sebenarnya kami dah sampai di hospital dan terus tuju ke kantin.. cari dulu makanan dan apa yang patut buat bekalan sementara tunggu giliran nanti di klinik.. bawak kakak husna jugak kali ni ikut ke temujanji, dah alang-alang nanti nak hantar dia sekali dengan adik hadi ke rumah ibu

Giveaway March by herneenazir.com

Imej
assalamualaikum semua, nak join satu lagi giveaway sebelum dia tutup penyertaannya tu.. dianjurkan oleh seorang lagi blogger johor.. dan yang merupakan seorang Breastfeeding Peer Counselor..  aku kagum betul dengan orang yang boleh jadi kaunselor ni tau.. bukan mudah nak yakinkan diri sendiri dan naikkan semangat sendiri untuk penyusuan susu ibu.. inikan pulak nak yakinkan orang lain yang penyusuan susu ibu tu tidak mustahil sehingga bayi berusia 2 tahun walaupun anda seorang pekerja sepenuh masa.. hebat sangat kerjaya ni di mata aku..  eh melalut pulak.. ok jom support kawan-kawan jom.. hadiah menarik berupa.. 1 x Supermom Planner 2017 (Ada 2 muka surat #doodlebyherneenazir yang boleh diwarnakan) 1 x Supermom Personal Notebook 3 x Topup RM10 sesiapa yang nak join boleh klik banner kat atas tu.. tarikh tutup pada 26 Mac ni tau.. tak lama dah ni. .

Lazada Birthday Blogger Contest

Imej
assalamualaikum semua, teruja pulak bila tengok kawan-kawan update entri pasal Blogger Contest dari Lazada .. yang menariknya lebih ramai blogger yang masuk akan lebih ramai yang menang hadiah tau! jadi marilah kita meramaikan penyertaan bagi meraih lebih banyak hadiah! Lazada Birthday Blogger Contest A. Apa yang aku suka pasal Lazada? 1. Ramai penjual berbeza. part ni aku tak nafikan la aku memang merupakan pembeli tegar secara online.. antara sebab aku suka sangat membeli di Lazada kerana di Lazada terdapat beberapa penjual berbeza hanya untuk satu barang yang dijual.. jadi ianya memberi lebih pilihan kepada pembeli untuk membeli dengan bijak.. 2. Barang yang berkualiti dan menepati spesifikasi. malah sejak awal lagi Lazada diperkenalkan pun aku dah cuba-cuba membeli.. dan alhamdulillah setakat aku beli ni belum pernah lagi la terkena dapat barang yang tak menepati citarasa atau menepati spesifikasi yang dah diberi oleh penjual.. setakat ni barang ya

Sejuknya air di Hutan Lipur Gunung Belumut

Imej
assalamualaikum semua, apa korang buat pada cuti sekolah ni dengan anak-anak ? kami balik kampung je.. bukan la sesuatu yang sangat best pun agaknya untuk sesetengah orang tapi bagi kami dah macam best sangat sebab kami dapat pergi ke Air Terjun Gunung Belumut yang baru je dibuka semula! bergambar di hadapan pintu masuk Hutan Lipur Gunung Belumut Sejak kecik lagi aku memang takde sangat pergi ke tempat rekreasi lain walaupun kami tak jauh dari bandar Mersing yang ada pantai.. dan bandar Kota Tinggi yang jugak ada air terjun..  Boleh nampak permandangan gunung ni dari mana-mana area kampung aku ni sebenarnya makin dekat dia melambai kami untuk datang.. Air Terjun Gunung Belumut atau Hutan Lipur Gunung Belumut ni la yang kami selalu pergi waktu musim cuti, musim panas dan waktu tiada bekalan air paip di kawasan kami.. air terjun ni jugak selalu menjadi destinasi kunjungan saudara-mara yang datang bertandang ke rumah mak dan abah.. antara alasan paling

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus