Jumaat, 16 Oktober 2020

Amalkan ini jadi kurang jerawat di muka dan badan.

Assalamualaikume semua, baru ni ada kawan-kawan bincangkan pasal masalah jerawat kat muka, kat kepala dan badan.. maklumlah bila usia dah menginjak ke angka 40 macam-macam masalah makin nampak kan? bukan masalah kesihatan saja.. banyak yang lain jugak.. macam aku dulu selalu jugak la jerawat tumbuh merata-rata kat tempat yang tak sesuai pun dia nak tumbuh.. sampaikan kat belakang telinga la.. dalam telinga la.. sakitnya tu Tuhan je yang tau.. terencat la kerja-kerja jadinya.. tapi sejak aku dah amalkan ini jadi kurang jerawat di muka dan badan.. nak tau apa aku amalkan? meh la terus baca.. aku kongsikan sekali barang yang aku guna..

Amalkan ini jadi kurang jerawat di muka dan badan.
Amalkan ini jadi kurang jerawat di muka dan badan.



memula dulu aku pelik orang selalu tepek cecair kat muka.. aku ingatkan toner.. jadi aku buat tak reti je la.. setakat sejuk je aku rasa toner tu.. tapi macam tak berapa suka letak sebab tak tau apa manfaatnya.. hahaha.. jangan kondem aku eh.. aku ni memang kuno sikit bab kecantikan.. sampai sekarang ni masih pelik bila tengok orang boleh ada macam-macam barang kecantikan.. memang melopong la aku.. macam aku melopong bila tengok video geledah bilik neelofa.. pehhh.. kalau aku dah banyak yang expired agaknya tu.. eh.. hahaha.. sambung balik.. 

Rose water
Air mawar atau rose water



aku cari la jugak info apa benda orang pakai tu.. rupanya air mawar.. laa selama ni aku ingatkan air mawar untuk letak kat kubur je.. hehehe.. rupanya ada je orang guna air mawar untuk kegunaan macam-macam.. antaranya pakai air mawar untuk badan.. yang ni sesuai kalau orang yang kat negara yang sejuk melampau yang kalau nak mandi selalu tu boleh buat beku badan.. padanlah diorang tak mandi pun wangi je.. mandi dengan air mawar rupanya.. ala diorang tak panggil la air mawar.. diorang panggil 'rose water' .. sedap sikit kan bunyinya.. 

bila aku dah tau aku mula la beli yang kecik-kecik macam pek ni.. murah je pun.. kalau kat Shopee tu cuma dalam RM4 je sebotol kecik tu.. kiranya kalau guna sebotol ni tahan la setengah bulan macam tu.. sebulan baru RM8 je kan.. apa ada hal.. masih la ok banding kalau kau tanggung sengsara kalau jerawat tumbuh tu.. jadi aku beli la benda ni dan sentiasa ada stok kat almari rumah aku.. beli bebanyak jadi jimat la duit pos.. kalau korang jenis lagi berjimat boleh jugak beli yang dalam botol besar sekali dalam 1 liter macam tu.. lagi senang.. aku pun macam berangan nak beli yang macam tu jugak ni..

humidifier
humidifier 



lagi satu korang boleh amalkan guna humidifier kat dalam rumah atau mana-mana ruang yang korang duduk lama.. macam dalam pejabat ke.. letak la pewangi yang boleh hilangkan stress.. kalau aku suka sangat bau lemon atau ros.. tenang je bila ada bau-bau wangi di sekeliling kita kan.. itu yang boleh kurang jerawat tu.. beli yang murah-murah je..  kat shopee pun ada jual.. 

pewangi daiso
Cecair pewangi



kalau rasa tak ada bajet untuk beli humidifier takpe jugak.. boleh guna cara paling bajet.. letak je cecair wangi dengan lidi macam gambar atas ni.. aku tak tau apa namanya.. aku mula kenal benda ni masa gi Korea dulu.. rumah mak angkat aku dulu kan.. wangi je sebab ada benda ni setiap bilik.. tenang je rumah dia.. yang macam atas ni aku beli kat Daiso je.. tau je kan.. barang Daiso semuanya RM5.90 je.. yang ni dia jual sesiap dah satu set.. tapi tak tahan lama la.. air dia tak kering tapi dah tak wangi jadi aku top up dengan pewangi lain.. 

itu je la petua yang aku nak kongsikan pun.. bukan apa sangat.. benda senang dan murah je pun tapi ada manfaatnya insyaAllah.. korang nanti kalau dah cuba tu tak menjadi jangan pulak salahkan aku ya.. aku bagi cadangan je.. kesesuaian mungkin kena tengok orang jugak.. jadinya.. cuba je la dulu.. kalau tak berjaya jugak pesan aku satu je.. CUBALAH HIDUP SECARA SIHAT... :)

Ceritaita






Khamis, 15 Oktober 2020

Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda

assalamualaikum semua, masa dah masuk fasa PKPP aritu aku tetiba je dapat notis kena pergi mesyuarat di Putrajaya.. dah lama la cerita ni.. bulan 7 aritu..  disebabkan anak-anak belum lagi naik sekolah maka kami buat keputusan untuk bawak je la anak-anak ikut sekali.. lagi pun sejak dari mula cuti sekolah dari sebelum PKP hari tu dah ada rancangan nak bercuti tapi asyik la tergendala.. bila dah ada PKP lagi terus tergendala semuanya kan.. bila tau kena pergi mesyuarat ni ada la kesempatan untuk bawak anak-anak berjalan.. jadi jomlah kita melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda..

Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda
Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda



Perancangan sekejap tu dimulai dengan menjejak hotel untuk menginap.. masa cari tu kan dan suntuk masa.. jadi aku guna je la memana aplikasi yang ada.. yang senang dan selalu murah dari yang lain.. aku cari guna Agoda masa tu.. dapat la harga yang amat berbaloi.. musim Covid ni aku raaa lebih murah dari biasa.. tambah je duit sikit untuk pengalaman sarapan di hotel dengan keluarga.. biasanya part sarapan ni la yang anak-anak suka.. mereka memang tunggu part sarapan ni kalau duduk memana hotel.. best agaknya kalau pilih-pilih makanan tu kan.. satu keseronokan buat anak-anak.. kami layankan je la.. 









bila dah dapat hotel kami pun set je bila nak gerak dari rumah.. alhamdulillah perjalanan kami lancar je menuju ke Putrajaya.. sampai sana kami daftar masuk ke Hotel Everly.. semuanya mengikut norma baharu.. scan suhu.. tulis nama.. guna hand sanitizer..  pakai mask.. jaga penjarakkan.. kami ok je.. janji keselamatan semua terjamin.. anak-anak pun alhamdulillah dah faham tanggungjawab masing-masing bila keluar dari rumah.. 

















sebabkan meeting cuma sehari je.. malam tu kami luangkan masa jalan-jalan di sekitar Alamanda yang boleh berjalan kaki je.. pusing-pusing la kami sekitar tu untuk cari makan.. lepas makan kami balik hotel.. itu je pun aktiviti.. balik hotel sambung makan lagi.. haha.. cuti untuk makan namanya ni.. walau hakikatnya ummi tak bercuti pun.. 





pagi esoknya bersarapan bersama-sama sebelum aku ke HQ untuk bermesyuarat.. suka anak-anak dapat makan dan tinggal di hotel walaupun cuma semalam.. jadilah kan janji dapat tengok diorang senyum.. tapi aku suka kat sini.. walaupun tak dapat mandi kolam sebab covid tapi biliknya luas dan selesa.. keperluan asasnya pun cukup.. alhamdulillah.. nanti aku sambung cerita perjalanan kami seterusnya.. tunggu.. 

Ceritaita


Rabu, 14 Oktober 2020

Panik bila kes Covid19 dekat je dengan rumah

Assalamualaikum semua,  hari ni aku rajin terlajak.. tapi hakikatnya jiwa tengah kacau.. banyaklah benda yang mengacau.. tapi benda tak bernyawa la sebenarnya.. terutama hal kehidupan seharian.. tambah panik bila kes Covid19 dekat je dengan rumah.. huhu


Panik bila kes Covid19 dekat je dengan rumah


Serius.. aku memang rasa risau la.. pasal bila bukak aplikasi mySejahtera tadi boleh pulak dia keluar amaran kata ada kes yang berada dalam lingkungan 1km je dari rumah aku.. seram oii.. tapi buat masa sekarang pun aku memang tengah cutikan anak-anak sekolah.. ada hal lain yang lebih membimbangkan kami.. 

sebenarnya fikiran agak letih la bila memikirkan kita mungkin boleh jadi kumpulan 3 @ 4 disebabkan kontak rapat yang berada di sana sini.. eh kumpulan risiko tu nanti aku sharekan.. ada rasa macam sesia jugak berkorban masa PKP aritu kan.. tapi apa boleh buat.. manusia ni kan.. selagi tak setepek kena kat anak beranak dia.. atau orang yang dia sayang atau diri dia sendiri.. selagi tu la dia rasa kebal.. apa ada hal katanya.. 

semoga kes yang berdekatan ni takde la kontak rapat dengan sesiapa yang berurusan dengan kami.. amin.. semoga Allah cepat angkat wabak virus Covid19 ni jauh dari dunia.. amin.. teruskan berdoa semua! 


Ceritaita


x

Kasut Tawaf Yang Sangat Selesa

Assalamualaikum semua, rindu menulis.. itu je aku nak cakap.. banyak sangat perkara yang menganggu konsentrasi aku untuk menulis blog.. tapi sebab menulis blog ni hobi aku kena juga cari peluang.. senang cakap la dari buat.. hakikatnya nak cari masa untuk diri sendiri pun payah.. haha.. kali ni nak jugak tulis pasal kasut tawaf yang sangat selesa.. dengan menulis jugak stress aku berkurang..


Kasut Tawaf Yang Sangat Selesa
Kasut Tawaf Yang Sangat Selesa

sebenarnya aku tak tau pasal kewujudan kasut ni.. maklumlah bukan pernah berpeluang pergi umrah atau haji lagi walau umur dah tua.. hukhukhuk.. asalnya masa terjumpa kasut ni aku tengah cari Al Quran dan Iqra' untuk anak-anak mengaji.. tengah-tengah survey tu boleh pulak ternampak kasut yang best ni.. aku terpikat la beli sepasang.. selit la sekali dengan order Al-Quran dan Iqra' tu.. alhamdulillah barang sampai sama seperti yang digambarkan.. 

masa kebetulan aku pergi Mydin aritu aku ada juga tengok harga kasut tawaf ni kat Mydin.. agak mahal berbanding dengan beli di online di Shoppe.. kebetulan dan kenal ada kasut tawaf ni kan.. aku guna buat pakai kat pejabat kasut ni.. sebab kat pejabat kami kena tinggal kasut kat luar.. kat dalam kena pakai kasut lain.. jadi kenalah guna kasut yang lembut dan selesa untuk bekerja dengan baik sepanjang hari.. dahlah selesa.. cantik pulak tu siap ada lip lap lip lap..

kecik je nampaknya kan..


bila dah rasa selesa.. aku beli lagi 2 pasang untuk mak aku guna kat rumah pulak.. kasut tawaf ni kan dia kecil je kalau tengok dalam pek plastik dia.. tapi sebab dia jenis kain lembut yang boleh meregang jadinya dia sedang elok je bila pakai kat kaki tu.. tak kisah kaki korang pakai saiz apa pun.. sarung dia terus ok je..selesa sangat tau.. lembut belah dalam dia dan kat tapak dia tu macam ada biji-biji kecil yang boleh elakkan tapak tu jadi licin.. pendek kata berbaloi la beli.. kalau tak.. takkan tambah lagi order 2 pasang kan.. hahaha.. korang nak beli jugak? boleh cari kat Shopee.. aku beli kat kedai dia ni Jubah Ikhwan.. moga murah lagi rezeki dia..

Ceritaita

SKECHERS AND MEW SUPPASIT LAUNCHES SPECIAL COLLABORATION

 

KUALA LUMPUR, 14 October 2020 - Footwear brand SKECHERS has launched a special collection in collaboration with Mew-Suppasit Jongcheveevat, SKECHERS Thailand’s Brand Ambassador. Malaysian fans of the Thai actor can now get their hands on the much-anticipated “Mew Collection : The Moon Is Beautiful” exclusively on Shopee from 15 October 2020.

SKECHERS AND MEW SUPPASIT LAUNCHES SPECIAL COLLABORATION 


The Mew Collection : The Moon Is Beautiful consists of caps, t-shirts, hoodies, jackets, pants and bags, and comes in 4 different colours - black, yellow, white and grey, for customers to mix and match into several different styles. SKECHERS Thailand Brand Ambassador Mew-Suppasit not only conceptualised the idea but also selected the colour scheme and designed the logo of the entire collection.

Mew-Suppasit Jongcheveevat, SKECHERS Thailand’s Brand Ambassador said, “It was very exciting to be working with SKECHERS in creating this new line of collection, especially knowing that it will be featured in many Asian countries. I felt the need to ensure the design was suitable for different groups of people, but at the same time conveys the meaning behind the designs. I came up with ‘The Moon is Beautiful’, a Japanese belief of sending love through the moon as my inspiration in hopes of spreading my love and goodwill to customers and fans.”

The Mew Collection : The Moon is Beautiful takes inspiration from an ancient Japanese tale revolving around the confession of love through the moon. The saying “the moon is beautiful'' is another expression of “I love you”. Therefore, the collection’s logo is designed with the letter “M'' to represent both the ‘Moon’ as well as ‘Mew’. The connecting circle lines represent the moon, conveying love and relationship, along with an infinity symbol that resembles two moons together as part of the collection’s elements.

SKECHERS “Mew Collection : The Moon is Beautiful” will be available exclusively on SKECHERS Malaysia Official Store on Shopee from 15 October 2020 at https://shopee.com.my/skechers.os

#SkechersMY #SkechersXMewSuppasit

Ceritaita