Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Menang duit raya dari Denaihati!

Imej
assalamualaikum semua, semalam dah cerita pasal rezeki menang RM500 dari SGshop.. hari ni nak cerita pulak menang duit raya dari Tuan Amir Denaihati yang baik hati.. alhamdulillah.. rezeki duit raya seingat aku memang tiap tahun ada je disediakan hadiah berbentuk wang tunai untuk pembaca blog Denaihati.. kadangkala contestnya sangat senang nak buat.. tapi berbaloi untuk cuba..  bukan setakat ganjaran duit raya macam ni.. malahan beliau memang rajin sangat panjangkan rezeki yang beliau terima melalui cara macam ni.. antaranya yang aku pernah join ialah.. 1. Senaraikan entri blog yang paling banyak dikongsikan oleh pembaca Denaihati. 2. Senaraikan entri blog yang paling suka kita baca dalam bulan Ramadhan. 3. Senaraikan status facebook page Denaihati yang paling aku suka.. yang ni yang terbaru la.. dan sebagai ganjaran, peserta yang berjaya memikat juri boleh mendapat hadiah wang tunai.. yang no 1 tu aku tak berjaya.. no 2 dapat RM25 dan yang terbaru no 3

Menang wang besar dari contest!

Imej
assalamualaikum semua, aku lupa nak cerita dengan korang yang aku menang contest dari blogger Ayue Idris dengan hadiah yang agak besar baru ni tau.. terkujat jugak bila diumumkan sebagai pemenang tu.. terus syukur tak terkata la.. alhamdulillah rezeki menang RM500 sebabnya masa aku join pun dan hari terakhir dah pun tau.. berebut nak join jugak bila tau nilai hadiah.. hadiahnya ialah boleh menang voucher bernilai RM500 dari SGshop.. mau tak berebut nak join kan? pulak tu dalam kepala memang dah ada dah apa je barang yang aku cadang nak beli.. itu pun kalau aku menang la.. sekali ayue umumkan pemenang kat facebook dia tu memang aku sangat terkedu la.. nama dalam senarai tu nama yang terakhir pulak tu.. alhamdulillah.. itu la orang cakap kalau dah rezeki tu tak ke mana kan? bertimpa-timpa rezeki datang sebulan dua ni.. semuanya harus disyukuri walaupun ada yang cuma sikit sangat pada orang lain.. tapi pada aku walau sikit atau banyak tetap rezeki dari Allah jua Maha Pem

Best ke balik kampung untuk hari raya?

Imej
Best ke balik kampung untuk hari raya? assalamualaikum semua, korang mesti tengah sakan lagi beraya ke hulu hilir sambil mengayakan baju raya korang tu kan? aku tahun ni mujur ada sepasang je baju raya.. pasal tak berjalan sangat pun walau cuti lama.. tahun ni giliran beraya di Pekan, Pahang dulu kat rumah mak shah..  Best ke balik kampung untuk hari raya? tapi insyaAllah esok, raya ketiga kami akan balik beraya di Johor pulak.. biasanya kalau balik bercuti lama macam sekarang ni kami akan balik dengan susah payahnya mengangkut kain baju yang banyaknya tak terkata.. hahaha.. siapa geng macam aku? bukan kami taknak bawak baju sikit atau basuh baju yang dah dipakai tu tapi itulah bila dah ramai-ramai balik kampung tu tentunya masing-masing akan sama je mengangkut kain baju nak dipakai kan.. tambah pulak tu bila masing-masing berebut sama nak basuh baju.. memang seksa woo.. kena pulak siap cepat dia dapat ampai baju dulu.. makanya azab la tunggu giliran..  tapi aku ada

Bukan hanya lemang dan rendang juadah raya kami tahun ni

Imej
assalamualaikum semua, korang masih best layan mood raya ye? aku hari ni melepak kat rumah je.. dengan harapan ada orang nak datang rumah.. shah dah selamat gi keja pagi tadi.. aku tinggal dengan anak-anak kat rumah mak shah ni.. sibuk abg hensem ni bakar lemang hari ni aku nak kongsikan juadah hari raya kami semalam.. hari ni jangan tanya la.. tekak dah rasa muak pulak.. kita makan benda-benda biasa je la hari ni.. meh kita tengok apa je juadah raya kami jom.. ketupat segera, lemang, rendang dan sayur goreng ini jelah juadah raya kami yang ada... cuma ada lemang, rendang, sayur goreng dan ketupat segera je.. tapi apa pun tetap meriah tau.. sebabnya semuanya tu kami sediakan sendiri dan yang pentingnya kemersaan semasa proses penyediaan tu yang penting.. eh lupa.. tahun ni kami buat lemang jagung jugak tau.. nampak kan dalam pinggan tu.. senang aku lambakkan sekali semua dalam satu pinggan.. hahaha aku ada jugak beli daun kelapa untuk buat ketupat dengan lepa

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017 assalamualaikum semua, tahun ni terasa macam semuanya cepat sangat berlalu.. belum sempat lagi nak cerita pasal kuih raya yang aku buat masa bulan Ramadhan.. belum sempat lagi nak cerita pasal lauk kami berbuka dan bersahur pun.. tetiba eh dah sampai Syawal? selamat hari raya buat pembaca Cerita Ita walau masa terasa sangat cepat berlalu tapi aku bersyukur yang kami masih diberikan kesempatan untuk melalui sebulan di bulan Ramadhan dan akhirnya dapat menyambut syawal pada tahun ni.. disertai dengan doa supaya dapat menyambutnya lagi di tahun akan datang.. tahun ni agak istimewa sebab abg ngah baru mula belajar berpuasa dan akhirnya abg ngah berjaya habiskan cabaran berpuasa selama sebulan.. alhamdulillah.. mula-mula memang seksa la.. dah lama sikit tu ok la sikit.. dia dah mula biasa dan tak merengek lagi dah.. syukur.. bila tanya masa akhir berbuka malam tadi pun elok je  dia jawab.. Ummi : Abg ngah.. susah tak puasa?

INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN SEPANJANG PERAYAAN AIDILFITRI 1438H/ 2017

Imej
INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN SEPANJANG PERAYAAN AIDILFITRI 1438H/ 2017  assalamualaikum semua, korang dah selamat balik kampung ke? atau ada yang baru je nak memulakan perjalanan balik kampung untuk berhari raya tahun ni? atau masa ada yang tercari-cari laluan alternatif bagi menggelakkan kesesakan sewaktu pulang berhari raya kali ni? INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN aku rasa kebanyakan orang akan bercuti panjang sebab cuti raya kali ni kemungkinan besar akan jatuh pada cuti hujung minggu.. jadinya kebanyakan orang cuma perlu tambah cuti beberapa hari lagi untuk bercuti keseluruhan minggu.. macam kami pun akan mula bercuti esok dan insyaAllah akan terus sambung sampai lepas raya nanti.. kali ni aku nak kongsikan dengan korang info laluan alternatif bagi elakkan kesesakkan sewaktu balik kampung nanti.. meh baca lagi.. mana la tau nanti salah satunya laluan yang patut korang pilih ke nanti kan.. Dari Pantai Remis /

Majlis Sambutan Berbuka Puasa di JPV Pahang

Imej
assalamualaikum semua, tengah hujan lebat dekat luar tu.. sangat-sangat lebat sampai tv pun dah takde siaran.. biasalah kalau guna astro walaupun cuma njoi namun dia tetap menjadi peramal cuaca yang baik.. hahaha.. asal takde siaran mesti hujan, asal hujan mesti takde siaran.. hai! ini kami di majlis berbuka puasa tapi aku bukan nak cerita pasal siaran astro tu pun.. aku nak cerita pasal majlis berbuka puasa kami semalam.. bukan hari ni ye.. tapi semalam.. kenapa semalam? sebab semalam agak special sikit.. ada majlis berbuka puasa dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang.. yang paling istimewanya ialah Dato' Timbalan ni merupakan mantan Pengarah di Negeri Pahang satu masa dulu.. Selamat Datang Kembali ke Pahang Dato'!  Dato' Pengarah Negeri Pahang berucap Timbalan Dato' Pengarah pulak berucap masa majlis semalam boleh pulak tetiba ribut melanda bermula jam 6.30 petan

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Imej
Assalamualaikum semua, hari ni nak join satu lagi contest.. contest oleh blogger AyueIdris iaitu SGshop “Jom Shopping!” Contest.. dah hujung-hujung dah pun ni.. tapi diharapkan ada la rezeki dalam bulan Ramadhan ni.. mana la tau kalau ada rezeki menang tu boleh cover sebahagian barangan yang memang aku tengah berkira-kira nak beli ni.. jom kita tengok apa syarat dia.. SGshop “Jom Shopping!” Contest Cara penyertaan 1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest - done 2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda - done jugak 3) Jawap 2 soalan berikut: Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?  Ok. SGshop ni sebenarnya menawarkan perkhidmatan membantu pembelian secara online serta penghantaran barangan daripada China. Dan semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari je tau.. dengan hanya beberapa klik! Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia  (Letakkan sekali gambar dan link item) d

Persiapan ke Korea : Pasport

Imej
Persiapan ke Korea : Pasport assalamualaikum semua, minggu ni insyaAllah akan jadi minggu terakhir dalam bulan Ramadhan.. semua orang sibuk dengan persiapan untuk hari raya .. aku sekeluarga pun tak terkecuali jugak.. tapi dalam pada mood raya tu aku kena jugak selesaikan keperluan persiapan untuk ke Korea pada bulan depan.. Pasport Malaysia dah tak lama dah.. kalau kira bilangan hari tu tak sampai pun sebulan lagi aku akan ke Korea .. masih rasa tak percaya pun ada.. dalam masa yang sama pun aku rasa jugak sedih sebab terpaksa meninggalkan insan tersayang selama lebih kurang 2 minggu jugak tu.. mesti aku akan rasa rindu serindu-rindunya bila kat sana nanti.. aku harap sangat aku dan orang yang bakal ditinggalkan akan ok.. doa-doakan jugak ye korang.. dan sebagai salah satu syarat persediaan untuk ke Korea ni, aku kena buat pasport.. sebenarnya ayat sebenar dia ialah perbaharui pasport sebab aku dah ada passport yang dibuat pada tahun 2007 .. waktu tu aku pe

Persiapan hari raya 2017

Imej
assalamualaiku m semua, semua orang sibuk pasal persiapan hari raya yang makin menjelang tiba.. kami ni pun sama sibuk jugak tapi bukan sibuk apa sangat.. lebih kepada sibuk siapkan persiapan untuk anak-anak je la.. maklum la tahun ni abg ngah baru belajar berpuasa.. kenalah hargai usaha anak-anak.. memang kebanyakan pun orang cakap raya ni cukup seronok sebenarnya untuk anak-anak berbanding dengan orang dewasa.. deretan baju raya aku tak mau ulas lanjut pasal sambutan raya ni pasal ada orang ada pendapat dia sendiri dan mereka pun bebas mempertahankan pendapat masing-masing.. cuma pada aku kalau kita orang dewasa hendak berduka dengan apa pun jua dengan pengalaman hidup kita, agak tak adil bila kita heret anak-anak sama dalam kedukaan tu.. mereka ada hak untuk merasai kegembiraan menyambut hari raya macam orang lain.. atas sebab tu kami memang cuba sedaya upaya mengadakan jugak keperluan anak-anak setiap tahun.. bukan tanda bermewah-mewah tapi berbelanja seadanya mengi

Cari baju raya? Meh beli kat Farisha Hana!

Imej
assalamualaikum semua, mungkinkah hari ni merupakan hari Ahad terakhir dalam bulan Ramadhan? Sebab aura raya tu macam dah terasa kat mana-mana.. iklan raya, kuih raya, jualan baju raya dan lagu raya pun dah mula kedengaran kat mana-mana.. semua la pendek kata sibuk cerita pasal raya.. tapi baju raya korang dah beli ke belum? Butik Farisha Hana Kuantan kalau ada yang jawab belum dan masih nak mencari terutama yang duduk di sekitar Kuantan yang nakkan suasana beli belah yang selesa dan tak bersesak-sesak tu eloklah korang teruskan baca.. pasal aku nak bagitau satu butik best untuk korang beli baju raya ni.. eh dah tertunjuk gambar kat atas tu pulak.. hahaha.. ok untuk sesiapa yang dah pernah tengok baju aku masa aku pakai untuk sesi photoshoot pada bulan April aritu mesti nak dah tau dari mana baju aku masa tu datang.. dan sebenarnya baju yang cantik tu dari sebuah butik tu yang bernama  Farisha Hana .. butik ni ada kat Kuantan je ni haa.. dekat sangat.. korang yang duduk

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus