Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Dobi layan diri di Cameron Highlands

Imej
assalamualaikum semua, kami masih di tempat yang sejuk ni lagi pagi ni.. pagi ni suhu agak sejuk dari semalam sebab hujan awal pagi tadi.. suhu sekarang ni 16 darjah celcius.. sejuk sangat bagi kami yang jarang jumpa alat penghawa dingin.. inikan pulak penghawa dingin semulajadi.. bila keadaan sejuk macam ni mulalah risau jugak baju-baju sulit yang dibasuh tak kering.. mula terfikir nak cari dobi layan diri je sebab malu nak hantar yang sulit-sulit tu ke dobi.. jadi misi mencari dobi layan diri di Cameron Highlands ni pun bermula nampaknya..  Dobi layan diri di Cameron Highlands  sebenarnya sejak kami sampai lagi dobi ni merupakan tempat pertama yang kami akan cari.. kalau ke mana-mana memang macam ni la selalunya.. maklum la anak ramai ni.. memang gini la gayanya.. kalau tak harus kena bawak baju yang banyak setiap kali bergerak.. jadi nak jimat ruang yang ada memang kena pergi ke dobi sekurang-kurangnya sekali dalam masa percutian 3 hari 2 malam..  dan kami dah tinja

Bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands

Imej
Bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands  assalamualaikum semua,  kami di Cameron Highlands sekarang ni.. sebenarnya ini percutian yang tak dirancang pada awalnya.. asalnya sebelum cuti sekolah hari tu kami cuma akan habiskan masa di Kuala Lumpur sahaja selepas selesai uruskan urusan abah di HUKM tapi perancangan berubah mengikut keadaan semasa.. tapi tiba-tiba masa aku klik lawan web Bahagian Pengurusan Hartanah dan cari info nak tulis pasal macamana aku tempah rumah transit masa gi Kuala Lumpur hari tu ternampak pulak ada kosong di bahagian rumah peranginan persekutuan..  Bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands  apa lagi aku laju-laju la tempah untuk 2 malam.. mana taknya kekosongan di waktu-waktu cuti sekolah ni adalah julung-julung kali nak jumpa.. sampaikan ada kawan tanya apa tips aku macam senang je nak tempah rumah transit dan rumah peranginan ni kan.. tahun ni je aku dah tempah 2 rumah peranginan,  di Bukit Fraser dan jugak di Ca

Cara potong ketupat segera yang mudah

Imej
assalamualaikum semua,  korang biasa tak masak sesuatu resepi yang ada guna ketupat segera? kalau aku memang selalu la.. kadang-kadang masak ketupat dan makan gitu je cicah apa kuah yang ada pun buat jugak.. punyalah suka makan nasi dalam apa jua bentuk.. pastu tanya lagi bila nak kurus.. hahaha.. ntah apa-apa.. kalau korang sepesen macam aku mesti masa nak potong ketupat segera tu korang rasa leceh kan..  Cara potong ketupat segera yang mudah terutama bila masak makanan yang memang nak lena potong dulu ketupat segeranya baru boleh lengkap resepinya tu.. macam lontong goreng,  lontong dengan kuah lodeh.. ceh sebut pulak nama resepi kegemaran di awal pagi.. mulalah rasa nak makan semuanya..  ok aku nak tau, kalau korang biasanya potong ketupat segera ni dengan cara macamana?  aku ada letak gambar kat bawah ni.. korang pilih la korang potong cara A atau cara B..   Cara potong ketupat segera yang mudah Cara potong ketupat segera yang mudah kalau tanya aku

Tergoda lagi dengan Kasut Ijmal !

Imej
assalamualaikum semua, aku dah cerita pasal kasut Ijmal dulu masa aku pergi program EDP ke Korea hari tu.. memang puashati pakai Ijmal ke sana sini.. selesa dan tak rasa sakit kaki bila banyak berjalan.. lepas tu baru-baru ni ternampak pulak Ijmal update dalam page dia ada kasut design baru.. cantik tau.. tergoda punya pasal aku terus tinjau dalam website Ijmal kot-kot aku berkenan pulak ke kan.. hahaha.. dasar orang perempuan ginilah..  Tergoda lagi dengan Kasut Ijmal ! lepas je aku tengok website tu lain pulak yang aku terberkenan tau.. terpikat dengan kasut Ijmal plain yang warna kuning mustard ni.. Ya Allah.. mujur je tak sampai tahap mengences kata orang Jawa.. kiranya macam dah menjejes-jejes air liur la tengok kasut tu.. tapi tahap mimpi jugak la.. mimpi orang belikan.. hahaha.. rupanya betul wei.. hari ni mimpi tetiba esok kasut sampai.. kau rasa? haa.. jadi sesiapa yang nak bermimpi untuk sesuatu tu silalah bermimpi ok.. sebab tak mustahil jadi kenyataan tau.. 

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus