Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Salam Kemerdekaan ke 60 buat Malaysia!

Imej
Assalamualaikum semua, masih belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat menyambut Hari Merdeka yang ke 60 buat semua rakan-rakan dan pembaca blog Cerita Ita ni.. salam merdeka dari Cerita Ita tiap tahun kami seronok menonton tv untuk tengok perarakan sempena sambutan hari merdeka yang disambut setiap tahun.. yang ni memang aku tak pernah terlepas nak tengok setiap tahun.. entah kenapa kalau ada je cerita pasal sejarah, hati aku ni macam meronta-ronta nak tau.. walaupun sejarah negara orang lain.. haha.. dah tahun lepas kami bertuah dapat sertai sama-sama tengok perarakan merdeka di depan mata masa kami pergi sambutan di Kuantan.. ada jugak anak-anak mengajak nak pergi lagi tahun ni tapi disebabkan kami nak balik kampung bersekali sambutan Hari Raya Aidiladha jadi kami tak berkesempatan nak tengok lagi perarakan secara langsung macam tahun lepas.. seronok tengok reaksi anak-anak terutama bila dapat tengok kenderaan pasukan beruniform yang ada walau cuaca agak panas..insy

Misi menghantar laporan selesai!

Imej
Assalamualaikum semua, alhamdulillah semalam selesai la misi aku menghantar laporan ke JPA dan jugak HQ DVS.. lega dah beban dah selesai.. akhirnya.. dan hari ni aku dah mula bercuti dah pun.. Laporan EDP 2017 meh aku ceritakan kisah perjalanan kami semalam.. awalnya kami bergerak dari Kuantan jam 7 pagi.. kami singgah bersarapan di Restoran Zaman.. sempat la aku makan nasi lemak yang sangat popular di restoran ni.. tapi penuh ranjau tau nak makan sebungkus nasi lemak je pun.. hahaha.. nanti la aku ceritakan kisahnya.. lepas makan sarapan kami teruskan perjalanan dan kami singgah berhenti rehat untuk buang air, rehatkan badan pemandu sekejap dan jugak rehatkan kenderaan yang kami naik tu di R&R Genting Sempah.. maklum la kami naik kereta yang berusia lebih 20 tahun.. uzur sangat dah kereta Pajero tu nak mendaki Lebuhraya Karak selepas tu..  ubi keledek jepun kukus sempat la aku singgah beli ubi keledek jepun yang manis kat tepi Hentian Rehat dan

Laporan EDP siap akhirnya!

Imej
Assalamualaikum semua, hari ni aku bertungkus-lumus menyiapkan ubahsuai laporan EDP buat kali yang terakhir.. banyak pulak rupanya ayat yang tak berapa best dalam laporan tu bila baca balik..  Laporan EDP siap! setelah menjalankan penyemakan terakhir tadi aku pun buat keputusan nak hantar pegi cetak terus.. sekali aku tanya kedai.. terkedu wei dengar harga.. diorang ambik harga RM1.20 untuk sehelai kertas biasa dengan cetakan berwarna  dan RM1.50 untuk art paper.. jadi aku pun patah balik pejabat dan cetak kat pejabat je.. langkah terakhir tu baru la aku buat kat kedai..  sebelum aku buat keputusan nak cetak kat pejabat tadi, aku buat jugak tinjauan merata bandar Kuantan tadi.. ada la tanya dua tiga kedai tadi tapi ada jugak la kedai yang tak dapat nak buat binding macam yang aku nak.. diorang panggil ni perfect binding kalau tak silap..  dan yang paling kelakar apa tau? aku jelajah jauh-jauh dan susah payah rupanya kedai yang akhirnya boleh buat tu

Baca Novel Kitab Lama lebih 3 bulan?

Imej
Baca Novel Kitab Lama lebih 3 bulan? assalamualaikum semua, akhirnya aku berjaya jugak abiskan pembacaan buku yang sangat menguji emosi ketika membacanya.. Kitab Lama karya Sha Hanim Ramli.. fuh.. sangat menguji akal dan emosi.. Kitab Lama ~ Sha Hanim Ramli dan aku dah bagitau kat facebook pun yang aku habiskan pembacaan dalam masa 4 bulan.. tapi sebenarnya aku berjaya habiskan dalam masa kurang dari 3 bulan.. alhamdulillah.. satu percapaian yang agak teruk dan itu terlalu lama bagi orang lain agaknya..  kenapa aku ambik masa begitu lama nak abiskan buku yang tebalnya cuma tak sampai 500 mukasurat ni? haa.. banyak dugaan sebenarnya..  1. Antara sebab utamanya ialah aku bermula membaca di awal kedatangan bulan mulia dalam Islam iaitu bulan Ramadhan.. dan akhirnya membuat aku terfikir yang membaca al-Quran adalah lebih utama dari membaca novel. 2. Sebab kedua ialah, masa aku yang agak terhad untuk luangkan masa membaca novel sebegini.. kebanyakan masa dihabiskan

Menikmati sandwich sedap dari Garsa Kitchen

Imej
assalamualaikum semua, eh aku belum ceritakan pasal sandwich sedap dari Garsa Kitchen yang aku makan aritu eh? alahai apasal la dah jadi pelupa benar ko ita..  menu baru - Salted egg chicken ok-ok meh kita cerita ok.. aku cuma nak bagitau yang aku berkesempatan rasa sandwich dari Garsa Kitchen jugak walaupun aku duduk di Kuantan tau.. ecece.. meh eksen sikit kat korang ehh.. hahaha.. menu baru - Salted egg chicken maklumlah nak merasa sandwich sedap dan moden gini haruslah aku kena cari kat area-area lembah kelang je biasanya.. maksud aku pembuatan yang masih terpelihara menggunakan bahan dan cara homemade tu tau! itu yang best tu.. dan disebabkan Garsa Kitchen dah buka cawangan baru yang terdapat di Putrajaya, jadinya aku sempat la merasa waktu aku ke Putrajaya baru-baru ni.. dengan geng-geng seangkatan merasa la jugak.. alhamdulillah.. menu baru - Salted egg chicken Kebetulan pulak tu Garsa Kitchen yang memang dah terkenal dengan pembuatannya sand

Burger Syok McDonald dan Aiskrim McFlurry Durian

Imej
Assalamualaikum semua, semalam aku masih berhempas pulas menyiapkan laporan kursus EDP yang aku pergi bulan lepas tu.. gigih menyiapkan di saat-saat akhir di samping kerja-kerja hakiki yang menimbun.. dan semalam akhirnya siap jugak laporan tu.. tinggal nak cari tempat nak print je ni..  McFlurry Durian jadi bila dah siap tu haruslah bagi reward dengan diri sendiri kan? hihihi.. alasan.. sebenarnya aku lebih teruja bila tau McDonald jual aiskrim durian tau.. macam best je.. macam sedap je.. tu yang teringin nak rasa..  jadinya semalam bila shah tanya nak makan kat mana aku terus ajak ke McDonald baru kat Taman Esplanade Kuantan tu.. pasal tu yang paling dekat dari tempat kerja aku kat area Seri Kemunting tu haa.. nampak tak kegigihan mak yang balik malam-malam hari untuk siapkan report? anak-anak pun terheret sama.. huhuhu maaf ye nak..  bergambar dengan McDonald~perasan tak budak kecik yang duduk jauh tu.. huhuhu.. dia takut tapi muka masing-masing c

Semangat Merdeka di jiwa anak-anak

Imej
assalamualaikum semua, pagi ni abg long dan abg ngah pergi sekolah sesama sebab abg ngah kena hadir sekolah untuk sesi pagi.. sekolah buat satu sesi je hari ni bersempena sambutan bulan merdeka di sekolah.. gembiranya masing-masing sampai kat sekolah  dan tahun ni sekolah anak-anak akan buat aktiviti bendera gergasi di sekolah.. ntah macamana gayanya ntah.. harap semuanya dipermudahkan Allah dan berjalan dengan baik.. insyaAllah..  tak terbayang kalutnya cikgu-cikgu nak kawal anak-anak di sekolah bila persekolahan satu sesi ni.. mesti agak kelam kabut tu nanti.. kesian cikgu.. harus terjerit-jerit sampai hilang suara tu nanti.. hihihi.. mujurlah esok dah mula cuti seminggu..  sebagai persediaan untuk hari ni, anak-anak dikehendaki bawak peralatan semalam untuk buat topi merdeka.. tapi bila balik tengok abg long punya topi sekerat jalan takde bendera.. abg ngah pulak cuma sempat warnakan bendera je.. satu apa tak sempat buat..  jadi cikgu mintak tolong ibubapa s

wah bersenam di Gym pulak?

Imej
assalamualaikum semua, petang ni mengantuk benar mata aku ni.. masih memikirkan banyak benda yang belum siap.. terkejar-kejar dek masa.. baru ni kononnya bila gi kursus malam-malam tu boleh la nak selesaikan memana yang tertangguh rupanya line telefon pulak terus merundum bila masuk bilik.. sedih betul.. kami mulakan dengan kayuh basikal dulu sudahnya aku banyak abiskan masa buat benda lain je la.. dan disebabkan ada geng masa bermalam kat Hotel Bangi-Putrajaya tu jadinya aku pun ajak la kawan sebilik tu pergi gym sama-sama.. dengan harapan dapat la buat senaman ringan-ringan macam kayuh basikal ke apa ke kan.. alhamdulillah, syukur jugak waktu kami duduk situ memang tak ramai orang pun.. jadinya puas jugak la kami mengodeh peralatan gym yang ada kat situ walau pada hakikatnya tak pernah guna wei..hahaha.. seumur hidup mana la pernah masuk gym.. eh silap.. masuk pernah la tapi bersenam atau guna peralatan yang ada kat dalam tu memang belum pernah sekali pun la..  t

Ada apa dengan Traveloka dan Sukan SEA KL2017

Imej
Ada apa dengan Traveloka dan Sukan SEA KL2017? assalamualaikum semua, mesti korang pelik tengok tajuk aku tu kan? Ada apa dengan Traveloka di KL2017? Haa.. kalau korang mengikuti facebook atau instagram aku mesti korang perasan yang aku baru je balik dari hadiri kursus di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.. dan kalau nak tau sebenarnya susah betul nak cari penginapan terutamanya hotel di kawasan sekitar dalam musim Sukan SEA 2017 berlangsung.. Traveloka dan Sukan Sea KL2017 tapi.. korang jangan risaulah sebab selaku salah satu penaja rasmi Sukan SEA KL2017 ni Traveloka sedang menyediakan promosi yang sangat istimewa.. eh.. kejap.. ada yang masih tak sedar ke kita sedang dilanda demam Sukan SEA KL2017? Meh aku cerita sikit ya.. selepas 16 tahun, negara kita Malaysia dipilih sekali lagi untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA yang ke - 29 yang sedang berlangsung dari 17 hingga 23 September 2017.. Setakat hari ini Malaysia selaku tuan rumah dah mendahului dengan pungutan 5

Pengalaman best bercuti di ERYA by SURIA Hot Spring Bentong!

Imej
Pengalaman best bercuti di ERYA by SURIA Hot Spring Bentong! Assalamualaikum semua, baru-baru ni kami sekeluarga berpeluang luangkan masa bersama untuk bercuti.. seronok la terutama bila kau dah tinggalkan keluarga untuk masa yang agak lama untuk urusan kerja.. jadinya tak salah kalau bagi sedikit penghargaan buat mereka yang tersayang dengan bercuti bersama kan? Kali ni tempat pilihan kami sekeluarga ialah ERYAbySURIA Hot Spring Bentong ! Bergambar kenangan di lobi ERYAbySURIA Hot Spring Bentong mesti korang pelik kenapalah ERYAbySURIA Hot Spring di Bentong ni yang menjadi pilihan kamu kan? Antaranya ialah mereka ada kolam renang yang best! dan paling best lagi kawasan yang jauh dari kesibukan kota metropolitan.. sangat aman damai tau.. sepanjang perjalanan boleh hayati permandangan yang hijau saujana mata memandang dan jugak air terjun yang cantik! Tapi jangan terkejut sebenarnya jarak resort dan hotel ni cuma 69km je dari Kuala Lumpur.. air terjun yang cantik

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus