Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Menang hadiah dari Johnson's!

Imej
assalamualaikum semua,  aku lupa nak cerita yang aku menang hadiah dari Johnson's tau hari tu.. tu la kalut pasal benda lain yang sampai sekarang belum selesai lagi ni.. selagi tak habis benda nan satu ni memang aku kalut la memanjang.. sampai lupa hobi nan satu tulis kat blog ni.. angin kerisauan tu belum habis lagi.. insyaAllah kalau dapat hari isnin ni nak la benda ni selesai dengan baik.. tapi mehlah kita hilangkan kerisauan dengan cerita pasal menang hadiah ke kan..  Menang hadiah dari Johnson's!    aku masuk peraduan ni dah lama jugak.. ala peraduan senang je.. eh ada satu lagi jugak peraduan senang yang aku masuk la.. aku belum sempat cerita gak yang tu.. aku kongsikan kat facebook je hari tu.. nantilah bebila aku cerita.. yang ni nak cerita pasal hadiah istimewa Johnson's yang comel ni.. meh la aku tunjuk pasal tak sabar kan.. haha..  masa aku hantar gambar hadi guna bedak tu kat facebook  tu takde apa pun dapat dari komen.. tapi tetiba tengok

Rumah tinggal hilang seri?

Imej
assalamualaikun semua, semalam waktu kami lalu di kawasan perumahan kami timbul persoalan pasal rumah tinggal yang hilang seri.. adakah betul rumah yang ditinggalkan tiada berpenghuni akan hilang serinya? susah nak cakap.. tapi dari pemerhatian kami sekitar taman kami ni.. adalah beberapa rumah yang dah ditinggalkan oleh penghuninya yang mana dah berpindah.. dah menginap di rumah baru.. rumah ditinggalkan kosong begitu saja tanpa ada yang menyewa atau apa.. memang terserlah rumah tu macam hilang serinya.. Rumah tinggal hilang seri? sambil lalu kawasan sekitar sambillah kami perhatikan.. ke sebab kami tau rumah tu memang takde penghuni jadi macam ada rasa kesuraman sebab kami tau takde siapa yang tinggal di situ? bunyinya macam ada bias jugak kan di situ.. sebab tu aku letak tanda soal dekat tajuk tu.. rumah tinggal hilang seri? betul-betul hilang seri atau kami je yang rasa macam tu? terus teringat nasib rumah kami selepas ni.. semua dalam kereta terdiam sunyi sepi.. s

Roti Jala dan Kari Ayam Pencen

Imej
Roti Jala dan Kari Ayam Pencen  Assalamualaikum semua, pagi tadi baru je aku ceritakan pasal majlis sambutan hari raya di tempat kerja yang baru je berlangsung semalam.. aku ada ceritakan yang aku buat roti jala dan kari ayam pencen untuk dijamu pada hari tu.. meh la kita ceritakan apa macamana boleh dapat idea nak buat roti jala dan kari ayam pencen ni jom.. memula pada asalnya aku rancang nak masak nasi arab macam masa sambutan hari keluarga hari tu.. aku lupa nak tulis la.. haha.. ada ceritanya di facebook.. ntah kenapa tak tertulis di blog lagi kisahnya tu.. nantilah kalau senang-senang nak jugak aku tuliskan semula nanti di blog ni.. buat kenang-kenangan..  ntah macamana bila dah dapat surat yang akan menentukan hala tuju aku lepas ni teruslah jadi tak tentu arah dan ada beberapa perkara pulak yang mempengaruhi menu yang akan dipilih.. tapi konsep aku senang je.. kalau nak bagi makan pada orang haruslah bagi benda yang kita pun suka makan jugak.. kalau sebelum ni

Sambutan Hari Raya di tempat kerja

Imej
assalamualaikum semua, semalam selamat berlangsung majlis sambutan hari raya di tempat kerja aku ni.. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. kalau ikutkan kami memang jadikan acara sambutan hari raya di tempat kerja kami ni sebagai acara tahunan.. walaupun secara tak rasmi tapi memang dah macam jadi kebiasaan kami buat sambutan macam ni setiap tahun.. Sambutan Hari Raya di tempat kerja sejak aku berpindah kerja dari Kota Bharu, Kelantan dulu ke sini tahun 2007, aku rasa setiap warga kerja yang ada sebumbung dengan aku ni pun sama merasakan yang sambutan hari raya kami adalah merupakan hari yang sentiasa menjadi hari yang ditunggu-tunggu.. bukan saja buat kami malah semua rakan-rakan sekerja dan pelanggan setia..  Bersama rakan-rakan sekerja setiap kali sambutan agak meriah.. pada tahun-tahun pertama aku kat sini dulu kami cuma buat sambutan ni secara kecil-kecilan je.. cuma menggunakan bilik mesyuarat kami yang kecik berada di tingkat atas makmal kami ni

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER ~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!

Imej
SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER ~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI! Assalamualaikum semua, pernah tak korang mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak korang bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak korang berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak korang mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar. SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER  ~ ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI! Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12

Tetiba teringin Kek Marble Mak Jemah

Imej
Tetiba teringin Kek Marble Mak Jemah assalamualaikum semua, semalam entah kenapa aku tetiba teringin kek marble mak jemah.. aku pernah tulis pasal resepi kek marble mak jemah dulu kat blog ni.. lepas tu teringin sangat nak makan dari sebelum raya lagi tau.. tapi disebabkan aku pulun nak buat kuih raya terpaksa la aku korbankan dulu hajat nak buat kek marble mak jemah yang sedap ni.. tapi semalam aku tak tahan lagi la.. kena buat jugak.. dapatlah bawak sebekas ke opis pagi ni.. alhamdulillah rezeki kawan-kawan jugak.. Tetiba teringin Kek Marble Mak Jemah mesti ada yang nak tau kenapa namanya kek marble mak jemah kan? sebenarnya mak jemah tu nama mak aku.. dan disebabkan resepi ni aku dapat dari mak jadinya aku abadikanlah nama mak kat resepi tu.. resepi yang insyaAllah dijamin sedap, lembut dan cair kat dalam mulut tau.. kira ni macam kek legend mak aku la sejak dulu.. aku memang suka sangat kek marble mak buat ni tak sama dengan yang lain pada aku.. aku tak tipu punya..

Duit Raya Kakak Husna hilang!

Imej
assalamualaikum semua, hari ni aku tetiba pulak teringat nak coretkan sesuatu.. pasal duit raya kakak husna hilang di hari raya baru ni.. mesti korang pun sama terkejut dan akan ada soalan.. macamana boleh hilang? kannnn? mehlah aku ceritakan bagi tanda tanya tu berakhir.. Duit Raya Kakak Husna hilang! biasalah kalau dah hari raya ni akan ada budaya beri duit raya untuk anak-anak walaupun ada dah pendapat yang mengatakan memberi duit raya ni merupakan budaya yang ditiru daripada masyarakat agama lain di Malaysia tapi bila nak rujuk hukum memberikan duit raya ni aku lebih suka berpegang pada pendapat yang diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Budaya Memberi Duit Raya Kami berpandangan, konsep memberi duit raya kepada ibubapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam. Bahkan perbuatan sedekah kepada ibubapa termasuk di antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia menghasilkan tiga bentuk pahala a

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ceritaita

Imej
assalamualaikum semua, hari ni aku dah mula bertugas semula di tempat kerja.. sebenarnya semalam lagi dah mula kerja.. hari agak suram hari ni.. jalan pun masih lenggang nampaknya.. senang hati je pegi kerja tadi dalam keadaan tak sesak dan lapang selapang-lapangnya.. hehehe.. alhamdulillah.. mungkin sebab ramai yang masih bercuti dan sekolah pun masih bercuti.. dah masuk Syawal ke 6 dah hari ni.. tapi belum terlambat kot kalau aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ceritaita.. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ceritaita tahun ni kami sekeluarga berhari raya di Pekan, Pahang.. giliran sini tahun ni.. raya ketiga pulak kami balik ke Kluang, Johor.. macam tu la setiap tahun.. biasanya akan ada giliran untuk hari pertama tu lepas tu kami akan balik ke rumah yang satu lagi agak lambat sikit dalam raya ketiga dan ke atas macam tu.. bergantunglah dengan cuti yang ada.. dan tahun ni disebabkan cuti sekolah yang panjang ramai la yang ambik cuti panjang bersempena cuti sek

" A Fresh New Addition to Domino’s Hottest Korean Sensation"

Imej
assalamualaikum semua,  Fall in love all over again with the sweet and spicy  Ssamjeang flavors especially created by Domino’s Pizza. Hot on the trail of its p opular Ssamjeang Pizza range, Domino’s introduces its latest addition, the new  Ssamjeang Prawn pizza, the fourth variant added to the range. Featuring springy, succulent prawns marinated with Italian herbs & spices coupled  with nutritious seaweed that’s rich with umami flavour, fresh cherry tomatoes, green p eppers, sprinkled with roasted sesame seeds atop the specially developed  Ssamjeang sauce, the Ssamjeang Pizza is packed with well-balanced flavors and t extures.  Speaking on the new flavors, Shamsul Amree, Senior General Manager, Operations,  Domino’s Pizza Malaysia and Singapore said,  “We received tremendous love and s upport from our customers and Korean fans when we first launched the Ssamjeang T una, Chicken and Beef. The response was overwhelming and to cater to the g rowing request of the

Resepi Japanese Crisp Cookies

Imej
Resepi Japanese Crisp Cookies  assalamualaikum semua,  korang tengah buat apa tu?  Tengah anyam ketupat eh.. aku tak anyam ketupat kot tahun ni.. cari daun tak jumpa-jumpa.. stress.. 2 tahun lepas pun ginilah.. sudahnya aku beli gak daun kelapa yang harganya tinggi melanggit.. 15 helai RM5 kot macam tu.. tahun ni mungkin dah turun sikit harga pasal dah GST dah 0% kan.. hehehe.. tapi aku bukan nak cerita pasal ketupat pun sebenarnya.. nak cerita pasal kuih raya.. dan nak kongsikan resepi Japanese Crisp Cookies yang macam aku janjikan aritu..  Resepi Japanese Crips Cookies Maaflah sebab janji jadi lama sangat bertaut kasihnya.. semua pasal hidup aku jadi kucar kacir sikit sejak akhir-akhir ni.. ada peristiwa yang berlaku.. nanti la aku ceritakan.. mood nak cerita belum sampai lagi.. kali ni meh kita kongsi dulu biskut raya yang sedap ni dulu..  Aku dapat resepi ni dari mencari kat internet.. pastu cuba-cuba je sendiri dengan harapan menggunung ke langit tinggi yang ianya

Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral

Imej
Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral Assalamualaikum semua,  dulu biskut ni pernah viral kejap.. aku tak ingat la tahun bila.. tapi rasanya masa tu aku tengah mengandungkan adik hadi.. dalam tahun 2013-2014 la gitu.. ada bermacam versi.. aku pernah letak satu resepi gak kat blog ni dulu.. tapi selepas aku cuba satu lagi resepi lain yang blogger Ayu share terus aku guna yang tu je sebab lagi sedap dan tak manis sangat macam resepi yang lama tu.. Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral sekarang kiranya akan jadi antara biskut raya wajib yang aku patut buat setiap tahun.. tapi sila maklum ya.. wajib buat bukan bermakna akan jadi yang wajib terhidang.. biasanya akan jadi biskut limited edition yang hanya boleh dimakan oleh tuan rumah anak beranak sahaja ok.. harap maklum.. jangan pulak korang datang rumah aku semata-mata nak tengok aku hidang biskut ni nanti.. sekarang ni pun limited dah jumlah yang tinggal dalam balang tu haa.. dan ini menunjukkan yang biskut ni memang sedap ta

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus