Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Review Produk Pemutih Gigi Whitekish

Imej
Review Produk Pemutih Gigi Whitekish Assalamualaikum semua, aku nak cerita pun tak sabar tau nak cerita pasal produk pemutih gigi.. eh tapi ini bukan produk pemutih gigi viral bahaya tau.. ini adalah produk pemutih gigi yang dah diakui halal dan selamat untuk digunakan.. aku dah guna produk ni masuk 3 minggu dah ni.. dah guna baru aku berani nak cerita dengan korang.. nama pun review Produk Pemutih Gigi Whitekish kan..  Review Produk Pemutih Gigi Whitekish mehlah aku cerita kenapa korang kena guna produk pemutih gigi Whitekish ni.. sebagai orang Islam yang terpaling utama ialah sebab status produk ni yang dah diakui halal oleh JAKIM.. jadi semua orang boleh gunakan tanpa was-was.. ya la.. banyak sangat isu semasa pasal keraguan produk halal sejak akhir-akhir ni.. ada yang mengejutkan jugak la.. isu halal bukan isu main-main ok.. sangat sensitif bagi semua umat Islam.. tak kira la berada kat negara mana pun..  sebab kedua korang patut cuba produk ni adlah kerana produk pemutih gigi Whit

Ayam Panggang Baker's Cottage Yang Sedap dan Murah

Imej
Assalamualaikum semua,  aku nak cerita dengan korang pasal ayam panggang Baker's Cottage yang sedap dan murah ni haa.. kami beli minggu lepas.. lupa pulak nak cerita tu.. tapi tak kisahlah selagi benda tu masih dijual kira cerita ni masih laku la kan.. korang nak ke baca pasal ayam panggang Baker's Cottage yang sedap dan murah ni?  Ayam Panggang Baker's Cottage Yang Sedap dan Murah Sebelum tu aku nak cerita la dulu pasal Baker's Cottage ni.. aku memula dulu kenal Baker's Cottage ni masa aku belajar kat UPM dulu.. kira macam mengimbau kenangan la ni.. masa tu Baker's Cottage ni baru bukak cawangan dia kat Seri Serdang.. al maklumlah budak UPM kan suka sangat makan kat 'padang' tu kan.. bila tetiba ada rezeki lebih rajin tu pergi berjalan ke area Seri Serdang tu mencari makan..  'padang' tu bukanlah padang pun sebenarnya.. haha..dia food court yang jual makanan tengahari sampai malam.. paling popular waktu makan tengahari la.. sebab semua kedai aka

Bila si kecik tak lagi kecik

Imej
Assalamualaikum semua, hari ni masih hari cuti di Johor.. alhamdulillah dah boleh biasakan diri dengan cuti setiap hari Jumaat dan Sabtu.. mula-mula dulu rasa janggal jugak la.. maklumlah sekian lama dan cuti setiap Sabtu dan Ahad.. tetiba tukar.. mau tak pelik.. bukan la kata tak pernah cuti hari Jumaat dan Sabtu tapi itu mula-mula la dulu waktu awal servis.. masa tu ditempatkan di Kota Bahru, Kelantan.. samalah juga hari cutinya.. eh.. bukan nak cerita pasal hari cuti sebenarnya ni.. nak cerita pasal bila si kecik dah tak lagi kecik..  tengok la ni.. hasil nak makan sendiri..  cerita pasal siapa lagi kalau bukan si kecil kami ni haa.. si Ahmad Nafis Adam ataupun Super Adam kami yang sentiasa comel di mata kami sekeluarga.. walaupun dia yang paling kecil  sebab baru je berumur 1 tahun 3 bulan.. tapi dah tak gaya kecik lagi dah dalam rumah ni.. sebabnya dia dah boleh berjalan awal dari adik beradik yang lain.. kalau yang lain umur macam dia ni baru nak pandai berjalan.. Nafis Adam seka

Rumah kami banjir!

Imej
Assalamualaikum semua, panik ya bila baca tajuk Rumah kami banjir! kat atas tu kan.. begini ceritanya.. ni cerita hari Sabtu bulan lepas.. kisahnya lepas dengar je pengumuman PKPB ditamatkan di Johor kecuali di Kota Tinggi dan Mersing tu kami rancang la nak balik kampung sebab dah lama tak balik kan.. dah la dengar mak jatuh tapi masih tak dapat balik, jadinya hati ni rasa la jugak gundah gulana.. jadi kami dah gerak balik kampung pagi-pagi Sabtu hari tu.. dapat balik hari pun jadilah.. mujurlah dekat.. Rumah kami banjir!  Waktu kami balik tu cuaca elok je lagi.. walaupun dah nampak la jugak langit gelap.. tapi masih la tak beranggapan apa-apa.. fikir nak balik kampung je masa tu.. tapi bila kami dah sampai kampung rupanya hujan turun mencurah-curah membasahi bumi.. kami tau pun bila jiran sebelah ni bagitau pada shah.. mujur ada jiran yang baik..  jiran hantar gambar macam kat atas tu.. waktu tu dalam pukul 3 petang macam tu.. sebelum tu air naik lagi tinggi.. nampak beza had air kat

Angsana Mall Jb tutup sebab covid

Imej
 Assalamualaikum semua,  lamanya blog ni membeku.. meh kita bagi hangat balik.. hangat pasal isu semasa je pun.. isu apa lagi kalau bukan isu covid-19 yang kembali merebak dalam negara kita yang tercinta ni.. dan kali ni Angsana Mall Jb pulak dah tutup sebab covid.. dah la dekat je tau.. tak sampai pun 1km dari rumah kami ni.. mujur jugak la kami ni lama dah tak pergi situ..  Angsana Mall Jb tutup sebab covid sebenarnya.. kecewa jugaklah rasa.. selepas berkorban untuk terus duduk di rumah sekian lama tapi hasilnya macam ni.. apa je yang mampu kita ni mentimun kata.. hadap je situasi depan mata.. ni pulak di kawasan JB ni kes makin banyak.. hari ni saja ada 100 kes.. sedih.. terkilan.. semua rasa la.. rasa tak selamat bila di mana-mana pun ada..  tapi apa je kita mampu buat.. cuma mampu harung dan berserah pada Yang Esa je la.. semoga wabak covid ni cepat diangkat dari dunia ni.. ramai sangat orang susah yang bertambah-tambah susah sebab covid.. tak kurang jugak orang senang yang jadi s

Jalan-jalan ke Melaka - Cendol Kampung Hulu

Imej
assalamualaikum semua, meh la kita cerita pasal kami pergi bercuti hari tu walaupun tengah dalam mood PKPB ni kan.. lepas je balik dari mesyuarat di Putrajaya hari tu aku saja la nak tambah masa dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak.. jadi kami buat percutian yang tidak dirancang untuk jalan-jalan ke Melaka pulak.. betul-betul tidak dirancang kali ni.. bermula dengan teman ummi ke Putrajaya lepas tu jalan-jalan ke Melaka pulak.. tempah hotel pun terkejut-kejut kaedahnya... huhu.. sorang je model untuk Jalan-jalan ke Melaka -Cendol Kampung Hulu kami cari hotel yang murah jugak.. di Hallmark Crown Hotel Mallaca.. kali ni ambik 2 bilik supaya lebih selesa.. anak-anak tidur bilik asing.. selesa la sikit sebab bilik kat hotel ni kecik je.. taklah besar mana.. dan harga dia pun ok jugak.. kira harga 2 bilik ni macam harga satu bilik standard di hotel 3 bintang ke atas la.. harga sekali dengan sarapan untuk 2 orang.. oklah tu kan.. cuma musim covid ni sarapan tu dia bagi yang dah siap

‘Choc’ out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks

Imej
‘Choc’ out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha is taking it up a notch with another of its exclusive creations, in partnership with Shopee. This month, be prepared to be knocked off your feet when you try the chocolate-themed Gong Cha 11.11 Big Drink series. This range is in celebration of Shopee’s 11.11 Big Sale that is taking place from now to 11 November. Check out the Earl Grey Chocolate Smoothie, Chocolate Latte with Coffee and Chocolate Marble which are only available for purchase via the Shopee App from now till 22 November, even after the 11.11 Big Sale has ended! After all, who can say no to chocolate when it is practically everyone’s favourite? Earl Grey Chocolate Smoothie The Earl Grey Chocolate Smoothie is made from freshly brewed Earl Grey tea, blended together with bittersweet chocolate for a uniquely fragrant drink. Topped with Gong Cha's famous milk foam, chocolate lovers will surely enjoy this one - a refreshing cold and cr

Nestle PRE SALES 11.11 , 11.11 DOUBLE DIGIT SALES, REVLON & KELLEN MUNOZ SALES

Imej
Assalamualaikum semua, korang sihat hari ni? Dah makin banyak kawasan yang kena PKPB lepas pengumuman semalam kan? Kalau masa PKPB ni semua pergerakan akan jadi terhad.. maklumlah nak keluar rumah pun kena hadkan berapa orang je yang boleh dalam satu rumah.. pada aku aktiviti yang paling ketara terkesan adalah membeli-belah.. yelah.. biasa kita gi pasaraya atau keluar beli keperluan mesti nak angkut anak-anak sekali kan? Tapi kita tak boleh pulak nak bawak keluar anak-anak bila dah PKPB.. kena duduk rumah.. korang setuju tak? Nestle PRE SALES 11.11 , 11.11 DOUBLE DIGIT SALES, REVLON & KELLEN MUNOZ SALES Tapi sekarang ni membeli-belah kat rumah pun dah boleh dah dengan adanya platform pembelian online macam PG Mall.. PG Mall https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=700  ni dah ada sejak 2017 lagi dan satu-satunya platform e-commerce tempatan yang berada di Malaysia.. dan menjadi platform e-Commerce nombor 1 di Malaysia.. yang uniknya PG Mall menggunakan konsep ConsuMerchant

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus