Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar dan rumah. Nak parking pun

Donut Coklat Murah cuma berharga RM2 di Kuantan!

Imej
Donut Coklat Murah di Kuantan! assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan satu lagi tempat makan best dan wajib pegi kat Kuantan ni.. ianya ialah Donut coklat murah yang cuma berharga RM2 je satu tau.. haa.. teruja nak tau? meh teruskan baca..  mulanya aku terbaca pasal donut ni masa aku tengok paparan di wall facebook masa scroll status kawan-kawan.. tetiba ada iklan pasal satu bakeri ni jual donut murah dan lembut.. teruslah menarik hati kan? Donut Coklat RM2 pastu baca pulak review dan komen-komen orang lain dalam status facebook yang diiklankan tu memang mengakui yang donut tu sangat sedap dan lembut.. siap ada pulak komen yang kata dia tak sempat beli sebab dah habis.. lagi teruja aku nak cuba rasa.. sedap sangat ke? nampak kan iklan melalui facebook ni sangat mempengaruhi.. buktinya aku dah terpengaruh ni haa.. hahaha.. Donut Coklat RM2 ok meh kita cerita kat mana nak cari donut sedap dan murah ni? kat bawah ni ada gambar kedai bakeri yang diber

Mee Udang Banjir Kuala Selangor mengecewakan!

Imej
assalamualaikum semua, baca tajuk pasal mee udang banjir kuala selangor je mesti korang rasa teruja nak tau apa kisah di sebalik tajuk mee banjir udang banjir kuala selangor yang mengecewakan ni kan? bukan korang je tapi aku pun teruja nak cerita.. suasana dalam kedai - sesuai la untuk keluarga tapi ini pengalaman aku.. diulangi pengalaman aku yang diceritakan dari cerita yang aku alaminya sendiri ketika datang bertandang ke Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor ni.. aku kena cakap macam ni sebab nanti kalau aku tak cakap, akan ada je peminat setia yang tegar akan kata aku ni jenis blogger yang nak tutup periuk nasi orang.. bukan aku tak pernah kena dulu pun.. dulu la.. lama jugak.. jadi jujur pun salah tau.. aku pulak jenis kalau sedap dan ok layanan kedai makan tu aku memang puji la dan akan tolong promosikan untuk kawan-kawan datang jengah sama.. tapi kalau sebaliknya aku takkan senyap jugak.. jadi maaflah kalau menyinggung orang yang berkenaan.. signboard kedai ya

Pengalaman pertama Photoshoot Raya KBBA9 bersama Wan Izhar Abu Bakar

Imej
Photoshoot Raya KBBA9 bersama Wan Izhar. assalamualaikum semua, aku bersemangat nak ceritakan pengalaman pertama aku sertai KBBA9 atau Kelab Blogger Ben Ashaari untuk Photoshoot pre raya pada hari sabtu yang lepas.. konon nak buat entri ni awal lagi tapi disebabkan kami masih lagi ke hulu hilir sejak dari sabtu lepas abis je majlis tu.. maka entri jadi tertunggak pulak.. berangan model di hari raya.. hahaha psstt... cantik kan baju dari Butik Farisha Hana ni? dan ditambah pulak dengan masalah instagram yang tetiba je melanda beberapa hari lepas terus semangat aku jadi merundum pulak nak cerita dengan korang pasal majlis ni.. tapi bila instagram kembali pulih hari ni jadinya aku bersemangat la lagi nak meneruskan perjuangan untuk menulis entri yang berharga ni sempena hari yang bersejarah ni..  pada hari Sabtu, 22 April 2017 .. cewaah dah macam baca berita pulak aku rasa.. hahaha.. bertabah la korang.. dah kata tadi hari bersejarah kan namanya.. sebenarnya ha

Aktiviti kami di hujung minggu

Imej
assalamualaikum semua, hari ni macam tersedar dan pelik pulak bila tengok blog dah takde entri baru dalam minggu lepas.. takde jugak aktiviti kami sepanjang minggu.. semua gara-gara aku ada kerja luar di Kota Bharu dan beberapa masalah lain yang melanda la ni.. senja di Kuala Selangor dan hari ni terasa macam terpukul pulak bila akaun instagram pulak buat hal.. jadinya aku berusaha la pulak nak updatesemua cerita tertunggak sepanjang minggu lepas sampai ke hujung minggu ni..semalam baru selesai sesi penggambaran untuk warga KBBA9 di Muzium Warisan UPM.. yang tu nanti akan ada entri lain.. insyaAllah.. tengah tunggu gambar.. buat sementara ni kami masih berada di Kuala Selangor, melawat adik comel aku kar sini.. lama sangat dah anak-anak tak jumpa moksu diorang ni.. sejak dari dia mula praktikal kat sini.. dan semalam kami dah cuba makan kat Restoran Aroma Ikan Bakar yang terkenal kat Kuala Selangor yang akhirnya kami cuma dapat minum airsirap je kat sini yang berharga

Akaun Instagram Tak Wujud!

Imej
Akaun Instagram Tak Berfungsi? assalamualaikum semua, sejak semalam lagi ada beberapa orang kawan yang mengadu yang akaun instagram mereka tak wujud atau hilang secara tiba-tiba.. katanya terus tak berfungsi dan takde dalam radar.. panik jadinya masing-masing.. gambar dari ihsan kawan dan pagi ni pulak bila aku nak cuba masuk nak hantar gambar ke Instagram terutama gambar masa photosoot KBBA9 semalam tetiba dia mintak aku bagi verification code yang kononnya dihantar ke nombor telefon aku.. puas jugak la tunggu.. masalahnya takde pun nombor yang sampai pun.. ada sesiapa yang kena macam aku tak ye? dan sehingga kini aku nak cuba lagi masih lagi sama.. apa nak buat ni? ada sesiapa yang boleh tolong? kononnya baru nak upload gambar masa photoshoot semalam.. tapi hampa betul bila asyik la keluar gambar macam kat atas tu..

Selamat Hari Lahir yang ke 10 sayang..

Imej
Selamat Hari Lahir Yang ke 10 Sayang assalamualaikum semua, aku dah ada di Kota Bharu sekarang ni.. pagi tadi bertolak sebab ada kursus di sini sehingga Khamis.. tapi cuma nak jugak buat entri ucapan Selamat Hari Lahir buat anak yang tersayang..           Birthday boy dengan keknya Selamat hari lahir abg long sayang.. walau ummi takde bersama dengan awak waktu ni di hari ni.. tapi ketahuilah doa ummi sentiasa mengiringi..  semoga anak yang diberi nama Ahmad Haziq Hakimi menjadi anak yang soleh, dirahmati Allah di mana jua abg long berada, dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh yang baik, ditetapkan iman dan berjaya menjadi umat Islam yang cemerlang satu hari nanti..  walau ummi tau awak amat mengharapkan ummi ada untuk awak meraikan hari istimewa ini.. kerana sejak dari awal bulan awak menghitung hari untuk sampai ke tanggal 17 April 2017.. ummi faham dan sangat faham harapan seorang anak.. terutama muka sedih awak semalam dan pagi tadi bila ummi cakap ummi te

Si Comel Casandra Limited Edition

Imej
Si "C" aka Casandra yang dinantikan.. Limited edition ni! assalamualaikum semua.. semalam aku ada update pasal Si "C" yang bakal mendambarkan si peminat.. terutama peminat tudung dan shawl koleksi terhad atau limited edition .. sebenarnya aku nak cakap pasal koleksi tudung Casandra yang terbaru.. Si Cantik Casandra ~ Girlish Diamond Shawl mesti ada yang akan cakap.. ooo.. rupanya tudung.. ingatkan apa tadi kan? Aku saje je nak bagi kejutan terutama bila dah lama tak menulis kat blog ni.. rindu pulak nak menaip panjang-panjang.. kalau di facebook bukan tak boleh naik menaip panjang-panjang tapi macam rasa tak berapa best je.. tu yang aku jarang menulis status panjang di facebook.. Pearl Diamond Square Scarf Exclusive Diamond Shawl Butterfly Diamond Shawl dan sempena dengan kedatangan Si "C" atau Casandra yang pastinya akan memikat hati ni aku nak tulis satu post khas.. sila baca dengan mata bersinar-sinar ok.. haha..

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus