Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Giveaway Kenangan Raya Ceritaita

Imej
assalamualaikum semua, korang terkejut baca tajuk tu? ya.. Ceritaita nak buat giveaway! Giveaway Kenangan Raya Ceritaita namanya.. kenapa tetiba pulak nak buat contest kan? sebenarnya tiba-tiba je aku terasa patut bagi penghargaan buat kawan-kawan blogger dan semua pembaca yang sudi mengunjungi blog Ceritaita selama nak masuk 10 tahun ni.. walaupun banyak masa lebih merapu dari cerita yang banyak info.. khas buat semua nak Giveaway Kenangan Raya Ceritaita buat korang! Giveaway Kenangan Raya Ceritaita dah masuk 14 hari umat Islam berpuasa.. pastinya dah ada yang dah mula terasa dengan aura hari raya yang akan tiba.. tentu dah ada yang mula sibuk buat persiapan baju raya dan kasut raya.. tak lupa jugak yang sibuk buat persiapan kuih raya untuk juadah tetamu.. tak kira la samaada membeli ataupun yang mampu buat sendiri di rumah.. semua ni tentunya sedikit sebanyak menggamit kenangan kita sewaktu berhari raya di raya yang lepas.. walau ada yang kata kenangan lepas jangan diken

Resepi Biskut Mama Carey

Imej
assalamualaikum semua, dah masuk puasa ke 13 dah rupanya hari ni.. macam kejap je kan masa berlalu?  korang dah buat kuih raya belum? aku belum lagi tau.. hari tu masa kat rumah mak aku balik minggu lepas sempatlah buat biskut ala famous amos tu tapi bawak balik rumah sikit betul-betul sudahnya jadi kudapan anak-anak je la.. kena buat lain la nampaknya kalau nak ada kuih raya kalau gini.. dah hari ni aku gigihlah cari resepi biskut mama carey merata-rata..  Biskut Mama Carey alhamdulillah akhirnya aku jumpa jugak.. dan aku mula buat adunan pukul 10 pagi tadi.. sudahnya pukul 2 baru siap tau.. leceh betul biskut nan satu ni.. aku ingat inilah kali pertama dan terakhir aku buat kuih ni rasanya.. serik wei.. hahaha.. macam nak beraya benor gayanya.. aduhai..  selama ni aku cuma makan biskut mama carey ni kat rumah kawan-kawan je.. itu pun dulu la masa zaman sekolah.. kawan-kawan aku dulu rajin buat jadinya dapatlah merasa kuih yang aku kira sebagai kuih mahal satu masa du

Cara ajar anak belajar berpuasa

Imej
assalamualaikum semua, semalam aku ada cerita pasal bagi ganjaran pada anak yang baru belajar berpuasa kan? hari ni aku nak kongsikan cara ajar anak belajar berpuasa yang aku gunakan beberapa tahun ni.. nampaknya cara ni agak berkesan untuk anak-anak aku yang bertiga awal ni.. setakat ni berjaya la untuk 3 orang tu.. untuk adik hadi belum tau lagi la.. Cara Ajar anak belajar berpuasa aku akui la nak latih anak belajar berpuasa ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi pada ibu bapa.. betul la kata orang, kita yang membentuk anak dari acuannya.. macam jugak berpuasa ni.. walaupun tak diwajibkan untuk anak-anak kecil berpuasa tapi latihan tu mesti la kita mulakan dari awal lagi.. supaya bila sampai umur diwajibkan tu semuanya jadi biasa dan dah tak perlu paksaan dan tekanan.. dalam agama Islam, setiap umat diwajibkan mengerjakan kesemua rukun islam dan memegang kepada rukun iman bagi meneruskan kehidupan.. Rukun Islam ni selalu ditanya dalam temuduga perkahwinan

Cari baju raya di November Mate

Imej
Assalamualaikum semua, korang dah beli baju raya belum? hahaha.. asal masuk je bulan puasa mesti orang tanya soalan macam tu kan.. memana yang belum beli tu muka kelat-kelat je nak jawab tau.. kalau tanya aku pulak.. aku dah sediakan awal dah baju raya aku dan anak-anak.. kiranya bila masuk bulan puasa ni aku dah malas fikirlah.. tapi korang yang muka kelat-kelat nak jawab tu jangan risau ya.. masih belum terlambat untuk korang cari ni.. dan aku nak cadangkan korang cari baju raya di November Mate..  Cari baju raya di November Mate haa.. ada yang nak tau kat mana November Mate tu ye? Kalau yang dah biasa berbelanja keperluan raya mesti kenal kawasan membeli belah Bangi Sentral.. ye tak? aku kenal pun sebab pernah sekali aku duduk hotel yang berdekatan dengan Bangi Sentral ni.. kawasan ni dipenuhi dengan butik yang menjual pelbagai baju yang sesuai untuk keperluan hari raya.. kalau korang tak percaya cuba tanya orang sekitar Bangi tu.. mesti mereka jawab kat Bangi Sentral n

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

Imej
KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES  KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU Assalamualaikum semua, hari ni kita cerita pasal Carrie Junior Funtime Wipes pulak!.. permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Adik hadi ceria dengan Carrie Junior Funtime Wipes Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan

Meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang

Imej
Meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang  Assalamualaikum semua, tu dia.. tajuk punyalah panjang.. sepanjang cerita aku nak kongsikan dengan korang semua ni.. ala bukan cerita apa pun sebenarnya.. lebih kepada cerita hal anak dengan mak.. kiranya kisah meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang ni adalah penamat yang best untuk kisah mak dengan anak ni.. kisahnya ialah ragam anak-anak ketika berpuasa..  meraikan anak-anak berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik di Ancasa Royale Pekan, Pahang Macam-macam ragam sebenarnya.. antaranya selalu lupa la.. lupa yang dia tengah berpuasa.. dan biasanya kami akan bagi ganjaran bagi hari pertama sesiapa pun dapat puasa penuh.. itu kira pencetus semangat supaya anak-anak gigih berpuasa lagi.. nantilah aku kongsikan macamana tips nak ajar anak berpuasa kat entri lain.. entri ni kita fokus pada ganjaran

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus